CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 13

Ayuh Cipta Kelainan, Wajib Cuba Kaedah Masak Ayam Dalam Pasir Ini

[Copy link]
Post time 3-3-2017 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Sudah jemu dengan kaedah memasak ayam yang biasa? Rungsing rasanya mencari hidangan ayam yang lebih istimewa bukan?


Kalau ini yang membelenggu fikiran, apa kata cuba Kaedah Masak Ayam Dalam Pasir pula.


Kedengaran agak pelik, tapi bila melihat hasilnya mesti terkejut kerana ayam yang dimasak dengan cara begini lebih lembut dan berjus.


Kaedah ini memerlukan anda untuk melakukan perapan ayam terlebih dahulu.


Resipi Perapan Ayam (untuk seekor)
Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 biji buah keras
4 batang serai
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup
belacan
cili (dikisar
garam


Langkah-langkah
1. Kisar semua bahan perapan ayam
2. Lumur sekata pada ayam
3. Perap ayam


Kaedah Masak Ayam Dalam Pasir


1.Buat lubang pada kawasan pasir yang sesuai untuk letak seekor ayam. Ayam yang siap diperap dibalut dengan kerajang aluminium dengan kemas bagi elak pasir masuk ke dalam ayam.


Foto: The Vocket


2. Letakkan bara arang di sekitar ayam


Foto: The Vocket


3. Begini keadaannya apabila sudah letak bara api di sekeliling


Foto: The Vocket


4. Timbuskan dengan pasir tetapi jangan terlalu tinggi dan letak lagi bara arang di atas pasir


Foto: The Vocket


5. Bakarkan kayu atau arang di atas pasir yang ditimbus. Tunggu selama 1 jam


Foto: The Vocket




6. Selepas sejam, arang akan jadi seperti ini di atas pasir. Anda perlu berhati-hati kerana pasir ini panas


Foto: The Vocket


7. Rupa ayam yang telah siap dimasak di dalam pasir tadi. Memang sedap dan terasa rempah-rempah yang diperap


Foto: The Vocket


-Kredit Resipi: The Vocket


Bagi sesiapa yang ingin mengadakan hari keluarga atau apa-apa aktiviti bersama rakan di tepi laut, wajib cuba kaedah ini ya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasir laut tepi pantai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 02:29 PM | Show all posts
kalau masak dalam bauksit lagi sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
woww boleh cubee ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 02:51 PM | Show all posts
Kalau gi picnic lepas tu perut mencanak lapar tak sesuai nak buat menu ni sbb lama nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat kat tepi pantaibtu sila kemas balik ye, jgn tahu melahap je nanti,siapa nak kemaskan hasil2 kerja tersebut. Macam manalah pantai nak lawa gamaknya kalau malas kannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2017 06:43 PM | Show all posts
ya ampun kaedah dalam pasir pon adooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap tergali taik kucing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana datangnye pasir.....silap silap pelbagai perasa jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm juicy ja ayam tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 01:55 AM | Show all posts
I won't take that risk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hr tu kat fb masak ayam dlm tin,  ni dlm pasir lak. Lepas ni nak masak dlm apa pulak agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda baru ni sgt menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi risiko kalau x balut betul2 silap2 mkn pasir je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.402591 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list