CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8468|Reply: 72

Edisi #wanita : 10 artis wanita ini berjasa pada negara. Setuju?

[Copy link]
Post time 12-3-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Tidak kira golongan korporat, selebriti, pekerja industri mahupun ibu, peranan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini memberi impak besar pada pencapaian sendiri, masyarakat dan negara. Sumbangan dan pencapaian wanita sering diraikan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac setiap tahun sebagai penghargaan pada golongan ini atas jasa mereka.

Namun, sumbangan dan penghargaan ini bukan hanya diukur pada anugerah yang diterima sama ada dalam negara atau antarabangsa tetapi aspek pengaruh mereka terhadap masyarakat yang cukup penting dalam menyuarakan sesuatu perjuangan serta membantu golongan ini terus berada di peringkat lebih tinggi. Sempena Hari Wanita hari ini, Rojak Daily Kaw! memilih 10 selebriti berpengaruh yang menjadi inspirasi dan membawa semangat pada golongan wanita untuk berjaya di peringkat global.

1. Ella


Berkecimpung dalam bidang muzik lebih tiga dekad, Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin masih terus berjuang sebagai anak seni sehingga kini. Dalam banyak anugerah yang pernah diraih, penyanyi berusia 51 tahun ini pernah mencatat sejarah sebagai artis tempatan pertama merakam album penuh menerusi ELLA USA di Amerika Syarikat dengan jualan tertinggi sebanyak 350,000 unit. Lebih manis, vokalnya dikenali di seluruh dunia selepas dipilih menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel, "Standing in the Eyes of the World" pada tahun 1998. Menjadi idola dalam bidang muzik, Ella juga baru-baru ini menyatakan hasrat membantu pelarian Syria sebagai sukarelawan Muslim Care. Meskipun dia tidak dapat ke sana, dia tetap menunjukkan sikap prihatin terhadap masyarakat dunia yang ditimpa musibah.

2. Queen Neelofa


Membina jenama sebagai pelakon dan pengacara, ia memberi ruang lebih besar pada selebriti jelita, Neelofa mengembangkan jenamanya dalam bidang perniagaan menerusi Naelofar Hijab yang ditubuhkan pada tahun 2013 sehingga melebarkan pengaruh perniagaannya ke luar negara. Pencapaian paling membanggakan buatnya adalah menerima anugerah Tokoh Wanita kategori perniagaan pada Anugerah Tribute to Women Malaysia 2016. Neelofa mempunyai perancangan membuka syarikatnya di New York pada tahun ini selepas menembusi pasaran Asia Barat seperti di Dubai dan Istanbul. Kejayaan Neelofa sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan menjadi sumber inspirasi pada wanita lain untuk mengikut jejak langkahnya.

3. Maznah Zolkifli


Personaliti ini pernah dikenali ramai sebagai pengacara program hiburan dan kemudian menceburi aktiviti bermotosikal berkuasa tinggi. Minatnya terhadap aktiviti permotoran ini mendorong lebih ramai wanita untuk turut serta dan membuktikan golongan ini juga tidak gentar dalam aktiviti tersebut. Dua tahun lalu, Maznah menunjukkan minat dalam meningkatkan kemahiran menggunakan senjata api apabila pernah menjadi peserta tunggal negara menyertai Kejohanan Handgun Timur Jauh Asia 2015 Tahap IV. Selain bidang hiburan, pemotoran dan menembak, Maznah juga aktif sebagai Naib Presiden II Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara. Dalam kenyataannya sebelum ini, dia menyarankan agar bekas pelajar luar negara menyertai pertubuhan itu dalam membantu kerajaan merancang dan melaksanakan dasar pembangunan negara.

4. Shila Amzah

Jika ditanya pada pendengar muzik di Taiwan, Hong Kong mahupun China, nama penyanyi tempatan Shila Amzah bukan asing sebaliknya dia adalah penyanyi popular yang mempunyai ramai peminat di sana. Malah, anak kepada penyanyi ND Lala ini diiktiraf sebagai Penyanyi Wanita Terbaik (Hong Kong dan Taiwan) pada acara anugerah Music Pioneer Awards yang berlangsung di Guangzhou, China pada tahun lalu. Tidak terkecuali, 'single' berjudul "Goodbye" menang Anugerah Lagu Top 10 dan juga menerima anugerah Artis Wanita Top 5 Paling Popular. Pastinya, kejayaan menang tiga anugerah terbaru ini menjadikan pencapaian karier seninya cukup cemerlang apatah lagi selepas melancarkan album debut pertama dalam bahasa Mandarin berjudul My Journey pada April tahun lalu. Pada tahun lalu, Shila juga dilantik sebagai duta Tourism Malaysia ke China. Sepertimana kegigihannya dalam berkarya, penyanyi berusia 26 tahun ini juga mempunyai perancangan mempelajari bahasa Sepanyol dan Korea.

5. Lisa Surihani


Lebih dikenali sebagai pelakon, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini sering berusaha mencari peluang baru dalam membina kerjaya seni berada di tahap yang membanggakan. Berbanding aktres Hollywood seperti Angelina Jolie mahupun Lindsay Lohan yang aktif dalam misi kemanusiaan, begitu juga Lisa dipilih sebagai duta Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) baru-baru ini memberikan satu pengiktifaran padanya sebagai artis tempatan yang diberi peluang dalam misi kemanusiaan dunia itu. Lisa mengakui dia pernah mengimpikan mahu menjadi anggota sukarelawan UNICEF dalam membela nasib kanak-kanak terbiar atau menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab. Walaupun tugas Lisa bersama UNICEF baru bermula, ia sekurangnya memberi semangat pada golongan selebriti tempatan lain untuk mengikuti jejak langkahnya dan mungkin siapa tahu Lisa bersama artis antarabangsa lain berganding bahu turun padang membantu nasib masyarakat dunia lain.

6. Elfira Loy


Aktif sebagai pelakon membintangi pelbagai filem dan drama, pelakon remaja, Elfira Loy boleh dijadikan contoh pada golongan belia untuk bersama menyertai aktiviti sukarelawan. Dia menerima pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Ikon Wanita Muda 2016 kategori seni daripada Pergerakan Puteri UMNO pada tahun lalu membuktikan sumbangan artis tempatan dalam bidang seni dan kerja kemasyarakatan dihargai. Elfira menjadi sukarelawan sejak tahun 2009 turut terbabit dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Puteri UMNO di Lahad Datu, Sabah dan Misi 'Tulong Hagnaya' di Filipina. Malah, dia juga mengambil peluang menjadi tenaga pengajar akademik di sekolah rendah.  

7. Maya Karin


Di sebalik kesibukannya di lokasi penggambaran filem, aktres jelita, Maya Karin juga dikenali peminat sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan alam sekitar. Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Jerman ini aktif membabitkan diri dalam pelbagai acara membabitkan alam sekitar antaranya Hari Bumi yang disambut pada 22 April. Akuinya dalam temubual bersama media sebelum ini, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dan menyokong apa jua kempen tetapi lebih fokus pada alam sekitar kerana isunya cukup luas dan banyak usaha perlu dijalankan. Sebagai selebriti, dia berusaha membantu dan membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Pada tahun 2008, Maya pernah dilantik Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagai Duta Taman Laut Malaysia sempena Tahun Pemuliharaan Terumbu Karang Sedunia.

8. Jojo Struys


Seperti kita tahu selebriti mempunyai pengaruh kuat terhadap peminat apabila mereka dianggap sebagai idola. Daripada aspek pemakaian sehingga nasihat artis itu sendiri memberi dorongan pada peminat untuk berubah dan berjaya. Pelakon dan pengacara, Jojo Struys sering berkongsi pengalaman dan panduan dalam penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Meskipun tiada ganjaran yang diterima daripada apa yang dilakukan, sumbangan Jojo yang dianggap sebagai jurulatih kecergasan memberi inpirasi pada orang ramai khusus peminat untuk menjadi individu yang sihat dan kekal positif. Sebagai contoh, Jojo juga penulis buku kecergasan Jojo Struys's Guide to Wellness dan pengacara saluran TLC pernah berkongsi teknik penafasan yang betul, cara mengatasi tekanan dan senaman untuk badan menjadi relaks. Menariknya, panduan kesihatan daripada Jojo ini banyak dikongsi orang lain menerusi laman blognya, www.jojostruys.com.

9. Datuk Siti Nurhaliza


Pada pertengahan tahun lalu, penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menjayakan kempen 'Hope Campaign' anjuran Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Guardian Pharmacy dan KPJ Healthcare Berhad yang bermatlamat memberi kesedaran pada wanita untuk melakukan ujian 'pap smear' dalam mencegah barah serviks. Menariknya, dalam kempen tersebut beliau turut memberikan pek istimewa kempen tersebut dengan setiap pembelian produk SimplySiti. Usaha murni beliau seperti ini memberi inspirasi pada masyarakat dan peminatnya untuk bersama membantu dan memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan wanita. Sebelum ini, Siti juga terbabit dalam pelbagai kempen antaranya Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan bekerjasama dalam program amal #AirAsiaMAKNA 2016 sebagai platform meningkat sokongan dan kesedaran orang ramai terhadap kanser.

10. Fazura


Jika dinilai pada profil lakonannya, pelakon Nur Fazura sudah cukup popular dan mempunyai ramai peminat. Malah, Fazura pernah menjadi selebriti yang diberi peluang keemasan muncul dalam program realiti sendiri, Facing Up To Fazura di bawah jenama E! menyamai populariti program konsep sama, Facing Up with the Kardashians. Namun, selepas menceburi bidang lakonan, Fazura mencuba bidang nyanyian dan menariknya, dia menjadi artis '360' pertama bersama label Universal Music Malaysia yang mana memberi platform lebih besar untuk dia menembusi pasaran antarabangsa. Selepas menghasilkan single, "Nothing Like Pag Ibig" duet bersama penyanyi Filipina, Jason Dy, pihak label juga berusaha membawa Fazura menerokai pasaran global lain seperti Indonesia, China dan Eropah. Nampaknya, rezeki Fazura kali ini membawa perkembangan positif pada industri muzik tanah air untuk melihat sumbangan anak seni tempatan pada masyarakat dan negara.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
yg logik

ella
dato ct
shila
dato maznah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:17 AM | Show all posts
neelofa tu queen ke? kejadahnya?  mohon berkabung ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:19 AM | Show all posts

setujuk

yuna x masuk list ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:22 AM | Show all posts
greantea replied at 12-3-2017 11:19 AM
setujuk

yuna x masuk list ker?

tu la yuna lg outstanding kot dr senarai di atas
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
weh..yg no.10 tu paling mengarut kot..YUNA tak masuk list plak tu..TAK SETUJU!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2017 11:25 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-3-2017 11:17 AM
neelofa tu queen ke? kejadahnya?  mohon berkabung ..

bakal hoccay!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan btol board. Apa yg besar sgt sumbanagn dorg ni pon aku tk tau. Rkyat malaysia jdi kaya ke dgn sumbangan dorg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 11:47 AM | Show all posts
yuna x masuk senarai..yg paling aku setuju..maya karin..lisa suriyusri...yg lain ok la except no.10 tu setakat popular album ntsh mane2 stakat mmg ffm je la..lopak tu x yah la mention queen...fantasi sgt..p:
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut lofa fazura maya karin lisa entah apa apa...ct yuna shila maybelah campur that chinese lady michelle yeoh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Maznah tu dah lama x nmpk dia brlakon..ke aku yg jarang tgk tv..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn semua lust kat atas tu.. cuma kna tambah yuna
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:06 PM | Show all posts
ak rse dlm list ni kena masuk yuna.. n buang bberapa nama yg tak semenggah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:12 PM | Show all posts
shiela majid tak termasuk eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yuna patut masuk list ganti lopak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato Michelle Yeoh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato Michelle Yeoh!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 02:43 PM | Show all posts
kepala butthort ko la..dah la newbie...konpem multinick ni..mohon admin ambil tindakan atas benang sampah sebegini..kenapa ko tak buat tajuk 10 artis wanita pilihan TT...kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iolls semua sepuloh tu tak memberi apa sumbangan pun. Harumkan nama aje tapi x membantu dari aspect pertumbuhan economy negara itu bukan sumbangan namanya yer adik2.

Tak ada keuntungan yang rakyat dapat nikmati pun dari sumbangan artis2 ni. Perabih duit lagi ada.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjasa sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.210049 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list