Sekali dengar suara abang Bomba ini, saling tak tumpah macam suara penyanyi lagenda tanahair iaitu Saleem kumpulan Iklim.
Mendendangkan lagu berjudul "Mimpi Yang Pulang" nyanyian asal Saleem Iklim, video Nursyafiq Farhain pantas menjadi tular di media sosial gara-gara suara emas yang dimilikinya itu.
Lihat video dibawah ini :
Beberapa video lain nyanyian jejaka kelahiran Kampung Chalok, Setiu, Terengganu ini pernah menjadi tular namun nyanyiannya di aplikasi Smule kali ini telah menarik lebih ramai penonton untuk mengenali lebih dekat siapakah pemilik suara persis Saleem ini.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya Nursyafiq Farhain adalah anak kepada penyanyi Saleem dan kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Johor Bahru. Patutlah suara macam Saleem, ya lah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan!
Sudahlah kacak, suara pula sedap memang cukup pakej lah kalau nak jadi artis. Siapa setuju jika Nursyafiq Farhain terjun ke bidang nyanyian?
Pada pandangan penulis, memang molek sangatlah jika abang Bomba ini serlahkan bakat terpendam yang ada padanya. Sayang pula jika dibiarkan bakatnya terpendam begitu sahaja kerana tak ramai rakyat Malaysia mempunyai suara emas serak basah mirip ayahnya, Saleem Iklim. - CARI