PERAI, PULAU PINANG - Kelibat dua orang wanita didakwa cuba menyihir sebuah kedai pesaingnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) viral di media sosial.
Dalam kejadian jam 6.24 pagi, 3 Mac 2017 di Bandar Sunway Seberang Jaya, dua wanita dilihat berada di hadapan sebuah premis yang kelihatan sedang cuba melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Kedua-dua mereka terdahulu dilihat berbahagikan sesuatu yang kelihatan seperti serbuk dan terkumat-kamit membaca sesuatu pada tangan sebelum menaburkan serbuk itu di depan pintu premis tersebut.
Selesai berbuat demikian, dua wanita terbabit beredar meninggalkan premis itu.
Pemilik kedai yang menyedari tindakan dua wanita itu kemudian memuat naik rakaman tersebut di media sosial. Pemiliknya mendakwa dua wanita itu cuba melakukan sabotaj terhadap kedai miliknya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek yang amat memalukan itu.
"Inilah salah satu masalah yang kita kena hadap bila berniaga. Benda-benda syirik dan khurafat. Dari elok kedai ramai pelanggan, tiba-tiba senyap sunyi.
"Saya sudah biasa terkena semasa berniaga dulu. Lauk pauk cepat basi, nasi masak dua tiga jam tak masak-masak. Roti canai baru tiga jam lepas uli, sekali tebar, basi.
"Yang buat sihir itu pun orang dekat-dekat kedai itu juga. Tak puas hati sebab harga makanan di kedai kami lebih murah. Mujur ada seorang ustaz yang kebetulan datang ke kedai itu adalah kawan kepada bapa saya.
"Katanya kedai kami telah disihir sampai orang tak nampak kedai kami. Kedai sentiasa kelihatan ditutup," kata Alan Sand Taufers. - The Reporter
Post time 11-3-2017 08:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
same ne dgn org yg pki pelaris..aiyooo..I msh curious pasal ade kedai yg popular ni ade org prnh cite dkt I die gune spender ltk dlm kuah die nk bg sedap n bg ramai yg mengingau2 teringat kesedapnnye...xtaw btul ke x?...hrmmm
RM 1500 > kedai anda di santau> yang lauk basi kedai jiran sebelah, pelanggan tak nampak kedai jiran anda
RM 5000> kedai anda di santau > santau di tawarkan dan terperangkap dalam botol kicap jalen guarantee 24 Hour
RM 50 000> kedai anda di santau > orang yang santau taubat dan gerun melihat anda.. santau tersebut di terbalikkan atau dipesongkan kepada pengantar sampai dia berubah jadi baik dan insaf
RM 100 000>kedai anda di santau> pakej Platinum > naik private jet pergi dubai dan berubat di padang pasir bersama shisa dan vapour.. anda jejak kaki malaysia santau hilang dan kedai anda ada penjaga panglima alam ghaib ..
>>Deposit 100%
>>NO REFUND because i dont have single cent to refund
>>Only serious deal , no money no talk.. have money we discuss..
akak pelik nape kedai melayu je kena santau ye. kedai KFC, MCDONALD, lain2 napa tak santau.. sebab kedai kafir ke? sebab bukan kedai org melayu?
yes mmg santau pelaris mmg wujud.. kena belajar pertahankan diri masing2.. kita ni insan kerdil.. ada ilmu gali cari belajar hadamkan.. belajar sampai liang lahad..
akak syak kedai subway kena santau sebab akak selalu pergi sunyi je.. rasa aman je makan sorang2 kat subway.. dengan sos mayonis melimpah ruah, sayur gebu gebas, onion sauce meleleh bak mutiara khursani.. sedap hingga menjilat jilat..