CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22203|Reply: 141

Edisi Sayang Bini: Saharul Ridzwan Cari Air Kelapa Muda 3 Pagi

[Copy link]
Post time 9-3-2017 06:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu di awal kehamilan isterinya, dia pernah mengambil masa hampir satu jam mencari buah kelapa muda pada pukul 3 pagi di Kampung Baru di sini.

Saharul, 28, berkata, ketika itu dia tidak mengesyaki bahawa isterinya, Qaabila Deena sebenarnya sudah berbadan dua.

"Kebetulan saya baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama sebelum dihubungi isteri pada pukul 3 pagi yang tiba-tiba teringinkan air kelapa muda berisi nipis.

"Awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa cuma sedikit pelik kerana dia mahukan buah kelapa yang belum dikopek dan mahu saya sendiri mengopekya di rumah.

"Setibanya di rumah saya kecewa juga kerana dia hanya menjamah sedikit sahaja isi kelapa membuatkan saya mengesyaki ia mungkin 'pembawakan budak' dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta & ikon Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM)  di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, di sini pada Rabu.

KRUM ditubuhkan pada penghujung tahun 2016, bermula di Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang menyasarkan pelajar sekolah dan remaja seusia 10 hingga 25 tahun untuk menyertainya.

Pelantikan Saharul sebagai duta & ikon KRUM selama setahu berdasarkan latar belakang pendidikan pelakon 'Hati Perempuan' itu dalam jurusan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di sebuah kolej pengurusan penerbangan pada 2008.

Dalam pada itu, kata Saharul, sehingga kini dia hanya membuat persiapan ala kadar biarpun usia kandungan isterinya kini hampir memasuki enam bulan.

Malah dia masih dengan pendirian sebelum ini untuk tidak mengambil tahu jantina zuriat dan hanya berserah pada ketentuan Tuhan.

"Kalau lelaki saya boleh ajak main bola, kalau perempuan pula boleh temankan saya tengok wayang," ujarnya berseloroh.

Mengimbau pengalaman pendidikan dalam bidang kejuruteraan pesawat, kata Saharul, sekali pun impiannya untuk menyambung pengajian dalam bidang tersebut masih belum termakbul, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk kembali mendekati lapangan ini dengan pelantikan dirinya sebagai duta dan ikon KRUM.

"Jujur saya teruja dan saat diberitahu perkara ini, saya terus mencari kembali buku-buku berkaitan untuk 'refresh' balik ilmu yang pernah saya pelajari selama tiga tahun.

"Satu yang saya pegang, andai bukan rezeki saya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan pesawat, mungkin anak saya nanti menyambung impian saya itu, siapa tahu?" katanya teruja.

Dalam perkembangan seni, pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2012 ini baru sahaja selesai penggambaran drama 20 episod Tauke Jamu untuk siaran TV3.

Selain itu dia turut menjayakan drama 20 episod terbitan Astro Warna berjudul ‘Kampus'.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni mnyelerakan masa jd jahat dlm mr arrogant je ..pastu x da aura dah..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 07:21 PM | Show all posts
kalau mak sendri nk kelapa muda 3 pagi agak2 cari tk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo mak mintak...3 bulan belum tentu mak boleh merasa kelapa muda
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada ja suami sayang sgt bini masa bini preggy..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk write up pon da bosan.
Cari klapa????so??????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
annehudasialan replied at 9-3-2017 07:35 PM
Tajuk write up pon da bosan.
Cari klapa????so??????

Ni @annehudakepam ke    
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
fine..ko suami yg baek..noted!:zz:zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la jgak heols menten jaga badan n penampilan.. x mcm ako setapa n shah jazle, zaman kegemilangan berlalu trus x jaga body
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari jer kedai mamak doplohpatjam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
untunglah   
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada sgt mintak 3am.
Cer belajar bersabar. Kok ye pun tunggu la siang.
Tak kesian ke kat husband tu penat2 blk shooting.
Aku mmg x de chemistry dgn deena. Asik nk nyampah je dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu dah sarul ni skrg. Sendu2 pun bawa bini cekup kat prince court. Org kaya je mampu tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan suruh panjat pokok kelapa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:48 PM | Show all posts
So, kesah ke haku. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:51 PM | Show all posts
x abis2 lagi cerita pasal bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.

So?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:53 PM | Show all posts
Aku oun xtau la kenapa aku tak suka pasangan ni...tengok meluat je..nampak fake...terbenci tanpa sengaja..haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sndunya ko dik..berita cmni pon masuk porum..adoinyepunn
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ariellin replied at 9-3-2017 06:49 PM
Heols ni mnyelerakan masa jd jahat dlm mr arrogant je ..pastu x da aura dah..

Kan. I setuju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080213 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list