View: 1291|Reply: 10
|
Lelaki 'Bermasalah Mental' Cuba Ceroboh Masuk Ke Kokpit
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berusia 26 tahun cuba memasuki kokpit sebuah pesawat komersial yang dalam perjalanan dari Paris menuju ke Casablanca, Maghribi semalam.
Agensi berita MAP yang memetik kenyataan polis melaporkan, penumpang yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan pergi ke tandas sebelum cuba masuk ke kokpit tetapi berjaya dihalang kru penerbangan.
Tiada butiran lanjut berhubung insiden itu atau nama syarikat penerbangan yang terbabit.
Menurut jurucakap polis yang bertugas, sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Casablanca, lelaki terbabit dibawa ke klinik di lapangan terbang, dan kemudiannya mengesahkan dia mempunyai 'masalah mental' sebelum dihantar ke Hospital Psikiatri.
Difahamkan, lelaki itu adalah pendatang haram di Perancis yang mempunyai 'masalah mental' dan terpaksa ditemani bapa saudaranya untuk menaiki pesawat ke Maghribi. - CARI
sumber foto: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Apahal brita org mslh mental je sejak dua menjak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
menyusahkan betul la..
nasib baik tak berlaku
kejadian buruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pernah bercita-cita nak jadi pilot |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu dia ada masaalah mental kenapa le bagi dia gi toilet sendiri macam2 boleh jadi kalau tak ada pengawasan |
|
|
|
|
|
|
|
masalah mental berlaku do seantero dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas lak dia ke luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan pilot yang bermasalah mental. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib takde pape berlaku.. huh |
|
|
|
|
|
|
| |
|