CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 20

[Tempatan] HKL semakin sesak, rawat 500 pesakit kanser setiap hari

[Copy link]
Post time 12-3-2017 04:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 11 Mac - Jumlah pesakit kanser yang se­makin bertambah menye­babkan kemudahan di hospi­tal terutama Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjadi pusat rujukan utama penyakit itu di negara ini semakin sesak hingga tidak lagi mampu memberikan keselesaan kepada pesakit.

Pengerusi Persatuan Kanser Ibu Bapa dan Kanak-Kanak Malaysia (Pibaik), Mohd. Amin Sidik berkata, keadaan itu menyebabkan keupayaan HKL untuk menyediakan rawatan terbaik kepada penghidap kanser menjadi terhad.

“Peningkatan seca­ra drastik jumlah pesakit kanser menga­kibatkan kesesakan di wad dan rawatan semakin terhad.

“Menyedari keper­luan itu, kami cuba membantu meringan­kan beban pesakit de­ngan menjalankan ker­ja-kerja kebajikan bagi memberi keselesaan kepada mereka,” katanya dalam majlis pelancaran projek CancerCare anjuran Pibaik di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL, Dr. Ros Suzzana Ahmad Bustaman.

Mohd. Amin memberitahu, sasaran utama CancerCare adalah menambah baik kemudahan Wad Onkologi di HKL, menyediakan rumah perlindungan untuk pesakit kanser dan penjagaan profesional kepada pesakit kanser kanak-kanak.

Menurutnya, sebagai usaha membantu pesakit kanser mendapat rawatan lebih sempurna menerusi CancerCare, Pibaik memerlukan kira-kira RM30 juta.

Sementara itu, Ros Suzzana menjelaskan, pada masa ini, kira-kira 500 pesakit kanser mendapatkan rawatan di HKL setiap hari.

“Walaupun HKL memperuntukkan 10 buah wad untuk pesakit kanser, namun kita masih berdepan dengan kesesakan tempat menyebabkan pesakit berasa kurang selesa semasa berada di hospital,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo la kanser peparu sb rokok..Suh dorg balik abes Kan sisa hidupnyer di umah..Jgn sibuk hi spital abeskan duit kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 04:30 PM | Show all posts

pembunuh

Edited by ninja boy at 12-3-2017 04:31 PM

org tua yg umur 70 tahun masih berokok tak mati2 pulak tetapi org keliling beliau yg tak merokok pula yg kena kanser, babi betul. dasar pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 04:36 PM | Show all posts
kat putrajaya kan ada hospital khas utk kes cancer. kenapa tak hantar je sana. hospital baru tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 04:48 PM | Show all posts
poison_paradise replied at 12-3-2017 04:02 PM
Kalo la kanser peparu sb rokok..Suh dorg balik abes Kan sisa hidupnyer di umah..Jgn sibuk hi spital  ...

marah bebenor...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 04:58 PM | Show all posts
hanakikan replied at 12-3-2017 04:36 PM
kat putrajaya kan ada hospital khas utk kes cancer. kenapa tak hantar je sana. hospital baru tu

majoriti doktor yang 'pakar' ada kat HKL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2017 05:06 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 03:42 AM | Show all posts
all-dajal replied at 12-3-2017 09:06 AM
kenapa tak gunakan kencing unta utk buat rawatan kanser?  

@spiderman80    apasal ban post aku   

Comments

Banyak aduan dibuat atas posting Acong tu. Hahaha....  Post time 15-3-2017 09:27 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
all-dajal replied at 15-3-2017 03:42 AM
@spiderman80    apasal ban post aku

Kahkahkah sentap ke kena ban? Ingat ke hati batu sgat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:13 AM | Show all posts
perokok tegar kepanasan telinga
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:22 AM | Show all posts
pergilah Hospital Ampang. Sana pon ada ramai pakar kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:27 AM | Show all posts
ramai sangat org sakit skg?? rakyat malaysia salah diet kah? atau cara hidup salah?? atau process food tak ada kawalan??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 09:28 AM | Show all posts
khen, para2 perokok, sila mampus awal..menyusahkan org je kweujudan korang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 01:06 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-3-2017 10:42 PM
Kahkahkah sentap ke kena ban? Ingat ke hati batu sgat

patut botolkan air kencing unta yg dibacakan 50 juzuk ayat koran utk dijual kat vending machine  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 01:09 AM | Show all posts
@spiderman80    nak    @mbhcsf   copy paste jurnal2 penemuan hebat air kencing unta tok arab utk rujukan ko?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
all-dajal replied at 19-3-2017 01:06 AM
patut botolkan air kencing unta yg dibacakan 50 juzuk ayat koran utk dijual kat vending machine  { ...

Baru hidup semula ke dajal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2017 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 15-3-2017 01:27 AM
ramai sangat org sakit skg?? rakyat malaysia salah diet kah? atau cara hidup salah?? atau process fo ...

terlalu banyak makanan kimia dan pewarna. tgk orang afrika tak cukup makan mana kena kanser
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 07:44 AM | Show all posts
gigahertz replied at 19-3-2017 06:51 AM
terlalu banyak makanan kimia dan pewarna. tgk orang afrika tak cukup makan mana kena kanser

xsempat kaser nak menyerang, dah meninggal kebulor
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 03:17 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-3-2017 10:35 PM
Baru hidup semula ke dajal?




Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 10:51 AM | Show all posts
gigahertz replied at 19-3-2017 06:51 AM
terlalu banyak makanan kimia dan pewarna. tgk orang afrika tak cukup makan mana kena kanser

org malaysia siap dgn penyakit PHD lagi...."perasaan hasad dengki"...kuat sangat skg penyakit ini...mungkin terlalu banyak terminum kencing pembangkang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.773275 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list