CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Tempatan] Umat Islam perlu waspada sebar informasi agama dalam media sosial

[Copy link]
Post time 28-2-2017 09:02 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Umat Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik dari dalam mahupun luar negara.

"Institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial serta dalam masa yang sama memastikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah disegarkan.

"Mungkin jabatan agama boleh memikirkan mengenai tular sesuatu hadis atau informasi itu perlu mempunyai logo sama seperti logo Halal misalnya. Jadikan ia sebagai eksklusif kerana maklumat ini adalah makanan rohani...kalau makanan rohani tidak halal ia akan menyebabkan rosak hati, fikiran, perangai dan tamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian Seminar Gagasan Peradaban al-Quran yang turut dihadiri Timbalan Mufti Negeri Sembilan Nor Azamir Alias.

Mengulas lanjut, Azizan berkata penyebaran informasi tidak sahih selain daripada mengelirukan ia juga boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

"Sebelum ditular, fikirkan dulu apa niatnya...kalau (informasi) tak sah, jangan disebarkan kerana berdosa. Dahulu fitnah (dilakukan) di hujung lidah (secara lisan), sekarang di hujung jari," katanya.

Beliau dalam pada itu, menasihatkan umat Islam agar memastikan maklumat yang hendak disampaikan itu adalah sahih dengan merujuk kepada golongan pakar agama, sebelum disebarkan.

"Malah, ustaz atau ustazah juga perlu tonjolkan diri bagi mengesahkan maklumat berkenaan sama ada sahih atau sebaliknya. Ini bukan soal nak jadi terkenal kerana pada zaman sekarang tak boleh lagi kita berdakwah secara berkumpul seramai 20 orang, sebaliknya kita kena dakwah secara global yang mana lebih ramai mendapat manfaatnya," katanya.

Seminar dua hari itu bermula hari ini bertujuan untuk menzahirkan kembali gagasan utama pemikiran peradaban al-Quran yang telah melahirkan tamadun Islam yang luhur dalam sejarah manusia.

Seminar itu yang dihadiri kira-kira 300 hadirin akan mengupas mengenai bagaimana al-Quran membangunkan generasi beradab, seruan al-Quran kepada keadilan sosial serta syarat dan halangan kefahaman al-Quran.

-- BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067368 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list