CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8115|Reply: 57

Edisi ke mana hilangnya : Ana Raffali kini cikgu BI

[Copy link]
Post time 6-3-2017 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Ana Raffali Kini Bergelar Guru Bahasa Inggeris
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 6:30 AM


[size=0.75em]Ana Raffali masih belum melupakan bidang nyanyian.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali memberitahu dia kini bertugas sepenuh masa sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian sejak Mei tahun lalu.



[size=0.98em]Ana, 32, berkata, keputusan menceburi bidang pendidikan kerana ingin mencapai cita-cita bergelar pendidik selain ingin memanfaatkan ijazah diperolehnya dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua(TESL) dari Universiti Teknolog MARA (UiTM) Shah Alam.

"Sejak dahulu saya memang meminati bahasa Inggeris malah mempunyai ijazah dalam bidang itu, jadi sayang kalau saya tidak gunakannya.

"Tambahan pula saya memang bercita-cita untuk bergelar seorang guru dan Alhamdulillah cita-cita itu tercapai," katanya kepada mStar Online.

Ana ditemui pada sidang media Karnival Moh Ke Jengka 7 yang diadakan di Restoran Haslam di sini, Jumaat.

Acara bersempena reunion bekas kaki tangan 70-an dan peneroka Felda Jengka 7 itu akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mac ini.

Lebih daripada 20 selebriti tempatan bakal memeriahkan acara yang bakal diadakan di Felda Jengka 7, Pahang itu.

Dalam pada itu, Ana berkata, walaupun sudah mempunyai kerja tetap dia tidak pernah melupakan cintanya terhadap bidang nyanyian.

Sebaliknya kata Ana, dia masih aktif menulis lagu malah memberitahu mempunyai banyak koleksi lagu yang diciptanya sendiri.

"Saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian malah masih aktif menulis dan mencipta lagu memandangkan saya ada studio mini di rumah.

"Saya ada simpan banyak lagu tetapi belum masanya saya membuat kemunculan semula," katanya.

Tambah Ana, profesionnya sebagai guru banyak memberinya idea untuk menulis lagu kerana kerjayanya itu menarik dan sentiasa memberi pembaharuan.

"Saya bukan sahaja mengajar tetapi menjadi seorang guru banyak inspirasi dan pengalaman yang saya dapat sekaligus memberi saya idea untuk membuat lagu.

"Malah saya gunakan muzik sebagai alat menarik minat pelajar untuk merasai keseronokan belajar bahasa Inggeris," jelasnya.

Sementara itu, Ana berkata, faktor anaknya, Aaydeen Oumar yang baharu berusia dua tahun turut membantutkan hasratnya kembali ke persada seni muzik tempatan.

Kata bekas juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) ini lagi, dia tidak mahu terlepas saat-saat anak lelakinya itu membesar.

"Saya tiada pembantu dan saya bersama suami yang bergilir-gilir menjaga anak kami.

"Kami tidak mahu terlepas saat-saat dia membesar dan tidak mengapa jika saya perlu memperlahankan karier seni kerana apa saya lakukan adalah demi anak," jelasnya.

Ana berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 35, pada 25 Februari 2012.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... WwaBbC72yqo6lWs8.99


cc : sis @beta_carotene

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 07:24 PM | Show all posts
laki sheols jumpa depan2 muka ala2 garfield.
mata kuyu ala2 nak tidur jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni dia dh aman2 diam toksah la tnya mana hilang lagi,, nnti dia buat comeback ckp uolss merindukan dia haru jugak uolls nnti.. Kosserr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2017 07:28 PM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 6-3-2017 07:27 PM
Korang ni dia dh aman2 diam toksah la tnya mana hilang lagi,, nnti dia buat comeback ckp uolss merin ...

X hilang chuols.. in fact ada tecalon Top 5 AIM few years back... kategori MV Terbaik. Lagu ni


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 6-3-2017 07:28 PM
X hilang chuols.. in fact ada tecalon Top 5 AIM few years back... kategori MV Terbaik. Lagu ni

...

5 years back to ko ingat 5 days ago? Or 5 hours ago?? Kosserrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2017 07:33 PM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 6-3-2017 07:30 PM
5 years back to ko ingat 5 days ago? Or 5 hours ago?? Kosserrr

Hahaha.. mohon @beta_carotene back up diri sndirik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 6-3-2017 07:27 PM
Korang ni dia dh aman2 diam toksah la tnya mana hilang lagi,, nnti dia buat comeback ckp uolss merin ...

Haha yelah.. Nanti ckp kembali atas permintaan peminat yg merinduinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dia senyap2 jangan di seru..
sekali dia ada single..dia masuk ajl balik..mau dia bolot juara lagu lagi sekali.. mau tercengang semua org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2017 07:52 PM | Show all posts
bambimo replied at 6-3-2017 07:46 PM
dia senyap2 jangan di seru..
sekali dia ada single..dia masuk ajl balik..mau dia bolot juara lagu l ...

Hey..jgn sharut first ever FEMALE singer song writer yg bolot AJL selepas M.Nasir & Yasin horkeh.

Shilalalalat...pun x mampooo walopn tgh mendonia yach
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck Ana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 student private school  tu cam tak dia retis Kalau ada mesti selalu kena usik dgn lagu2 dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 6-3-2017 07:33 PM
Hahaha.. mohon @beta_carotene back up diri sndirik

            
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 6-3-2017 07:46 PM
dia senyap2 jangan di seru..
sekali dia ada single..dia masuk ajl balik..mau dia bolot juara lagu l ...

Kannnnnnnnn    
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada yg merindukan sheols pun...rasanya sorg jah yakni @beta_carotene
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang2 meols terfikir apakah ini 'badi beta cheetah"? sbb segala retis yg @beta_carotene puja berakhir sendu di tengah hari yach!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong Ingatkan Aku whoareyus???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 6-3-2017 08:36 PM
Tolong Ingatkan Aku whoareyus???

Kalau chuols x amnesia...atau alzhemeir,...heshe lah nyanyi lagu kalau berpacaran ngan altimet....zaman ni zaman parodi cikgu shida yg selamba badak tu......
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe 2x masuk Ajl dan sekali menang. Tok Shila Majid dan Sarah Raisudin pun tak pernah ke final AJL kan walaupun byk lagu ngetop.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana dh jadi cikgu.

Cikgu Shida apa khabar skrg agaknya? Masih mereng atau sudah insof?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 6-3-2017 09:06 PM
Heshe 2x masuk Ajl dan sekali menang. Tok Shila Majid dan Sarah Raisudin pun tak pernah ke final AJL ...

Lolol
Anak rapali 1- nek sila mejid 0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070151 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list