CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 11

[Jenayah] thread pertama kaktom : kes tembak lagi

[Copy link]
Post time 28-2-2017 11:06 PM | Show all posts |Read mode



sesaja hasrat hati hanya ingin memeriahkan forum yang semakin tidak meriah.



Dah nak sampai rumah dah..Dooorrr! ! Doorr! ! lelaki maut kena tembak.
Mayat lelaki dengan kesan tembakan di kepala dan belakang badan ditemui di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Suria, Taman Kinrara, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa berusia 33 tahun itu kira-kira 1 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan menuju ke rumahnya di sebuah blok bangunan pangsapuri berkenaan selepas meletak kenderaan di kawasan berhampiran.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui lima kelongsong peluru. Suspek dipercayai menggunakan pistol semi auto," katanya dalam satu kenyataan.
Megat berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2017 11:08 PM | Show all posts
*MAKLUM KES TEMBAK MENYEBABKAN KEMATIAN BERSABIT BANDAR KINRARA 1750/17*

Tarikh: 28/2/17@0143hrs
Sek: 302KK
IO: Asp

*Fakta Kes*
Pada 28/2/17@0128hrs, pusat kawalan IPD Serdang Telah terima panggilan telefon dari 1 L I dikenali sebagai Chandra memaklumkan terdapat 1 L India telah ditembak di Pangsapuri Suria Kinrara, Taman Kinrara 4/5, Serdang.

Mangsa adalah 1 lelaki India nama *Subbarao a/l Sanasi*
KPT: 840722-08-xxxx
mempunyai 1 rekod wanted bersangkut gemencheh rpt: 980/12 dan masih dikehendaki (WANTED).
- Berniaga kain sari online

*Siasatan Forensik*
Terdapat 5 kelongsong peluru dijumpai Di tempat kejadian. 4 kelongsong dekat dengan body dan 1 l/kurang 4 meter dari body.
Jenis kelongsong:-
1 Thai Arm
4 Luger

Terdapat kesan cat pada kaki si mati dan kereta si mati.

*Kecederaan*
3 Das tembakan Di Kepala Dari belakang tembus ke muka (dikenalpasti oleh Forensik)

*Saspek*
2 Lelaki bangsa tidak pasti memakai ski mask.

*Keadaan tempat kejadian*
-Kawasan Flat dan mempunyai security guard
-Pencahayaan suram.
-Saspek tidak melalui security guard dipercayai datang dan melarikan diri dengan melompat tembok pagar kawasan Flat tempat kejadian-keadaan gelap
-kereta si mati parking berhampiran tembok tempat saspek datang dan melarikan diri.

Utk makluman awal ydh Dato'/Tuan

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini geng 321 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aiyooo
takut nya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:57 PM | Show all posts
tembak menembak dah biasa sangat sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik kaktom.. gambar besar lagi ada dak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 12:21 AM | Show all posts
malaysia masih aman.....


menteri pasola....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahiniah kektom first thread...moga next thread kektom hot botingkek2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 08:34 AM | Show all posts
kes hutang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 08:50 AM | Show all posts
skg ni pkra biasa sgt dh di mesia tembak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 09:21 AM | Show all posts
apo nak jadi ler skang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:32 PM | Show all posts
aiyooo seramm nya..
x puas hati tembak2 jela.. hurmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.096591 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list