CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3114|Reply: 51

[Tempatan] Kerajaan Kedah Tua bukan berasaskan budaya India

[Copy link]
Post time 28-2-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 1-3-2017 12:01 AM

Tiada Indianisasi Hindu-Buddha Pada Kerajaan Kedah Tua Dan Tamadun Sungai Batu
Saya menghadiri Bicara Arkeologi Siri 4/2017 anjuran USM dengan kerjasama Muzium Arkeologi Lembah Bujang pada 27 Feb 2017 kelmarin.

Hati saya agak terpaut dengan sesi ceramah Dr. Nazaruddin Bin Zainun yang bertajuk ‘Warisan Hindu-Buddha Di Kedah Tua Suatu Kritikan’.

Ceramah beliau lebih kepada penemuan bukti-bukti di sekitar Lembah Bujang setakat ini dan apakah implikasi penemuan ini terhadap pendapat umum tentang warisan Hindu-Buddha di Lembah Bujang dan di Kedah Tua secara amnya.

Dengan mengutarakan tujuh keperluan asas berdasarkan pendapat George Coedes dalam proses Indianisasi sesebuah kerajaan dan masyarakat setempat, Dr. Nazaruddin mengetengahkan bukti-bukti ini, membincangkannya dan kemudian memberi peluang kepada hadirin untuk membuat kesimpulan peribadi di atas perbincangan tersebut.

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis artikel ini berdasarkan fakta dan juga kritikan peribadi saya dalam membahaskan kebenaran akan kewujudan warisan Hindu-Buddha yang diamalkan oleh penduduk setempat.

Sebelum saya membuat kesimpulan itu, apakah fakta terkini tentang Lembah Bujang dan apakah tujuh elemen penting untuk menentukan bahawa sesebuah kerajaan lokal itu mengalami proses Indianisasi menurut George Coedes?

Elemen pertama yang perlu ada ialah; adakah Kerajaan Kedah Tua itu mengamalkan sistem beraja seperti di India yang menekankan kepada konsep Devarāja atau bahasa mudahnya ‘raja itu mewakili tuhan’/’god-king’?

Pertamanya, bagaimana kita hendak melihat interpretasi devarāja di dalam sesebuah kerajaan?

Devarāja adalah satu konsep di mana raja itu adalah yang paling agung, tiada yang lebih agung daripadanya di muka bumi (tuhan di bumi). Konsep ini hampir kepada konsep Chakravartin di India seperti terdapatnya binaan monumen pengasas Empayar Maurya (323-185 SM) iaitu Chandragupta Maurya yang besar.

Elemen devarāja dapat dilihat dengan jelas di Kompleks Percandian Angkor Wat. Diukir di dinding Angkor Wat, susuk Suryavarman II yang lebih besar daripada subjeknya. Wajah Jayawarman VII juga diukir dengan gah dan besar sekali di Candi Bayon. Ini adalah antara contoh devarāja yang boleh dilihat jelas pada Kerajaan Khmer Angkor.

Adakah bukti devarāja ini dapat dilihat di Lembah Bujang?

TIDAK! Tiada satu pun bukti devarāja yang ada di Lembah Bujang apatah lagi di seluruh Kedah Tua. Maka, kerajaan lokal Kedah Tua TIDAK mengalami Indianisasi.

Elemen ke-dua yang perlu ada menurut Coedes ialah bukti penerimaan ajaran Hindu-Buddha oleh penduduk lokal.

Apakah contoh bukti penerimaan ini? Contoh yang paling mudah ialah Kitab Sang Hyang Kamahayanikan yang ditulis oleh Mpu Shri Sambhara Surya Warama dari Kerajaan Mataram Kuno. Kitab ini menceritakan tentang ajaran Mahayana dan membicarakan dewa-dewa dalam Mazhab Mahayana. Sebutan yang terdapat di Candi Borobudur seperti Ruphadatu dan Kamadhatu juga terdapat di dalam kitab ini.

Ini adalah contoh di mana kerajaan lokal itu sudah menyerap kepercayaan dan juga mengamalkan cara hidup Hindu-Buddha. Sinkretisme adalah sesuatu yang perlu untuk dikatakan adanya proses Indianisasi.

Adakah bukti ini terdapat di Lembah Bujang?

TIDAK! Tiada satu pun bukti konkrit yang boleh dianggap sebagai mutlak. Yang ditemui di Lembah Bujang hanyalah patung kecil yang di bawa masuk oleh orang luar dari India. Penemuan arkeologi di Bukit Batu Pahat pula lebih bersifat ajaran tantrik atau ritual sahaja.

Elemen ke-tiga pula ialah adanya adaptasi mitologi purana dalam sastera tempatan.

Epik Mahabhrata dan Ramayana serta kitab-kitab agama rujukan lainnya merupakan asas penting Hindu manakala Buddha pula mempunyai 3 buah kitab utama iaitu Sutta PiSutta Pi

Di Indonesia, pujangga-pujangga mereka telah menyadurkan kisah-kisah di dalam kitab di atas ke dalam sastera tempatan. Antara contoh utama ialah watak Petruk, Gareng, Bagong dan Semar dalam sastera lokal.

Bukan di dalam buku sastera sahaja, saya pernah melihat tugu besar Irung Petruk di jalan raya menuju ke Selo dari Boyolali dan patung 4 watak ini tersedia menyambut anda di pintu masuk Taman Wisata Baturaden di Jawa Tengah.

Adakah Lembah Bujang mempunyai bukti penemuan adaptasi purana dalam sastera tempatan?

TIDAK! Hingga kini tiada satu pun penemuan kitab sastera yang menjurus kepada proses Indianisasi ini.

Elemen ke-empat pula adakah ditemui apa-apa tinggalan prasasti berbahasa Sanskrit di Lembah Bujang?

Di Indonesia, prasasti yang menggunakan Bahasa Sanskrit berhuruf Pallava ditemui Kabupaten Kutai, Kalimantan Timur . Prasasti sekitar 400 Masihi ini dinamakan Prasasti Kutai atau Prasasti Mulawarman. Ianya menceritakan tentang Raja Mulawarman yang menghadiahkan lembu yang banyak kepada Kaum Brahmana.

Antara prasasti yang bertanda tahun saka ialah Prasasti Canggal yang bertarikh 654 saka dan Candi Diyono bertarikh 682 saka.

Isi baris Candi Diyono ialah;

‘svasti

Adakah ditemukan sesuatu yang bertarikh Kalendar Saka di Lembah Bujang?

TIADA! Hingga kini tiada ditemukan apa-apa yang bertanda Kalendar Saka.

Elemen ke-enam pula ialah adaptasi sistem penulisan India. Terdapat 52 buah prasasti berbahasa Melayu Kuno/Sanskrit yang ditemui di Asia Tenggara. 29 buah daripadanya menggunakan aksara Pallava, 16 buah prasasti menggunakan aksara Jawa Kuno atau Kawi, 4 buah prasasti pula menggunakan aksara rencong dan 3 buah prasasti yang terakhir menggunakan gabungan aksara Pallava, Jawa Kuno dan Arab/Jawi.

Adakah salah satu daripada 52 prasasti ini ditemui di Lembah Bujang?

TIDAK! 52 prasasti… dan satu pun tidak terletak di Lembah Bujang malah tiada prasasti yang berbahasa Sanskrit atau beraksara identifikasi Melayu ditemui.

Elemen ke-tujuh atau yang terakhir ialah penerapan atau pengaruh Dharma

ditulis dalam bentuk puisi dan ianya menerangkan tanggungjawab, tugas dan etika terhadap diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Undang-undang ini amat penting di Negara India, malah, ianya diadaptasi di awal pembentukan negara moden India. Kerajaan Khmer Angkor adalah salah sebuah kerajaan kuno yang menggunakan Dharma

TIDAK! Tiada langsung bukti penggunaan undang-undang ini di Kedah Tua.

7 persoalan berdasarkan saranan Coedes sudah ditanya dan kesemuanya TIADA di Lembah Bujang.

Apakah kesimpulannya?

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada sehingga hari ini, penduduk asal dan tempatan di Lembah Bujang dan Kedah Tua TIDAK menganut ajaran Hindu-Buddha. Penemuan candi-candi di Lembah Bujang yang lebih bersifat tantrik dan senibinanya yang mudah tidak menampakkan suatu tamadun yang sudah diindianisasikan pernah terjadi.

Berdasarkan bukti hingga kini, relik yang dijumpai di sini berkemungkinan besar dibawa masuk oleh pendatang asing yang membuat penempatan sementara dan tidak berasimilasi dengan demografik Lembah Bujang, mahupun Kedah Tua.

Oleh itu, ubahlah minda anda! Asia Tenggara ini bukan semuanya melalui proses Indianisasi. Kedah Tua tidak melalui proses ini.

Sekian

http://www.afzanyusuf.com/2017/0 ... amadun-sungai-batu/

Masyarakat Kedah Tua milik Melayu Suchi bukan India Makkal Sakti  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam agama komunis Korea Utara tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
.. bermati mati taknak ngaku nek moyang pakai igama keling ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:00 PM | Show all posts
kenapa x nak mengaku sejarah evolusi bangsa sendiri..bangsa arab pun x penah nak padam sejarah dorg dulu bangsa jahiliah menyembah latta dan uza
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Matian tak nak mengaku leluhur sembah berhala, mesti nak klem sejak hari pertama turun wahyu ummah.melayu dah berugama islam gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 28-2-2017 09:00 PM
kenapa x nak mengaku sejarah evolusi bangsa sendiri..bangsa arab pun x penah nak padam sejarah dorg  ...

Melayu kan suka hidup di alam fantasi, semua nak nampak molek secara luaran wlahal dalaman sekor2 taraf bangkai babi jah  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Until now Mulayu mengamalkan konsep devaraja, setan adalah bayangan tohan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu @..aetis tepek gambar tamadun indon macam orang sewel kayaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 28-2-2017 08:53 PM
.. bermati mati taknak ngaku nek moyang pakai igama keling ...

Still guna devaraja keling lah, only tukar in ereb language
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 sejarahwan melayu nak konar2 xnak mengaku keturunan kolingga, xyah susah2 nak coverla,tgk melayu kawen atas pelamin tepung tawar segale mmg serupe kolingga cume xde keliling unggun api jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 28-2-2017 09:15 PM
Matian tak nak mengaku leluhur sembah berhala, mesti nak klem sejak hari pertama turun wahyu ummah.m ...

Bukan dia kata kedah tu isle tp bukan warisan hindu-buddha mcm angkor wat gitu..kalo hakak ada teori or ecident yg boleh challenge kak boleh la challenge gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 28-2-2017 08:53 PM
.. bermati mati taknak ngaku nek moyang pakai igama keling ...

Kan, like, whatever bitch. You simply cannot erase history.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:50 PM | Show all posts
baser mayu paling koman ada 30% perkataan berasas dr keling ...  including perkataan sorga dan neraka cuma beza loghat dgn tamil


elok lenkali buang terus baser mayu


cuma study baser ereb   ... kan sorga cuma pakai baser ereb  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacang lupakan kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai tak paham artikel ke apa ni...
dia ckp bukan india,  tp melayu
mcm sekarang,  agama arab,  tp melayu,  buka  arab
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh main tipu2 meh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 28-2-2017 10:14 AM

Interesting somehow beliau compare angkor watt dan borobudur , lemah bujsng i pergi lawat long time ago hanya tinggal tapak dan separuh dinding saja.
Of course u tidak akan jumpa any evidence of devaraja i leave with this (?)
Angkor watt dan borobudur seem bukan nampak similiar tapak lembah bujang ,but beliau mention tantric hinddhu budhism  . Adakah tantric buddhism (vajrayana / mahayana) di situ?
Sebab surface floor di lembah bujang more close to tantric buddhism temple di bagan myanmar nor angkor watt or borobudur. Correct me jika i salah my observation begitu ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:57 AM | Show all posts
oh terima kasih TT atas article ni - so dep adah temui ye bukti negatif tentang rumusan sejarah kedah tua lampau.

okay - sebenarnya pada mereka yang ada ayah atau ibu yg terlibat dengan persatuan sejarah negeri kedah benda ni dah diusulkan secara cakap mulut  but TT thank u . menarik.

Insya Allah , ade lagi tu penemuan lain yang lebih kepada ' monumen' candi tu - adakah ia candi atau ...?

itu ada juga i dengar tapi ...sama ada dah di' finalised, kan tu wallahu a'llam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:57 AM | Show all posts
dgn hanya berasaskan yg tak jumpa, tak ditemui sekian sekian

sistem kerajaan ala India yg tak jumpa, lain lain tak dijumpa macam Angkor Wat atau Borubudur,

boleh terus kesimpulannya bukan warisan Indianisasi....


tolong, jd profesionalisma sikit.... sejarahwan kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 06:06 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-3-2017 06:09 AM
pyropura replied at 28-2-2017 08:53 PM
.. bermati mati taknak ngaku nek moyang pakai igama keling ...

aih...laa...kat sini u tak nak guna pulak  frasa ' in need of different perspective' pulak???

kat sinilah sesuai perspektif berlainan dibincangkan...benda yg  begini.

menarik apa - kita lihat pembinaan nation state  Tanah Melayu then malaysia dalam era lampau...

kat sini dia cuma nak fokus kepada proses pengIndiaan / indianisasi  secar abesar besaran seperti mana kepulauan Nusa tenggara - indonesia- bali tu atau kawasan di Jawa atau kalimantan yg menerima pembudayaan India/ pengaruh agama Hindu  secara menyeluruh. so perbandingan kajian dalam lokasi di asia tenggara .

dia nak habaq yg - sikit sikit je  tempias dan tak leh disimpulkan sama ada penyerakan proses ini melibatkan lokaliti setempat atau  meluas.

bukan soal ngaku tak ngaku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.442763 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list