Bagi anda yang biasa berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, pasti akan terserempak dengan gelandangan. Biasanya kebanyakan dari kita akan menjauhi atau memandang dengan penuh rasa jijik golongan ini.
Maklumlah takut jika diapa-apakan namun berbeza bagi pemuda yang bernama Muhd Khairul ini kerana dia bukan sahaja menjadikan gelandangan sebagai kawannya, malah turut cuba menyelami jiwa mereka.
Menurut kisahnya yang dikongsi Facebook, Khairul adalah seorang Mat Despatch dan apa yang menarik perhatian adalah persahabatannya dengan gelandangan bernama Ashuk Kumar.
"Aku habiskan masa rehat tengah hari aku dengan dia. Berjalan sambil berborak. Ketenangan masa ni Ya Allah!!! Allah saja yang tahu. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yang memerhati aku dengan Ashuk ni."
Bukan sahaja bergurau senda dengannya, malah Khairul juga membawa Ashuk pergi gunting rambut dan memberikan wang untuk membeli barangan keperluan mandi.
Ashuk dan Khairul sebelum gunting rambut, Foto: FB Muhd Khairul
Ashuk selepas gunting rambut, Foto: FB Muhd Khairul
"Ni dugaan hang Shuk, Insyaallah hang berjaya. Aku nak hang jadi macam dulu. Lupakan semua masalah. Aku takkan ada belakang hang, tapi aku akan ada sebelah hang."
Tidak mempedulikan pandangan jelik orang ramai ketika dia berjalan bersama seorang gelandangan, tindakan Khairul ini merima ucapan tahniah dan 'berbakul-bakul' pujian dari netizen.
Khairul juga sempat berpesan "Dalamilah nasib kehidupan orang yang jauh lebih daif. Bersyukurlah."
Semoga kisah ini membuka mata pembaca dan memberi sejuta kebaikan kepada kita semua. -CARI |