Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, diisytiharkan sebagai Persona Non Grata dan perlu meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4hb Mac memaklumkan Kang Chol dipanggil ke Kementerian Luar Negeri dan dijadualkan bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala kementerian, Raja Nushirwan Zainal Abidin, pada jam 6 petang kelmarin.
Bagaimanapun, duta itu atau pegawai kanan kedutaan berkenaan tidak menghadirkan diri.
Oleh itu, Kementerian Luar Negeri telah menghantar nota diplomatik kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan perkara tersebut.
Manakala, tempoh 48 jam pengusiran Kang Chol bermula dari 6 petang kelmarin iaitu 4hb Mac.
Persona Non Grata diterjemahkan secara kasarnya bermaksud “Orang yang Tidak Dihargai”. Seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada disesebuah negara.
Ia merupakan bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seseorang diplomat asing.- CARI
dahsyat juga cara Korea Utara tunjuk kekuatan ketenteraan diaorang
sistem peluru berpandu terkini diaorang mampu sampai ke Malaysia.. yang diaorang dah test berjaya, 2,000km camtu.. ikut logik tak sampai
tapi sistem ICBM diaorang yang terbaru tu katanya boleh sampai ke Malaysia, bila-bila masa sahaja diaorang akan uji, diaorang tengah pilih sasaran, buat dia punya sasaran adalah Malaysia.. kena mengucap 2 kalimah syahadah dulu, kurang-kurang mati dalam iman
kalau diaorang nak lancarkan ICBM pun aku ingat lepas game Malaysia vs Korea Utara di stadium diaorang 28 March 2017 nanti.. sempat lagi mungkin nak beli tiket kapal terbang selamatkan diri sebelum diaorang lancarkan ICBM diaorang.. pemain-pemain bola sepak Malaysia akan mati dulu, tengok perkembangan camne, kalau betul mati kena tembak ke, memang sah la aku ingat diaorang akan sasarkan ICBM diaorang ke arah Malaysia nanti
sbb kang chol ni kutuk cara polis kita wt kerja, dan tuduh kerajaan kita bersekongkol dgn korea selatan..
kemudian, bila dipanggil utk beri keterangan, dia stay kt kedutaan tu jek..
(of coz dia takkan dtg utk beri keterangan, nyawa dia dan family dia akn terancam bile balik ke sane nnt)
so, negara kita umumkan dia sbg persona non grata, erti kata lain diharamkan jejak ke bumi malaysia bermula hari ini..
sbb duta tak leh ditangkap kerana punyai immuniti..
setahu aku sebab dia pergi buat kenyataan media marah PDRM dan kerja-kerja penyiasatan Kementerian Dalam Negeri.
kalau dalam istilah ketenteraan, benda main api dengan media-media antarabangsa, orang panggil perang saraf atau pyschological warfare, sebelum diaorang pergi kerahkan aset ketenteraan gempak diaorang sasar pada sasaran utama dia setelah mental dan semangat musuh diaorang dah dilemahkan habis-habisan untuk pastikan kemenangan sempurna.