CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5493|Reply: 46

Menjawab si Farouk Peru - a liberalist

[Copy link]
Post time 9-3-2017 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:05 AM

INI dakwaan Farouk Peru:

Farouk Peru: Hudud Bercanggah Dengan Qur’an By Wartawan Menara - February 28, 2017


Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/


KUALA  LUMPUR – Aktivis bebas, Farouk A Peru telah diajukan beberapa persoalan yang diberikan kepadanya berhubung isu Agama Islam termasuk dakwaan beliau adalah dari golongan anti hadis. Menurut Farouk, pertama sekali, kita perlulah memberi takrif yang tepat kepada persoalan ini. ‘Syariah’ itu, dalam bahasa tradisi Islam, merujuk sumber-sumber (secara tradisi: Quran dan Sunnah) yang diinteraksi dengan manusia (iaitu dalam proses fikah) untuk menerbitkan hukum-hukum (al-ahkaam).


Beliau berkata, “Dari sini pun, kita boleh lihat unsur-unsur campur tangan manusia dalam proses mendapatkan hukum, siapa yang memutuskan hadis mana yang boleh dipakai? Bukan Nabi.” Katanya, “Mereka yang memutuskan apa itu usul-usul fikah kerana mazhab-mazhab Sunni tidak menggunakan usul yang sama.


Mereka juga bukan Nabi.


Siapa yang memikirkan hukum yang diterbitkan? Juga bukan Nabi.” Farouk berkata, “Jadi yang ditentang bukanlah otoriti Allah tetapi otoriti manusia.” “Saya menentang kerana dalam bidang ini, hukuman yang dinamakan hudud semuanya bercanggah dengan ruh dan nas Al-Quran, dalam fahaman saya. Contoh yang paling jelas ialah hukuman untuk orang murtad.


Dalam Al-Quran, kebebasan agama diberi dengan sepenuhnya. Dalam hadis, mereka akan dibunuh.” “Jika kita menentang hukum Tuhan, maka kita akan mengundang bala, misalnya hukum untuk orang murtad di atas,” katanya.


Menurut beliau lagi, “Ulama berkeras mahu memaksa segelintir orang Islam untuk tinggal dalam agama Islam walaupun mereka tidak beriman.”











Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2017 09:54 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 11:07 PM

Polisi ini menurutnya, melahirkan umat yang hipokrit yang hanya mengamalkan Islam seperti melepaskan batuk di tangga. “Tidak hairanlah mengapa dunia Islam terpincang disebabkan kita telah meninggalkan ajaran Allah,” katanya.

Mengenai persoalan, “Adakah terdapat ulama yang menyokong pendapatnya secara aktif dan siapakah mereka?”, Farouk menegaskan memang ada tetapi mereka sudah tidak bergelar ulama lagi umpamanya Ahmad Subhi Mansor daripada kumpulan Ahlul Quran di Mesir.

Menurut beliau, kita perlu juga mengambil kira banyak ulama ahlu sunnah yang menolak sebahagian daripada ajaran-ajaran tradisional.

Kata beliau, di Malaysia pun, kita dapat melihat perbahasan di antara mereka malah pada tahap mufti-mufti lagi dan ini adalah kerana sebahagian daripada mereka telah kembali kepada Al-Quran dalam hukum itu, walhal sebahagian daripada mereka masih tegar dalam hadis umpamanya dalam isu kafir harbi tidak lama dulu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:56 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:05 AM

Ditanya, “Apakah mazhab yang diikutinya?”. Beliau berkata, dia seorang Qurani (kata jamak: Quraniyun) aliran wujudiyah. Menurutnya, ‘Qurani’ bermaksud yang saya hanya menerima Al-Quran dalam fahaman saya sebagai otoriti dan aliran wujudiyah mementingkan manifestasi ayat-ayat Al-Quran dalam hidup sesorang itu dan bukannya dalam sejarah.



“Kami juga menekankan bacaan yang sensitif kepada penyusunan ayat dan surah (qira’ah munazzamah),” katanya. Beliau berkata, sesuatu ‘mazhab’ itu adalah koleksi hukum dan fatwa oleh ulama-ulama yang menggunakan manhaj mazhab tersebut dan ia adalah produk manusia secara keseluruhan dan Farouk berpendapat menyatakan hal keperluan untuk bermazhab itu adalah tidak perlu.


Katanya, “Jika anda rasa selesa menggunakan sesuatu mazhab itu (seperti kebanyakan orang Melayu adalah dalam mazhab Syafie) itu tidak menjadi masalah. Jika anda mahu mengambil hukum daripada pelbagai mazhab (seperti Syafie melompat masuk Hanafi apabila melakukan Haji supaya tidak batal air sembahyang), pun boleh.”


“Jika anda mahu menjadi Syiah atau Quranis, pun tidak menjadi masalah, pada saya yang penting, anda tetap melakukan kebaikan dan itu yang menjadi persoalan kerana itulah yang akan dihukum pada hari pembalasan kelak,” kata beliau.


Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:57 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:06 AM

Beliau berpendapat, Hadis dalam makna yang digunakan dalam fikah merujuk kepada percakapan, perbuatan dan takrir yang kononnya daripada Nabi namun yang menghairankan beliau ialah, jika benar hadis itu daripada Nabi, masakan falsafah daripada hadis berlainan benar daripada Al-Quran sendiri.

“Sebagai contoh dari segi fokus dalam agama, Al-Quran menekankan tentang kelakuan, etika dan moral kita, ia memberi falsafah ini melalui kisah nabi-nabi yang sebelum Nabi Muhammad, tetapi dalam hadis, ia lebih menekankan tentang ritual-ritual, samada ritual-ritual ini ‘sah’ atau ‘tidak’ ia menjadi persoalan memandangkan konsep ini langsung tidak ada dalam Al-Quran,” katanya.


Menurut beliau, sesuatu perbuatan, kalau ikutkan Al-Quran, mempunyai fungsi yang tertentu, bukan kira sah atau tidak atau mahu ‘score pahala’ dengan Tuhan, umpamanya solat dikatakan mencegah fahsha dan munkar (Surah Al-Ankabut, Ayat 45).

Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:57 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:06 AM

“Kita boleh lihat ada orang yang melakukan ritual solat tetapi ia tidak mereformasikan diri mereka dan apakah solat mereka sah atau tidak,” katanya. Ditanya mengenai kebenaran hadis yang datangnya dari Nabi beliau berkata, hadis telah dibukukan dalam bentuk yang kita lihat sekarang setelah 250 tahun Nabi meninggal. Menurutnya, ada ulama yang mendakwa ada koleksi-koleksi awal hadis tetapi sarjana hadis Islam sendiri iaitu Mustafa Azami telah mengatakan yang manuskrip-manuskip koleksi awal ini tidak wujud.

“Lagipun, saya ingin bertanya, jika benar ada koleksi-koleksi lama itu, kenapa orang Islam tidak memeliharanya dengan rapi? Bayangkanlah, jika umat Islam begitu sambil lewa dengan Al-Quran dan tidak mungkin mereka begitu.”

“Mereka (Orang Islam) begitu rapi menjaga Al-Quran sehingga sehuruf pun tidak hilang tetapi tidak dengan koleksi-koleksi kuno hadis, ini tidak mungkin,” katanya.

Beliau berpendapat, adalah tidak mungkin kita dapat membuktikan hadis itu daripada Nabi, dan jika benar hadis daripada Nabi, maka format pemeliharaan hadis mestilah sama seperti Al-Quran sendiri.

Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 09:58 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:07 AM

Farouk berkata, peranan Nabi adalah membawa Al-Quran kepada manusia dan mendirikan institusi-institusi yang memelihara Al-Quran. Alhamdulillah, Nabi telah menjayakan misinya dengan sempurna, dan kini di serata dunia, kita melihat manusia membaca Al-Quran yang sama sahaja, malah sarjana Barat sendiri pun mengaku yang kewujudan Al-Quran adalah universal.


Kata beliau, bagaimanapun ada juga pihak-pihak yang mengatakan bahawa fungsi Nabi adalah untuk menjelaskan Al-Quran dan pendapat saya kepada mereka ialah Allah berfirman yang Al-Quran itu mengandungi ayat yang menjelaskan (ayatun bayyinat, Surah Yunus Ayat 15) yang orang yang tidak percaya pun akan faham dan jika kita meneliti ayat tersebut, apabila orang yang menolak membaca Al-Quran, bukan mereka tidak faham tetapi mereka mahukan pertukaran mesej Al-Quran.


Menurutnya, Allah berfirman yang Dia sendiri menerangkan ayat-ayat Al-Quran untuk kita memikirkannya (kadhalika yubayyinullahu lakum ayatihi la’allakum ta’qiloon, Surah Al-Baqarah, Ayat 242), maka jika ayat-ayat ini tidak cukup terang, mungkin kajian kita belum cukup mendalam.

“Menguatkan hujah di atas, Surah Al-Wa’qiah Ayat 79-80 menfirmankan yang hanya dapat menyentuh Al-Quran adalah orang yang membersihkan diri.

Maka jika kita meneliti konteks, ini bukanlah penyentuhan secara fizikal (mintalah sesiapa pun menyentuh Al-Quran, tentu boleh!) tetapi tidak penyentuhan mesejnya,” katanya. Beliau berkata, jika kita tidak faham sesuatu, saya cadangkan untuk kajilah dengan lebih teliti, Nabi pun disuruh untuk mencari ilmu sebelum wahyu datang kepadanya (Surah Taha, Ayat 114).


Read more at: https://www.menara.my/farouk-peru-hudud-bercanggah-dengan-quran/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2017 10:03 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:10 AM

So daripada article di atas , cuba teliti kepincangan pemikiran si liberalist - manifestasi kepincangan pemikiran mereka yang

a) menidakkan kepentingan hadis - hanya semata mata ia wujud so and so  sela masa  dari tarikh kewafatan nabi  - tetapi tidak mengupas pun yg ijtihad atau analisi hadis hadis ini - oleh sarjana Slam yg berkredibiliti

b) Okay : mendakwa mengikut Al Quran sedangkan dalam Al Quran sendiri menyuruh  - menunaikan zakat , solat dan mematuhi arahan Rasulullah saw  - so tang part ni tak cerita pula ye ? sunnah nabi ? kat mana sumber kifiat atau tatacara melakukan ibdah rukun ini kalau BUKAN HADIS?

c) very superficial kan pemahaman liberalist terhadap penjiawan kefahaman islam tu sendiri.

d) u bayangkan individu yg berpemikiran seperti ini memberikan hujahan pada mereka yg BASIC  knowledge - atau level knowledge  agama peringkat menengah tu tak kuasai , yg dah lupa konsep rasul, kamaullah , yg lupa rukun islam , rukun iman dan tak penting pun agaknya pemikiran merek aakan konsep konsep asas paling basic ...???- u imagine kesannya - akan terkesimalah mereka ...akan hujah sebegini superficial.

tapi insya ALLAH tidak bagi yg  tahu asas - asas yg kita belajar tu  amat amat penting ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2017 12:10 AM

Prof Khalif Muammar  Menjawab - he is one of the best guys when talking about pemikiran Islam and Barat. u probably want to just only relying on their views first if you are unsure  pemikiran islam mana yg anda  may be terpengaruh atau subconsciously  appealed to , lelebih lagi dengan mereka yg suka membelit logik dengan menyelit situ sikit sini sikit. dan nampak memang appealing. but  HEHATI...

CASIS  member
Professor Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Felo utama di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Penyelaras akademik di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS)


Menjawab Farouk Peru dan Ekstremis Liberal By admin - February 28, 2017

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2017 10:08 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 10:14 PM

Baru-baru ini di dalam media-media liberal sering muncul beberapa tulisan Farouk A Peru, seorang aktivis yang berasal dari Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom (UK), yang berani mempertikaikan perkara-perkara asas di dalam Islam. Keberaniannya ini mendapat sambutan yang hangat daripada beberapa media lalu menggelar beliau sebagai ilmuwan Islam (a scholar of Islam), walaupun pada hakikatnya, melihat kepada tulisan, penyampaian dan bacaan al-Qur’annya,  dakwaan ini jauh panggang dari api.



  • Antara perkara serius yang dikemukakan oleh Farouk adalah bahawa Shari’ah menurutnya adalah ciptaan manusia, kerana para ulama’ lah sebenarnya yang menghasilkan hukum-hakam Shari’ah, meskipun ianya diambil daripada al-Qur’an tetapi ia telah melalui proses penafsiran sehingga ia tidak lagi suci, kudus atau sakral.


  • Maka golongan liberal yang menolak Shari’ah sebenarnya tidak menolak autoriti Allah tetapi hanyalah menolak autoriti manusia. Hujah yang dikemukakan Farouk tampak logik, tetapi pada hakikatnya amat keliru dan tidak berasas sama sekali.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/












Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:12 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 10:13 PM

  • Perkara kedua yang lebih serius daripada itu adalah dakwaannya bahawa hukum hakam yang diambil daripada hadith bertentangan dengan al-Qur’an. Beliau memberi contoh bahawa al-Qur’an memberi kebebasan manusia untuk murtad, tetapi di dalam hadith seseorang yang murtad perlu dihukum bunuh. Menurutnya lagi, falsafah daripada al-Qur’an amat bertentangan dengan falsafah hadith.



  • Al-Qur’an menekankan moral dan etika, sedangkan hadith menekankan peribadatan (rituals). Baginya, kesahihan hadith-hadith ini amat diragui, kerana ia tidak wujud pada zaman awal Islam, ia hanya wujud beberapa ratus tahun setelah kewafatan Nabi SAW.  Maka  adalah lebih baik, menurutnya, umat Islam menumpukan kepada mesej al-Qur’an dan mengetepikan hadith: “adalah tidak mungkin kita dapat membuktikan hadith itu daripada Nabi, dan jika benar hadith daripada Nabi, maka forma pemeliharaan hadith mestilah sama seperti al-Qur’an sendiri”.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:16 PM | Show all posts
  • Jika diteliti hujah yang dikemukakan oleh Farouk terhadap hadith ini, sebenarnya ia bukanlah hujah yang baru, ia adalah hujah yang telah diutarakan oleh Ignaz Goldziher sejak 1890 dalam Muhammedanische Studien, diikuti oleh Joseph Schacht dalam Introduction to Islamic Law (1964) dan The Origins of Muhammadan Jurisprudence (1950) dan beberapa kajian Orientalis lainnya.






  • Golongan liberal amat gemar bertaqlid kepada hujah-hujah orientalis.



  • Meskipun hujah-hujah yang dikemukakan oleh Orientalis ini telah dijawab dengan baik oleh Muhammad Mustafa ‘Azami dalam Studies in Early Hadith Literature dan On Schacht’s Origins of Muhammadan Jurisprudence dan ramai ilmuwan Islam lainnya.

  • Namun seperti kebiasaannya golongan liberal lebih gemar menerima hujah Orientalis yang mereka anggap lebih objektif. Bagi tujuan perbincangan ini lebih baik kita tumpukan kepada persoalan autoriti Nabi dan kedudukan hadith di dalam Islam.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:19 PM | Show all posts
  • Di dalam Islam, sumber (atau saluran) ilmu tidak terbatas pada panca indera (sense perception) dan akal semata-mata, tetapi lebih penting lagi adalah khabar yang benar (al-khabar al-sadiq).
  • Melalui khabar sadiq inilah kita menerima al-Qur’an yang datang melalui perkhabaran mutawatir, khabar yang datang daripada ramai orang yang jumlahnya memberi keyakinan kepada kita, tanpa sedikit keraguan, bahawa mereka semua bercakap benar dan tidak mungkin berpakat untuk berbohong.
  • Di bawah satu darjat daripada mutawatir kita memiliki khabar ahad, iaitu khabar yang datang daripada sejumlah orang yang tidak mencapai tahap mutawatir dari segi jumlahnya  tetapi mereka adalah orang-orang yang terpercaya, bersambung sanadnya, kepada Rasulullah SAW tanpa cacat cela.
  • Secara ringkasnya, perkhabaran daripada orang-orang yang terpercaya, tentang sesuatu yang dari segi matannya (teks) dan sanadnya (silsilah periwayatan) adalah baik, inilah yang disebut dengan hadith sahih. Jika ada kelemahan dari segi matan dan sanadnya, atau status perawinya adalah diragui, maka hadith ini disebut dengan hadith da’if atau munkar dan boleh jadi juga mawdu’ (palsu).

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:21 PM | Show all posts
  • Di sini dapat disimpulkan bahawa kesahihan hadith berdiri di atas kewibawaan para perawi yang meriwayatkannya.

  • Bagi setiap hadith terdapat mata rantai autoriti yang tidak terputus yang terdiri daripada individu-individu yang berwibawa dan terpercaya yang menjadi sandaran kepada kesahihan sesuatu hadith.

  • Kerana itu kita melihat koleksi-koleksi hadith yang besar seperti Muwatta’ Imam Malik, Musnad al-Shafi’i, Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Baihaqi, al-Nasa’i dan banyak lagi. Mereka semua mengumpulkan riwayat-riwayat yang dipastikan kesahihannya menurut penilaian mereka yang masing-masingnya berautoriti dalam bidang ini.

  • Meskipun koleksi hadith ini muncul pada abad kedua Hijriah tetapi rekod dan mata rantai setiap satunya terpelihara dengan baik melalui tradisi lisan dan tulisan.


  • Jika Orientalis tidak menemukan bukti terawal tulisan hadith tidak bermakna ianya tidak wujud, justeru wujudnya koleksi-koleksi hadith tersebut oleh para Imam Mu’tabar dan tokoh-tokoh ulama’ hadith yang menguasai kesemua koleksi itu menunjukkan bahawa semua hadith ini  bukan hanya ditulis tetapi dihafal oleh generasi awal dan diperturunkan secara lisan dan tulisan.

  • Beginilah ilmu-ilmu Islam dipelihara pada zaman itu.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:23 PM | Show all posts
  • Maka tidak benar dakwaan beberapa Orientalis bahawa hadith hanya muncul dalam kurun kedua dan ketiga; bahawa hadith-hadith ini sengaja diciptakan untuk kepentingan penguasa.

  • Kita tahu sejak zaman Khulafa’ al-Rashidin lagi bahawa setiap keputusan diambil dalam perkara yang tiada rujukan khas daripada al-Qur’an, dengan merujuk kepada hadith yang dipastikan kesahihannya, tradisi penyemakan dan ketelitian ini telah diamalkan dan diperturunkan sehingga menjadi ciri yang unik dalam sistem pengajian Islam.

  • Hanya setelah kedua sumber Shari’ah ini dirujuk maka Ijma’, dan Qiyas (ijtihad) boleh diambil kira di dalam pembuatan hukum atau penyelesaian masalah. Ia ditambah lagi dengan sumber-sumber tambahan seperti istislah, istihsan, a’mal ahl al-Madinah, qaul Sahabi, Sadd al-zara’i.  

  • Di sini jelas bahawa peranan para ulama’ dan fuqaha’ dalam berijtihad bermula apabila kedua-dua nas, al-Qur’an dan al-Sunnah, tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap persoalan yang berbangkit.

  • Ijtihad juga tidak dilakukan dengan sewenang-wenang tetapi mestilah berdasarkan kepada dalil, bukti dan alasan yang kuat. Kerana itu, dakwaan bahawa Shari’ah adalah ciptaan ulama’ adalah dakwaan tidak berasas.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:25 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 11:02 PM

  • Sunnah dan Hadith Nabi memiliki tempat yang tinggi di mata umat Islam.

  • Ini berdasarkan kedudukan Nabi yang begitu tinggi di dalam Islam. Kedudukan Nabi ini jelas dinyatakan di dalam al-Qur’an, surah al-Hasyr: 7 “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa juga yang dilarangnya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya”. Demikian juga di dalam surah al-Nisa’: 65; al-Naim: 3-4; dan Ali ‘Imran: 31-32.

  • Bahkan shahadah yang diucapkan oleh umat Islam setiap waktu, berpuluh kali setiap hari, menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW perlu ditaati dan diikuti setiap masa, bahawa baginda  bukan hanya penyampai wahyu tetapi menjadi sumber Shari’ah itu sendiri. Kerana, sebagaimana ditegaskan di dalam al-Qur’an bahawa baginda tidak berbicara daripada hawa nafsunya tetapi wahyu yang diturunkan kepadanya.

  • Meskipun hadith tidak sama dengan al-Qur’an, yang membezakan keduanya adalah jika al-Qur’an itu lafaz dan maknanya daripada Allah, maka lafaz hadith itu datang daripada nabi tetapi maknanya datang daripada Allah SWT.

  • Adalah telah menjadi ijma’, iaitu kesepakatan para ulama’ dan umat Islam, bahawa hadith yang sahih adalah sumber hukum yang sah dan wajib diterima oleh umat Islam.

  • Seorang Muslim tidak sewajarnya menolak autoriti Nabi SAW yang sabit di dalam al-Qur’an. Maka bagaimana mungkin seseorang itu mengaku sebagai Qur’anist sedangkan ia menolak ketetapan oleh Allah SWT.


Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:27 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 10:29 PM

  • Dakwaan bahawa al-Qur’an memberi kebebasan untuk murtad adalah tidak benar.


  • Ayat yang selalu dikutip untuk membenarkan idea ini diambil separuh dan ditinggalkan separuh yang lain.

  • Ayat yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka…” al-Kahf: 29, telah difahami sebagai memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk tidak beriman, sedangkan ia adalah ayat yang ditujukan kepada orang kafir yang belum masuk Islam, bukan orang Islam untuk keluar daripada Islam. Bahkan kepada orang kafir sekalipun ia diikuti dengan ancaman api neraka kerana kezaliman mereka menolak kebenaran yang datang daripada Allah SWT.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2017 10:30 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 11:00 PM

Jika benar perbuatan kufur  mereka itu diterima oleh Allah sebagai sesuatu yang sah dan benar maka tidak mungkin ancaman api neraka diberikan kepada mereka. Adapun hukuman ke atas orang yang murtad telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadith antara lain yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim  yang bermaksud: “Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku adalah Rasulullah kecuali atas sebab tiga perkara: pembunuhan ke atas diri manusia, zina orang yang telah berkahwin dan orang yang meninggalkan agamanya berpisah daripada jama’ah Muslimin (6878/1676). Kerana itu telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa hukuman untuk orang yang murtad adalah dibunuh, namun begitu ia perlulah melalui proses yang cukup lama untuk memberinya kefahaman yang benar agar hilang  kekeliruannya itu sehingga pada akhirnya amat jarang sekali hukuman ini terlaksana kecuali pada jenis murtad yang berniat jahat untuk menimbulkan fitnah dan menyesatkan umat Islam. Oleh yang demikian hukum hudud seperti ini hanya boleh dilaksanakan setelah pemerintah menjalankan tanggungjawabnya menjaga agama Islam daripada penyelewengan dan kerosakan.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:31 PM | Show all posts
Pendekatan golongan “Qur’anists” yang kononnya hanya menerima al-Qur’an sahaja dan menolak al-Sunnah dan hadith-hadith sahih adalah pendekatan yang menyeleweng daripada Islam, berlawanan dengan jalan orang beriman. Di dalam al-Qur’an sendiri terdapat ayat yang memberi amaran keras terhadap kecenderungan seperti ini: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam; dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” ( al-Nisa’:115).

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:33 PM | Show all posts
  • Berkenaan dengan dakwaannya terhadap Shari’ah, Farouk sebenarnya terperangkap dalam dualisme dan dikotomi antara perkara yang bersifat insani dengan yang Ilahi.

  • Baginya sesuatu yang Ilahi tidak mungkin dapat dijelmakan di dunia dalam pelaksanaan undang-undang. Dikotomi dan pemisahan inilah yang menyebabkan Barat menolak pemerintahan agama dan memilih sekularisme. Isu ini sebenarnya telah selesai di zaman khulafa’ Rashidin apabila Sayyidina Abu Bakar mengatakan bahawa dirinya bukanlah Khalifah Allah tetapi khalifah Rasulillah dalam menjaga agama dan mengatur urusan duniawi.

  • Ketika itu di Barat Raja masih mengaku dirinya adalah wakil Tuhan dan memiliki kuasa yang kudus dan mutlak (divine right of kings). Meskipun seorang khalifah  adalah pemimpin sivil tetapi ia bertanggungjawab untuk melaksanakan Shari’ah demi memastikan sistem yang berlandaskan kepada kebenaran, keadilan dan rahmat bagi semua dapat dilaksanakan.

  • Dualisme dan pemisahan antara yang insani dengan yang Ilahi tidak berlaku di dalam Islam, khususnya dengan kewujudan  al-Qur’an and al-Sunnah bersama-sama dengan orang beriman. Melalui perantaraan Rasulullah SAW umat Islam telah mendapat panduan dan petunjuk daripada Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua sumber ini terpelihara dan tidak mengalami korupsi seperti mana yang berlaku pada agama tertentu.

Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2017 10:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2017 10:37 PM

  • Golongan Muslim liberal sering berhujah bahawa sebarang tafsiran terhadap teks agama adalah subjektif dan kerananya tidak boleh dianggap sebagai Shari’ah atau hukum Tuhan.

  • Ia hanyalah hukum manusia seperti mana hukum-hukum yang lain. Di sini mereka telah menolak sama sekali kemungkinan adanya tafsiran yang benar terhadap sesuatu ayat al-Qur’an, yang sesuai dengan kehendak Allah SWT.

  • Sejak awal Islam telah dibahas tentang ayat-ayat yang bersifat muhkamat (jelas) dan ayat-ayat mutashabihat (ertinya yang tidak diketahui secara pasti).  Justeru tiada pertikaian di kalangan ulama’ bahawa ayat-ayat muhkamat  adalah ayat-ayat yang maknanya sangat jelas sehingga tidak boleh berlaku pertikaian mengenai maksud yang sebenar.



Read more at: https://www.menara.my/menjawab-farouk-peru-dan-ekstremis-liberal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.254885 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list