|
Selepas menang mudah pemain Perancis, Brice Leverdez 21-15, 21-12 di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi kelmarin, Datuk Lee Chong Wei yang baru kembali daripada kecederaan lutut tidak menghadapi masalah untuk mara ke pusingan seterusnya di Kejohanan Badminton All England.
Memetik laporan Bernama, pemain nombor satu dunia itu dikatakan telah menempah tiket ke suku akhir apabila berjaya menyingkirkan pemain dari Taiwan Wang Tzu Wei 21-18, 21-18 dalam perlawanan pusingan kedua hari ini.
Pemain berusia 34 tahun itu bakal berdepan bekas Juara Remaja Dunia 2009 Tian Houwei dari China.
Pemain berusia 25 tahun yang berada di ranking keenam dunia sebelum itu menewaskan pemain India H.S Prannoy dengan straight set 21-13, 21-5.- CARI
|
|