CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Canang Segala Tentang Keluarga, Artis Tak Hirau Keselamatan Anak?

[Copy link]
Post time 1-3-2017 06:38 PM | Show all posts
fulusss replied at 1-3-2017 03:58 PM
Ai sorang je ke perasan wife Syukri yahya kemain tayang anak??

semua benda wajib bagitau.. Alasan ...

Umur berapa and keje apa si Tya tu??? Mcm BBNu pun ade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 06:42 PM | Show all posts
ape ni sume smbang sal bini sukriyahya hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kata artist .....ada bnu put the baby in her Birkin bag.....konon kelakarkan!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dah parents sendu...up la citer pasal anak plak...xfikir keselamatan anak...sumer nk bgth...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis ni maken lama psgn dia yg makin over
Lg2 bila ada ank
Sume bnde nk tayang
Yg tngk lak dak dak skolah je
Skolah rndh
No wonder la level bimbo tu sama setarap
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je. Kalau kena culik mesti senang trace.muka ecah senang kenal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kdg kala up je gambo anak2 aku.
Tp janji dgn baju yg sopan...
Xpaham betol mak pak jenis upload gambo anak separa bogel bagai arr... walopon baby... jagalah maruah anak.. pedo rmi skang... belum lg yg tayang gambo laki x pakai baju bagai.. geliii arrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum lg amik gmbo baby guna filter camera..
Baby kan kulit flawless.. apa ntah nak guna2 filterr...

Tp pernah anak kwn i ols. Gambo fb penuh anak dia.. filterr bertepek2... nampakk comeyy je.. gebuss mata bulatt... pp merah2.. i olsz x pernah jumpa anak dia dr lahir.. skali masa 1st birthday anak dia i olsz dtg. Ya ampun... indah khabar dr rupaa   kesian budak2.. semua ni angkara mak kaki filter camera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 1-3-2017 11:30 PM
Aku kdg kala up je gambo anak2 aku.
Tp janji dgn baju yg sopan...
Xpaham betol mak pak jenis uploa ...

Ade sorang cousin biras ai jenis update nunjuk 24 jam... Anak swimla pi sekolahla awat tak upload pic tgh neran berak  
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 08:32 AM | Show all posts
mak bapak BNU nie perangai mmg mcm batak jakun..ramai je kt FB aku nie semua benda nk tunjuk..anak msk sekolah..anak demam..anak menyanyi semua ko nk tunjuk...kdg2 meluat..bile kite perli katenye dengki..aku lagi rela tgk org upload gambar or video kucing
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 09:38 AM | Show all posts
keuntungan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 09:38 AM | Show all posts
malas nak berfb sebab ni lah
tak add fren katanya sombong
bila add jenuh tgk gambar cenggini
baikkk tutup je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 09:40 AM | Show all posts
Mak bapak dah sendu. Haruslah up kan anak2 yg tengah comel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira masih kecik.tunggu besar nanti ada la buat conversation anak ngan ibu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 10:12 AM | Show all posts
KOSMO 02/03/2017

Ruang peribadi selebriti

KETIKA sedang membelek laman Instagram, mata tiba-tiba tertarik dengan perkongsian aktres serba boleh, Nabila Huda. Pelakon yang menggunakan nama akaun @Kupu-kupu itu menyatakan tentang realiti sebenar kehidupan seorang public figure atau selebriti yang terpaksa bermanis muka apabila bertemu peminat walaupun ketika itu diri berada dalam keadaan tertekan.

Suka atau tidak, itu adalah salah satu cabaran apabila bergelar selebriti. Selain terpaksa menyembunyikan segala gundah yang bersarang di hati, kisah kehidupan mereka juga bagaikan ‘hal awam’ yang harus dikongsi kepada peminat.

Bukan sekadar perihal kerjaya, malah sekecil-kecil kehidupan peribadi mereka juga menjadi perkara menarik untuk diketahui peminat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, antara perbuatan yang menjadi ikutan adalah perkongsian perihal kehidupan anak selebriti dalam laman sosial.

Ironinya, bukan hanya artis yang berbuat demikian. Hal ini kerana, terdapat banyak individu biasa turut mendedahkan anak masing-masing dalam laman sosial seperti mewujudkan akaun Instagram dan Facebook mereka sendiri. Namun, tarikan itu tidak begitu kuat seperti selebriti yang mendedahkan anak mereka kepada peminat. Ada peminat yang boleh menerima baik perkara itu, namun ada pula sebaliknya.

Lebih parah, kadang kala perkongsian tersebut mencetuskan perang keyboard warrior apabila golongan penyokong akan saling berbalas komen dengan golongan pembenci (haters) sambil menghamburkan kata-kata negatif.

Pensyarah Psikologi Klinikal dari Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilwa Abdullah berkata, biarpun ada sesetengah selebriti mengambil sikap tidak endah terhadap semua komen tersebut, namun harus diingat, kata-kata boleh bertukar menjadi satu doa.

“Apabila selebriti memilih untuk mendedahkan kehidupan anak mereka kepada umum, secara tidak langsung ia akan membuatkan peminat tertarik untuk mengikuti perkembangannya. “Selepas itu timbul pula kata-kata kurang enak daripada netizen yang bertindak bagaikan pakar, mengkritik cara hidup yang dibentuk oleh ibu bapa kepada anak itu.

“Mungkin ada sesetengah orang melihat perkara itu biasa, tetapi sebenarnya kata-kata boleh bertukar menjadi doa. Kasihan kepada anak-anak yang tidak tahu apa-apa dan lebih teruk mungkin ia boleh memberi kesan kepada proses pembesaran mereka,” kata Hilwa.

Ditanya apakah kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak sekiranya terlalu didedahkan dengan dunia populariti dan kemewahan, jawab Hilwa: “Saya ibaratkan anak-anak seperti span yang boleh menyerap apa sahaja yang dibentuk oleh ibu bapa mereka. Sehingga umur tujuh tahun, kanak-kanak tidak boleh menilai perkara baik atau buruk.

“Jika dari awal mereka didedahkan dengan kemewahan dan populariti, tidak mustahil ia boleh memberi kesan kepada tingkah laku mereka kelak. Justeru, kesederhanaan dalam mendidik anak adalah penting. Namun ia juga bergantung kepada pilihan ibu bapa.”

Pilihan

Dalam pada itu, terdapat juga selebriti yang mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi kisah peribadi mereka kepada peminat.

Sekadar mengambil contoh, penerbit dan pelakon Rosyam Nor yang ‘kemas’ memegang prinsip untuk tidak mendedahkan keluarga atau anak-anaknya kepada umum. Hal itu juga dilakukan oleh penyanyi Altimet yang begitu menjaga privasi keluarganya.

Pendekatan hampir serupa juga digunakan oleh pasangan romantis Lisa Surihani dan Yusry. Bergelar selebriti tidak bermakna anak sulungnya, Yahaira Leanne yang kini berusia setahun lima bulan juga harus mengikut jejak langkah mereka.

Bagi membolehkan puterinya menjalani kehidupan normal seperti anak orang kebanyakan, ujar Lisa, dia lebih bersifat selektif dan cuma sesekali sahaja keletah anaknya dipertontonkan dalam laman sosial.

“Mungkin cara kami berbeza dengan cara orang lain, tetapi ia tidak bermakna kami tidak berkongsi langsung gambar Yahaira kepada peminat.

“Cuma kami akan berkongsi apabila dirasakan ia perlu dikongsi. Misalnya, ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak logik sekiranya Yahaira tidak ada dalam gambar itu,” terang Lisa.

Ditanya apakah tindakannya apabila ada pihak yang meninggalkan komen negatif pada gambar yang dikongsi, ujar ibu jelita berusia 30 tahun itu: “Setakat ini komen-komen yang diberikan peminat pada gambar yang saya muat naik, masih terkawal.

“Jika terdapat komen negatif, saya akan terus memadamkannya tanpa berfikir panjang.”

Privasi

Bagi penyanyi terkenal, Ziana Zain, walaupun kerjayanya penuh dengan sinar populariti, namun sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 17, Muhammad Ammar, 14, serta kembar Siti Nur Qaseh dan Muhammad Airil, 8, beliau mempunyai prinsip tidak mahu mencampurkan hal kerja dengan urusan peribadi.

Wanita berusia 49 tahun itu memberitahu, urusan keluarganya merupakan harta yang tidak perlu dikongsi bersama peminat demi menjaga ruang privasi mereka.

“Jika dilihat dalam Instagram, memang sangat jarang untuk saya berkongsi gambar anak-anak dan keluarga. Hal ini adalah kerana saya tidak suka mencampurkan urusan kerja dan peribadi. Saya tidak mahu mengganggu emosi mereka yang masih bersekolah.

“Tambahan pula, anak-anak saya juga tidak selesa dengan perkara itu. Mereka pernah beritahu tidak mahu menjadi seperti saya kerana tiada ruang privasi,” ujar Ziana.

Bagaimanapun, ujar pelantun lagu Madah Berhelah itu, keputusan berkongsi gambar peribadi adalah bergantung kepada hak masing-masing. Seperti dirinya, dia hanya akan berkongsi gambar keluarganya pada majlis tertentu sahaja.

“Ia bergantung kepada sesetengah artis, jika mereka ingin kongsi gambar peribadi. Pun begitu, saya hanya akan berkongsi pada waktu tertentu sahaja kerana anak-anak saya bukan artis.

“Saya juga tidak menggalakkan anak-anak mempunyai Instagram sendiri kerana mereka masih lagi bersekolah. Jika mereka hendak buat, saya akan tanya mereka ingin bercerita tentang apa di situ,” terangnya panjang lebar.

Jurnal peribadi

Sementara itu, pelakon Yasmin Hani pula memberitahu, tindakannya mewujudkan laman Instagram buat anak-anaknya iaitu @noahismailwong dan @eissalelzanderwong adalah sebagai jurnal peribadi yang boleh disimpan sehingga mereka besar.

“Sebenarnya sejak anak sulung, Noah Ismail di dalam perut, saya sudah mula membuat jurnal untuknya. Apabila dia lahir, saya tidak sempat untuk menyiapkan jurnal tersebut, jadi Instagram yang saya buat untuknya adalah sebagai pengganti jurnal itu.

“Begitu juga dengan anak kedua saya, Eissa Elzander turut mempunyai akaun Instagram sendiri. Setiap momen indah proses mereka membesar akan diabadikan di dalam akaun itu agar mereka boleh melihat semula apabila besar nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yasmin memberitahu, dalam setiap gambar yang dikongsikan, dia juga tidak ketinggalan menjadi mangsa kritikan negatif netizen.

Tidak mahu aura negatif memberi kesan kepada kehidupannya bersama suami, Sha’arin Mohammed Razali Wong dan anak-anak, dia akan memadam setiap komen atau kata-kata negatif yang ditinggalkan.

“Hidup ini tidak lama, jadi saya tidak mahu aura ataupun orang negatif berada dalam ruang kehidupan saya. Apabila saya melihat komen negatif pada gambar yang dikongsi, saya terus akan memadamnya.

“Saya tidak mahu ia memberi kesan kepada anak setelah mereka membaca komen tersebut apabila besar nanti,” tutupnya ringkas.



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 10:13 AM | Show all posts
lantak la nak kena culik nanti anak dorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2017 10:21 AM | Show all posts
fulusss replied at 1-3-2017 03:58 PM
Ai sorang je ke perasan wife Syukri yahya kemain tayang anak??

semua benda wajib bagitau.. Alasan ...

wife syukri yahya ni sesuai dgn dato note3 #128gb #note3
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kikiharris replied at 1-3-2017 04:35 PM
ada org tegur nape suka up pic laki tgh tido.
melenting gaklah..siap reply laki u ke laki i
chil ...

Style sentap gak yea minah ni.

Die kn yg cepatkan kawin sbb tme tu syukri yahya kemaruk ngn fatia.

Tau tkut..pastu harusla show off tkut laki jatuh cinta lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 10:40 AM | Show all posts
Anak baru sehari tengok dunia dah wujud IG
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 11:08 AM | Show all posts
pichee replied at 2-3-2017 10:26 AM
Style sentap gak yea minah ni.

Die kn yg cepatkan kawin sbb tme tu syukri yahya kemaruk ngn fa ...

ye,, wife dia la tu. suka tgk bdn wife dia, cantik..
tp rupa biasa2 je.. lg2 dah pkai tudung.. nmpk biasa2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.109473 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list