View: 1011|Reply: 2
|
Rakyat Mesir Kecewa Hosni Mubarak Bebas Tuduhan Bunuh
[Copy link]
|
|
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah dibersihkan daripada pertuduhan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011.
Memetik laporan Aljazeera, keputusan oleh Mahkamah Rayuan Mesir adalah muktamad, tiada ruang bagi sesuatu rayuan atau perbicaraan semula terhadap bekas diktator yang berusia 88 tahun itu.
Keputusan mahkamah telah menyebabkan ramai rakyat kecewa terutamanya mereka dari kalangan belia yang berkhemah di Dataran Tahrir, Kaherah pada tahun 2011 untuk menggulingkan Hosni.
Kira-kira 800 orang telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Mesir semasa revolusi 2011.
Pada bulan Ogos tahun tersebut, Mubarak pertama kali muncul di mahkamah untuk dibicarakan kerana telah bersubahat kematian mereka.
Dia didapati bersalah pada bulan Jun 2012 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Tetapi enam bulan kemudian hukuman itu dibatalkan dan pada tahun 2014 semua caj digugurkan kerana masalah teknikal undang-undang.
Keputusan mahkamah semalam mengekalkan keputusan pada tahun 2014. - CARI
sumber foto: www.aljazeera.com |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dody_farid at 3-3-2017 10:42 AM
Dah boleh agak... sistem perundangan negara dunia ketiga memang macam ni... sama juga macam malaysia... mesti ada campur tangan pemerintah mesir untuk bebaskan dia... husni ni dari kalangan tentera, sama macam pemerintah mesir sekarang... mahkamah hanya sebagai alat... |
|
|
|
|
|
|
|
Alsisi Aldajal punya agenda la |
|
|
|
|
|
|
| |
|