CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14119|Reply: 66

Kenapa kita dihidupkan

[Copy link]
Post time 8-3-2017 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zamkumis at 8-3-2017 11:10 AM

Pengembaraan ROH manusia.

Suatu ketika dulu ANDA dalam perut ibu kamu, 9 bulan 10 hari. Hidup dalam air...terus hidup. Sebelum dari itu...sebelum kita dimasukkan dalam perut ibu kita berada dialam roh. Tidak ada jasad.. yang ada hanya roh iaitu entiti diri kita yang sebenarnya. Sebelum dari itu... sebelum itu kita tidak ada sama sekali. Yang ada hanya Tuhan Allah swt. Kemudian tuhan mencipta roh manusia dan dia menjaganya. Jumlahnya...trillion-+. Jumlah roh ini sebanyak semua manusia dari Nabi Adam sehingga baby yang paling last lahir ke dunia ketika kiamat/end of the day.

Tuhan bertanya kepada roh "Adakan aku ini tuhan kamu?" semua roh menjawab "Ya kami menyaksikan.". Semua roh manusia mengaku Allah adalah tuhan kerana mereka melihat sendiri bagaimana segala keperluan mereka disempurnakan oleh Allah swt. Pada ketika itu.. roh saya dan roh kamu semua ada dan menyaksikan sendiri, dan tidak ada keraguan lagi bahawa Allah swt adalah tuhan.

................................bersambung..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2017 11:06 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 8-3-2017 11:09 AM

Pengembaraan seorang anak.

Cerita ke2, mempunyai kaitan dengan post no 1:

Seorang ibu berbangsa melayu melahirkan seorang anak, lalu diserahkan kepada satu keluarga berbangsa eropah, setelah lahir di kuala-lumpur, baby itu diserahkan kepada sepasang suami-isteri berbangsa eropah, seorang kenalan kepada ibu itu. Kemudia bayi itu dibawa ke eropah dan membesar disana dalam keadaan sihat.

Setelah berumur 6 tahun ia merasa hairan, kenapa dirinya berbeza dengan adik-adiknya, bahkan dengan ibu-bapa angkatnya juga sangat berbeza, dia berkulit hitam tetapi adik-adiknya kulit putih merah, ibu-bapa angkatnya juga berkulit putih merah.

Timbul persoalan di kepala si anak, siapa aku sebenarnya? persoalan inilah yang membawa satu perjalanan panjang atau siri pengembaraan si anak untuk mencari siapa dirinya...

bersambung..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 12:28 PM | Show all posts
bersambung..........

...x payah bersambung-sambung lagi...cuba kamu keluar dari kotak dan melawat negara mystic ...India adalah negara yg paling best...
disitu kau dpt jawapan roh (atma) dan lain....lepas dpt jawapan dari bersambung  itu mulut kau ini akan terus kunci ...x dpt kata2 lagi....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 01:27 PM | Show all posts
Truth.8 replied at 8-3-2017 12:28 PM
bersambung..........
...x payah bersambung-sambung lagi...cuba kamu keluar dari kotak dan melawat n ...

Aku rasa kau ni dah masuk agama hindu...rasanya  . Dulu mati-mati kata kristian betul, sekarang dah masuk tong sampah pula...

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 01:31 PM | Show all posts
Edited by Truth.8 at 8-3-2017 01:58 PM
zamkumis replied at 8-3-2017 01:27 PM
Aku rasa kau ni dah masuk agama hindu...rasanya  . Dulu mati-mati kata kristian betul, sekaran ...
Aku rasa kau ni dah masuk agama hindu...rasanya  . Dulu mati-mati kata kristian betul, sekarang dah masuk tong sampah pula...

ya ker? abis   zakir naik kata "similarities islam and hindusim" kau paham maksud? makna  ada persamaan  Hindusim dan  islam lah...tapi hindusim ini lebih tolarent....ayat hindusim x de dlm kitab hindu...spirituality aja...
kristian bukan agama...the way of life...
semua satu Pencipta....
otak kau dah bius....x boleh pakai.. dlm kotak...x berani ke India...takut ke nanti  kebenaraan akan muncul?? cara  pemikiran kau mcm keretas recycle

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2017 05:17 PM | Show all posts
Truth.8 replied at 8-3-2017 01:31 PM
ya ker? abis   zakir naik kata "similarities islam and hindusim" kau paham maksud? makna  ada pe ...

Bajet belum cukup lagi... memang nak pergi india ni truth. Sponsorlah kalau nak aku pergi cepat . Pasport dah siap tahun lepas.

Persamaan tu mengatakan hanya ada satu tuhan, tuhan tidak dapat di imaginasikan.. tu yang aku tahu persamaannya.
Jika kau dah masuk hindu.. apa perasaan kau dalam agama ini... sharelah..
Tapi aku memang kagum habis dengan kau truth kerana kau berani membuat keputusan. Tapi pencarian kau belum berakhir...aku harap pencarian kau nanti akan sampai ke satu destinasi yang mengembirakan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 8-3-2017 08:35 AM
Pengembaraan ROH manusia.

Suatu ketika dulu ANDA dalam perut ibu kamu, 9 bulan 10 hari. Hidup dal ...

ROH di dalam tubuh Ayah...sesuci Matahari (3 bulan)
ROH di dalam kandungan ibu..sesuci Bulan.(9 bulan 10 hari...kiraan perubatan hari ini...dicatat TAKDIR KEHIDUPAN DIRI di LAUH MAHFUZ)
ROH yang telah lahir ke dunia seumpama ROH di Neraka.
Kamu berbicara tentang ROH...Sudah kenalkah kamu dengan ROH diri kamu sendiri?
Seperti apa ROH kamu itu?
Apa yang ada di dalam ROH kamu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 8-3-2017 11:06 AM
Pengembaraan seorang anak.

Cerita ke2, mempunyai kaitan dengan post no 1:

Jika tarzan tu mungkin juga....memang panjang perjalanan dia nak kenal keturunan dan asal diri dia...ye le mak ayah angkat dia golongan mawas....dari bahasa hewan nak belajar bahasa manusia...makan masa puluh tahun juga....
Kes ko yg kat atas ni kejap je nak tahu sebab zaman ini ada ID...tak susah mana pun...lain le jika mak ayah angkat dia palsukan dokumen kelahiran....
Buatle contoh yang Ilmiah sikit bro...biar tercabar sikit minda...sama2 boleh dok fikir boleh dikupas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Truth.8 replied at 8-3-2017 01:31 PM
ya ker? abis   zakir naik kata "similarities islam and hindusim" kau paham maksud? makna  ada pe ...

Jika KRISTIAN BUKAN AGAMA.....Jadi apa yang kamu faham tentang perkataan AGAMA?
Apakah tujuan AGAMA dibangunkan?
SEMUANYA....HINDU,YAHUDI,BUDDHA,KRISTIAN,BUDI SUCI,ISLAM serta lain-lain anutan yang ada ramai pengikut adalah CARA HIDUP...HANYA BERBEZA dari segi FAHAMAN KETUHANAN MASING-MASING.
Apakah yang diajarkan oleh ADAM?
HATI jadikan ASAL
Agar Manusia menjadi CERDIK
Apakah yang diajarkan oleh SIKARTO?
PERANGAI jadikan ASAL.
Agar Manusia Bersifat KASIHAN.
Apakah yang diajarkan oleh BUDDHA?
BENDA jadikan ASAL
Agar Manusia Bersifat BERANI.
Apakah yang diajarkan oleh ISA?
ILMU jadikan ASAL.
Agar Manusia BERBUDI BAHASA
Apakah yang diajarkan oleh MUHAMMAD S.A.W?
ALAM jadikan ASAL.
Agar Manusia BERHATI BERSIH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 08:45 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 9-3-2017 08:48 AM

Pengembaraan seorang anak.

Oleh kerana si anak merasa tidak berpuas hati dan ingin mengetahui siapa dirinya yang sebenar maka dia telah bertanya kepada bapa angkatnya,
Anak bertanya: "Bapa!, siapakah sebenarnya diri saya, kenapa saya berbeza dari segi rupa, warna kulit dan bentuk tubuh".
Jawab bapanya: "Kamu anak saya, saya bapa kamu, dan itu ibu kamu", si bapa cuba untuk menyembunyikan fakta sebenar dari si anak".
Fikir si anak: Mustahil dia bapa aku, mustahil dia ibu aku. Jika mereka tidak mahu memberitahu aku perkara yang sebenar, aku akan siasat sendiri. Maka si anak pun mulalah menyiasat dan mencari siapa dirinya dan siapa ibunya.

Setelah umurnya 20 tahun..dia terjumpa seorang lelaki yang kulit, rupa dan saiz badannya hampir sama dengannya, kemudia dia menegur.
Si anak: Hai.. apa khabr, siapakah anda dan datang dari mana?
Lelaki kenalan baru: Saya ahmad datang dari malaysia.
Si anak: Ahmad ini berbangsa apa... kita seperti ada persamaan...
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Lelaki kenalan baru: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla
Si anak: Bla-bla-bla, Bla-bla-bla

Nampaknya mereka rancak berbual, hampir separuh jawapan yang dimahukan telah terjawab...namun ianya masih dalam bentuk maklumat. Namu tetap membantu. Perkataan lelaki kenalan baru itu merupakan petunjuk/isyarat untuk dia mencari siapa dirinya dan ibunya.

Keesokannya.....semasa bapa angkatnya pergi keluar rumah untuk bertugas....

.................................Bersambung ke siri 3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:06 AM | Show all posts
Pengembaraan roh manusia

Setelah roh mengakui bahawa Allah swt itu tuhan yang sebenarnya..dan mereka menyaksikan sendiri. Kemudia roh manusia dilepaskan ke alam dunia yang penuh tipu daya

Maka sudah semestinya Roh mahu datang ke dunia atas beberapa sebab untuk mengambil ujian ini. Sedikit demi sedikit roh manusia dilepaskan ke dunia dan diserap kedalam tubuh/jasad. Setelah masuk kedalam tubuh dalam bentuk manusia.. roh telah hilang sama sekali alam sebelumnya(reset), pada ketika sebelumnya roh mengenal tuhannya, ketika di dunia roh dibekalkan dengan naluri.. untuk mencari semula tuhannya.

Tuhan telah melengkapkan pada diri manusia itu satu kemampuan yang dia boleh.....
Ditambah lagi dengan akal, ditambah lagi dengan naluri, ditambah lagi dengan tanda-tanda adanya tuhan dialam ini, di tambah lagi dengan utusan rasul2, ditambah lagi dengan bermacam-macam kemudahan.....


.................................bersambung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 12:29 PM | Show all posts
Edited by zamkumis at 9-3-2017 12:38 PM

................................Sambungan dari siri 3

Keesokannya.....semasa bapa angkatnya pergi keluar rumah untuk bertugas....tinggallah si anak berseorangan dirumah. Perutnya terasa lapar lalu ia pergi kedapur untuk makan. Ketika melalui ruang antara bilik dan dapur dia ternampak satu untaian tali kecil yang belum pernah ia lihat. Lalu si anak telah tarik tali itu. "Hemm.. macam tersangkut", dia mencuba sekali lagi, tiba-tiba jatuh sebuah kotak kecil  keatas kepalanya dan seterusnya terus jatuh ke lantai. Lalu si anak membuka kotak tersebut didapati dalam kotak itu ada sepucuk surat yang tulisannya "*&*(&*%$^%$%^$%^$^&#$#& @#@$@%^@%^$ #$# # $#@%$  @%$@ @%@ $%@#$" tidak dapat difahami.

Diringkaskan cerita.. bahasa itu adalah bahasa melayu. Isi surat itu " Wahai anakku Ali, Aku ibumu Aini, harta bapamu menjadi hutan, setiap hari ibu membuat roti untuk tetamu.  Jika sudah baca mesti datang kepada ibu." Sekian.

Ok sekarang, baru kita tahu nama anak ini ialah Ali. Persoalan yang timbul sekarang...adakah Ali akan dapat mencari ibunya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zamkumis at 9-3-2017 09:58 PM

" Wahai anakku Ali, Aku ibumu Aini, harta bapamu menjadi hutan, setiap hari ibu membuat roti untuk tetamu.  Jika sudah baca mesti datang kepada ibu." Sekian

Ok, daripada surat yang sangat ringkas itu dapat dianalisis dan difikirkan menghasilkan beberapa maklumat:

1. Ibunya berbangsa melayu malaysia kerana tidak ada perkataan melayu indonesia.
2. Nama ibunya Aini.
3. Bapanya ada tanah yang telah menjadi hutan kerana tidak ada siapa yg mengusahakannya.
4. Mungkin ibunya pekerja restoran, atau kilang roti atau berniaga roti canai.
5. Arahan wajib untuk mencari ibunya.
6. Wajib bermakna ibunya sedang tunggu Ali datang.
7. Ayahnya mempunyai harta.
9. Tetamu bukan pelanggan, bermakna ia tempat lawatan. Bukan kedai.

Ok itu adalah analisis dari surat, merupakan PETUNJUK arah yang perlu dituju. Walaupun surat itu pendek tetapi ada petunjuk arah.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis replied at 9-3-2017 09:43 PM
" Wahai anakku Ali, Aku ibumu Aini, harta bapamu menjadi hutan, setiap hari ibu membuat roti untuk  ...

MASALAHNYA surat tu siapa yang TERJEMAH?
Bagaimana si anak itu tahu surat itu ditulis dalam bahasa Malaysia?
Boleh jadi nama ibunya AIN,AINI,AINAH atau mungkin AINUN?
'Harta bapamu menjadi hutan..'
Boleh jadi hutan tu disalah TAFSIR..sepatutnya HUTANG...Kerana itu ibunya terpaksa hari-hari buat roti..jika harta tu hutan masih boleh dijual...tak perlulah buat roti hari2.
Buat roti hari2 untuk tetamu..takkanlah nak jamu roti hari2 pada tetamu..Dari sudut akal fikiran yang waras terjemahan ni SALAH...Confirm anak ni tak jumpa ibunya SEBAB maklumat Salah...atau tukang terjemah kurang arif bahasa malaysia atau tukang terjemah dah kena rasuah dengan ayah angkat anak tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2017 08:53 AM | Show all posts
Edited by zamkumis at 10-3-2017 10:04 AM
kucing_2016 replied at 10-3-2017 02:11 AM
MASALAHNYA surat tu siapa yang TERJEMAH?
Bagaimana si anak itu tahu surat itu ditulis dalam baha ...

Hahahahahaha, Adoiiiiiii.. memang jawapan yang kau bagi itu tepat dengan masanya, tunggu kejap aku nak gelak dulu sebab geli hati sangat .
Aduiii.. hahaha.

Ok, sebenarnya bagi kucing2016 mendapati surat itu tidak lengkap serta menganggap Ali tidak akan dapat mencari ibunya, berputus-asa untuk membuat pencarian. Pandangan ini sesuai untuk pandangan bapa angkat Ali, bapa angkat Ali juga menggangap dengan surat yang terlalu ringkas Ali tidak akan dapat berbuat apa-apa, sebab itu dia tidak bakar surat itu sebab menyangka Ali tidak akan faham dan nothing.., surat itu dianggapnya hanya sebagai gift/kenangan.

-Ok, sebenarnya surat itu telah diterjemahkan oleh kenalan baru Ali itu Ahmad bla-bla yang diatas itu. Jika Ahmad bla-bla seorang indonesia mungkin terjemahannya agak kurang tepat dan mengelirukan. Tapi Ahmad orang melayu malaysia.
-Ibunya telah tulis AINI, buat sementara Ali akan gunakan nama ini sebagai identiti ibunya. Kebarangkalian mungkin ibu ali ada nama yang lain tetapi, bagi seorang ibu mestilah dia meletakkan nama yang tepat supaya senang anaknya nanti mencarinya semula.
-Tidak mungkin Ali menyangka hutang sebab ayat sebelumnya HARTA.
-Ibunya tidak mahu jual tanah tersebut meskipun telah jadi hutan, kerana dia yakin satu hari nanti anaknya Ali akan balik.
-Lagipun ibu Ali ada pekerjaan iaitu membuat roti, cukup untuk dia hidup.
-Nampaknya ibu Ali ada menerima tetamu setiap hari... siapa tetamunya? kenapa hari-hari?... ini menjadi persoalan!!
-Sebenarnya keyword tetamu dan keyword setiap hari merupakan keyword unik yang membawa kepada bertemunya Ali dan ibunya. Kerana bukan semua orang yang menerima tetamu setiap hari. Ini sangat UNIK.
-"
harta bapamu menjadi hutan" ini juga keyword yang boleh membantu, tidak semua orang mempunyai tanah yang telah menjadi hutan, ini juga maklumat UNIK.

Dan satu lagi, sudut pandang kucing2016 bukan mewakili sudut pandang seorang anak yang rindukan ibunya, sebagai seorang anak dia akan berusaha sungguh-sungguh untuk mencari ibunya dari panduan surat yang pendek itu. Ia BOLEH.
Sudut pandang kucing2016 lebih kepada orang yang tidak ada keinginan yang kuat dan malas susah-susah, menyiasat serta memikirkan.

Sorry kucing aku sertakan pandangan kau sebagi satu watak dalam kisah pengembaraan ini.. hehe.


bersambung...................

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmmmmm.....PANDAI..
...Teruskan
(Ooooiiii Bangau...Terpaksalah kita jadi dajjal...ada cerita menarik ni)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2017 07:51 AM | Show all posts
Tuhan telah melengkapkan pada diri manusia itu satu kemampuan yang dia boleh.....
Ditambah lagi dengan akal, ditambah lagi dengan naluri, ditambah lagi dengan tanda-tanda adanya tuhan dialam ini, di tambah lagi dengan utusan rasul2, ditambah lagi dengan bermacam-macam kemudahan.....


......................Sambungan


Pengembaraan roh manusia

Sebenarnya tuhan telah meletakkan segala kelengkapan dan kemampuan kepada manusia untuk memahami dan mencari siapa dirinya, walaupun seseorang itu lahir di timur, barat, utara atau selatan bumi.. sama sahaja. Walaupun dia lahir dari keturunan buddha, hindu, islam, kristian, ateis, komunis atau lainnya... sama sahaja. Naluri yang dibekalkan dalam hati manusia iaitu hati kecil/suara hati atau perasaan halus yang merupakan diri sebenar manusia. Disinilah diletakkan rasa bersalah jika tipu orang, rasa benar bila dapat tolong orang. Seseorang akan dihantui dengan rasa bersalah jika dia dengan sengaja telah membunuh satu nyawa yang tidak bersalah, sebagai contoh kisah tentera jepun yang membunuh sesuka hati semasa perang dahulu... sehingga kini hidupnya dihantui rasa bersalah dan penyesalan sepanjang hidupnya.

Ada seorang wanita yang meletakkan bom dalam satu pesawat menyebabkan 300 lebih nyawa mati, perempuan itu hingga kini merasa sangat bersalah dan mahu jika dia dihukum bunuh kemudian hidup semula kemudian dibunuh lagi sehingga 300 kali untuk menghilangkan rasa bersalahnya(tekanan perasaan). Ini membuktikan hati kecil manusia tidak dapat dibohongi oleh sebarang idealogi manusia. Meskipun perempuan itu eties.

Ini membuktikan bahawa bumi ini milik tuhan, kita tidak boleh buat sesuka hati. Manusia boleh berkata "aaahhh tuhan itu tidak ada", bagi seorang aeties, boleh juga kata tuhan itu macam ini, macam itu. mengikut ajaran agama masing-masing, tetapi kita perlu ingat. Tuhan itu ada dan dia mencipta manusia dengan sempurna, manusia tidak boleh menipu dirinya mengatakan tuhan tidak ada. Ini adalah alasan orang yang telah diracuni pemikirannya dan tidak mahu berfikir tentang dirinya.

ok, kita sambung semula tentang pengembaraan roh manusia. Setelah manusia berada dibumi yang penuh tipu daya ini, tuhan telah memimpin manusia dengan ayat-ataynya. antaranya:

Surah Al-Baqarah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

ayat-ayat diatas adalah perkataan tuhan, al-quran memberi petunjuk/isyarat/clue tentang sesuatu perkara dengan syarat seseorang itu berada dalam sudut pandang mahu bertakwa/mencari tuhannya. Al-Quran sukar difahami oleh orang yang hatinya tidak mahu pada agama, tidak mahu pada kebenaran, tidak mahu berfikir secara serious, tidak mahu menghayati dan selesa hidup dalam keadaan lalai dan lupa diri.

Al-Quran akan dapat difahami oleh seorang yang sangat mencari kebenaran seperti kisah anak mencari ibu diatas. Orang yang mencari.. dengan sedikit perkataan saha ia sudah dapat faham, orang yang tidak ikhlas mencari... beribu-ribu perkataanpun tidak boleh membantunya.
Al-Quran juga mudah difahami dari sudut pandang seorang pendakwah yang tidak meminta upah.


.......................bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
'......satu kemampuan yang dia boleh...'
Boleh apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
"TUHAN " mana? Tuhan hindu ke,tuhan buddha ke,tuhan kristian ke,tuhan komunis ke,tuhan lain-lain agama ke,lain-lain tuhan ke,tuhan islam ke?
Selagi kaki berpijak pada tanah(bumi)...TUHAN tiada...yang ada HANYA ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila menggunakan KALAM ALLAH...sertakan kalam asal di dalam tulisan arab,menggunakan terjemahan di dalam bahasa apa sekalipun hendaklah disertakan nama penterjemah kerana kamu BERTAKLID pada apa yang diterjemahkan oleh orang tersebut. Tuliskan sejarah ayat tersebut diturunkan,bila,di mana serta peristiwa yang berlaku di waktu itu mengapa ayat itu diturunkan....peristiwa di waktu itu yang menjadi teladan dan peringatan untuk generasi hari ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071628 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list