CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23261|Reply: 209

Aiman Tino Dihadiahkan Kereta Mewah Bersama Pemandu

[Copy link]
Post time 9-3-2017 10:58 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:
Penyanyi Aiman Tino teruja dihadiahkan sebuah kereta mewah iaitu Audi R8 yang bernilai hampir RM1 juta bersempena  pelancaran produk kecantikan keluarannya iaitu Sweet Aiman.


Lebih menggembirakan Aiman turut menerima seorang pemandu peribadi bagi memudahkan pergerakannya membuat promosi produk itu selain ke lokasi persembahan pentas.


"Alhamdulillah saya sendiri tidak menyangka akan mendapat sebuah kereta dan pemandu peribadi.


"Saya anggap ini sebagai satu rezeki dan pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih keras dalam mempromosikan produk saya nanti," katanya kepada
mStar Online.

Aiman ditemui pada majlis pelancaran produk Sweet Aiman yang diadakan di Restoran Rebung di sini, Rabu.


Kenderaan mewah itu dihadiahkan oleh Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin yang juga rakan strategiknya dalam menghasilkan produk itu.


Aiman (kiri) bersama rakan kongsi produknya iaitu Datuk Ryzal Jamaludin.

Sebuah majlis rasmi penyerahan kereta itu akan diadakan pada 23 Mac ini di pasar raya Mydin Senawang, Negeri Sembilan.


Dalam pada itu, Aiman atau Mohd Aiman Yusri, 19, berkata, dia berhasrat untuk mengambil lesen memandu bagi membolehkan dia memandu sendiri kereta itu.


Katanya, kesibukan dengan kerjaya seni membataskan peluang untuk memasuki kelas memandu dan berazam akan mendapatkan lesen pada tahun ini juga.


"Siapa tak gembira dapat kereta seperti itu tetapi malangnya saya masih belum ada lesen memandu dan akan cuba mendapatkanya jika ada masa terluang.


"Dapatlah nanti saya memandu sendiri kereta itu tanpa perlu menggunakan khidmat pemandu peribadi," jelasnya.


Bercakap mengenai produk itu, Aiman berkata, dia sudah lama berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan bekerjasama dengan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd adalah peluang keemasannya.


Bagaimanapun kata Aiman, sebelum bersetuju ibu-bapanya terlebih dahulu berbincang dengan dia bagi memastikan produk yang bakal dilancarkan berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan.


Contoh kereta Audi R8.

"Sweet Aiman adalah produk untuk peminat dan pengguna wanita sebenarnya tetapi ia juga boleh digunakan oleh lelaki yang ingin mendapat kulit yang lebih cantik dan putih.


"Saya yakin produk ini akan disukai oleh pelanggan kerana selain harga berpatutan ia juga memberi kesan yang positif kepada pemakai.


"Perkara-perkara seperti ini yang saya ambil kira sebelum bersetuju menjalinkan kerjasama," ujarnya.


Tiga produk keluaran pertama penyanyi ini terdiri daripada 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Bite dan Cherry Brite HD.


Dalam perkembangan sama, Ryzal pula berkata, pihaknya serius menjalinkan kerjasama dengan Aiman kerana melihat potensi penyanyi kecil molek itu dalam bidang seni.


Malah hadiah kereta mewah yang diberikan kepada Aiman juga sebagai suntikan semangat kepadanya.


"Dia masih muda dan saya nampak semangat dan wawasannya bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi karier seninya.


"Kereta itu adalah setimpal dengan apa yang telah diusahakan dan saya ingin menaikkan semangatnya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
erkk.sesuatu ke rizal tu

jgn bg kete
aiman kene bg benda lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:02 AM | Show all posts
awoks replied at 9-3-2017 11:00 AM
erkk.sesuatu ke rizal tu

jgn bg kete

mcm seswatu jer Dato' ni.... gaydar sila detect
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:02 AM | Show all posts
aiman x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:03 AM | Show all posts
Jangan dek Aiman terhutang budi, tergadai body sudehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:09 AM | Show all posts
mieymiey replied at 9-3-2017 11:03 AM
Jangan dek Aiman terhutang budi, tergadai body sudehhhhh

ala bkn bleh beranak pun.... tak luak pun... tak caya tanya sis @Changa @famri7 @she
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ayoo dah Jadi Anak hekan Datuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:11 AM | Show all posts
yeayyy dik eman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn risau, pergerakan dik aiman tino dan dik arif izo masih berada di bawah seliaan cctv video dlm smartphone meols menerusi apps "anak ikan go " meols...

datuk rizal ni gesel sikit je kt dik eman, konfem meols hntr perisik indon dan vietnam pergi racun heshe!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:12 AM | Show all posts
Baru jengah insta dia. Berdenting-denting nyahdar aku.. Ko rase??!

https://www.instagram.com/ryzalryzaki/

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:13 AM | Show all posts
Untung badan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:14 AM | Show all posts
ramos datuk terserlah...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:14 AM | Show all posts
motip aku trus risau baca tajuk hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:15 AM | Show all posts
ermm ciri ciri tu ade..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sesuatuuuu je ryzal tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:19 AM | Show all posts
tahniah aiman,ada datuk yg spedo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:22 AM | Show all posts
ayoooo... datok rizal a.k.a kiki niiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:24 AM | Show all posts
Arry replied at 9-3-2017 11:02 AM
mcm seswatu jer Dato' ni.... gaydar sila detect

Khennn...tgk muka pn sesuatu sgt...blm pape dh bg kete... aiman pn redha..janji dpt kete..innocent nye dik

org tua kata kalau org tetibe baik sgt tu jaga..ada la benda dia minta dr kita


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:24 AM | Show all posts
beruangmuda replied at 9-3-2017 11:12 AM
Baru jengah insta dia. Berdenting-denting nyahdar aku.. Ko rase??!

https://www.instagram.com/ryza ...

gelinya

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
bace satu ayat lg tu pun seram gak.

pihaknya serius menjalinkan kerjasama dgn aiman.

ala dato ni serius nk berhubungan dgn aiman.wakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.117257 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list