CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Falsafah] ...budaya ilmu vs budaya tular...

  [Copy link]
Post time 10-5-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zueazza at 10-5-2017 01:14 PM

Orang dewasa kena mulakan dulu membaca. Anak2 akan ikut apa yg kita buat. Kurangkan atau jangan bagi langsung gajet utk anak2 sebab diorang lebih leka dgn games yg ada dalam gajet tu. Saya sebenarnya kurang selesa dan tidak berapa gemar lihat mak ayah yg sediakan gajet utk anak2. Ini sebenarnya tidak bagus utk anak2 mereka sendiri.

Mak ayah juga boleh mulakan dgn bawak anak2 ke perpustakaan awam atau ke kedai2 buku. Biarkan anak2 pilih buku yg mereka suka &'pastikan buku tersebut sesuai dgn mereka. Bila mereka pilih buku2 yg mereka suka, kebarangkalian utk mereka membaca adalah lebih tinggi dan mereka akan request kembali utk beli buku2 yg lain

Join anak2 membaca. Secara tidak langsung akan merapatkan hubungan anak beranak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 10-5-2017 02:08 PM | Show all posts
Budaya Ilmu dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Oleh SALIM MD ZAIN

STATISTIK tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas menunjukkan dalam tempoh 1996 – 2005, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap kecenderungan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

Graf menunjukkan jumlah judul buku yang dibaca oleh rakyat di negara masing-masing pada tahun 2005. (Statistik ihsan Perpustakaan Negara Malaysia).
Di peringkat pengajian tinggi pula, hobi membaca buku dalam kalangan mahasiswa Malaysia juga sangat jauh ketinggalan dibandingkan negara lain. Berdasarkan suatu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah buku, Indonesia 94 buah, India 130 buah, Thailand 56 buah dan Brunei 26 buah buku. Seperkara lagi, daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) yang sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada tahun 2005. Penemuan ini adalah hasil perbandingan yang dibuat oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), mengenai tabiat membaca dalam kalangan pensyarah dan mahasiswa di Malaysia. Kajian itu juga menggambarkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun, manakala dalam kalangan pensyarah pula mendapati, rata-rata hanya membaca 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).

Kajian tabiat membaca dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
Dari aspek pembelian bahan bacaan pula mendapati, mahasiswa Malaysia hanya membeli empat buah buku untuk tiga tahun pendidikan (enam semester). Jumlah ini sangat berbeza dengan dapatan kajian jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa di negara lain seperti Australia (160 buah), Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).
Statistik di atas hanya menyebut mengenai mahasiswa dan pensyarah sahaja. Bayangkanlah apakah statistik untuk mereka yang bekerja dan pelajar sekolah? Statistik yang diberikan meletakkan kita seolah-olah sebagai antara rakyat yang paling malas membaca, hanya empat buah buku setahun. Mungkin ini juga  antara sebab yang menjadikan rakyat kita kurang peka dengan keadaan sekeliling, dan mudah  diperkotak-katikkan kerana kurang berpengetahuan.
Walau bagaimanapun, menurut Presiden Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohd., rakyat Malaysia semakin suka membeli dan membaca buku. Buktinya, PNM melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah buku yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat kepada 14,000 judul. Pada tahun 2003, jumlah tersebut hanya 6,000 judul. Hal ini bermakna lonjakan jumlah yang amat ketara, iaitu lebih 100 peratus dalam tempoh empat tahun. Perkembangan pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke atas tabiat membeli dan membaca buku dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik tersebut hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam negara dan tidak mengambil kira jumlah judul buku yang diimport dan dijual kepada rakyat Malaysia yang berlipat kali ganda lebih banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara. Jika rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku, tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku  bertambah banyak. Maklumat yang menyebut bahawa orang Malaysia malas membaca buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis dan para penerbit.
Apakah sebenarnya senario tabiat membaca dan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat di Malaysia? Adakah semakin menurun, mendatar, atau semakin meningkat? Walau apapun senarionya, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad kerana ilmu itu pelita hati. Obor penyuluh  kegelapan hidup.

sumber: http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1254

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 02:19 PM | Show all posts
sebenarnya, dah lama dah isu nie...cer tengok berapa ramai yang pergi ke perpustaakan negara, pustaka awam, siapa, golongan usia berapa,?budaya membaca memang diterapkan dan dilaksanakan oleh badan2 atau pihak tertentu..slogan mari membaca, budaya membaca amalan kita, siap tokti jadi ikon nyanyi lagi lagu mari membaca lagi...saya setuju dengan forumer lain dalam mendidik anak2 untuk tanamkan sifat membaca dalam kalangan anak2, jangan serahkan kepada guru sahaja..apa2 pun, inisiatif atas diri sendiri, jangan hanya tahu complaint sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul. Jangan terlalu bergantung atau serahkan semuanya pada guru sahaja. Mak ayah sebenarnya lebih berperanan utk dorong anak2 belajar. Saya ada tengok kawan2 sekerja yg tak lokek keluarkan duit utk beli buku2 utk anak2. Guru2 hanya sebagai pembantu. Semuanya mesti bermula dgn mak ayah.  Jangan salahkan guru2 kalau anak2 buat benda tak sepatutnya. Kita yg paling lama berada di sisi anak2. Guru2 mereka baru je kenal mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
budaya tular tu pun salah satu ilmu juga...cuma ilmu secara tular ni adakalanyer mudah diterima sebulat-bulatnya oleh penggemar socmed. so, kita kene tapis setapisnya ilmu tular ni, agar benda atau perkara negatif tidak,mudah dipercayai atau dipandang positif. Pendek kata, yang baik dijadikan teladan yg buruk disempadani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
budaya membaca bermula dari bu bapa sendiri.anak2 akan mencontohi perbuatan ibu bapa.pada usia kanak2 ,ibu bapa jangan membjarkan anak menggunakan gajey sevara keterluan.saya ada baca,Bill Gates yg billionaire  sendiri kata anak2 nya tiada gajet dan menurutnya, usia yg sesuai utk berikan gajet ialah 16 tahun kerana pada usia itu merekan dpt membezakan perkara negatif dan positif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 13-3-2017 04:32 PM
Dulu kan ada program nilam (kalau tak silap namanya). Masa i sekolah menengah dulu ada 1 session ni  ...

Masa nilam best sangat sebab masa untuk diberi kebebasan membaca selain dari buku akademik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Metinpehlivan replied at 13-3-2017 06:20 PM
Honestly I feel kena kembalikan budaya beli buku n baca buku. Masa kecik2 dulu rumah banyak buku. Bu ...

Yes betul tu. Mungkin kalau physical books takes so much space kat rumah, boleh je belikan kindle yang boleh muatkan soooo much books. Dan juga kids will still feel cool bila membaca  
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-5-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Castorsugar replied at 13-3-2017 06:33 PM
Dlu2 mmg ada program nilam ni..evry mnth akn ada hadiah utk sape yg pling bnyak baca buku..tak tahu  ...

Program nilam di sekolah. Di rumah, parents kena pantau penggunaan smartphone. Selain pantau, kena ajarkan cara penggunaan social media secara berhemah. Kesahihan sesuatu info/berita tu oenting sebelum ditularkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
luluisgreat replied at 14-3-2017 10:03 AM
For me, i rasa ibu bpa kena didik anak dari rumah untuk membaca. contoh ibu bapa boleh belikan anak2 ...

Betul tu. Kalau parents tak limitkan oenggunaan phone, guru di sekolah hanya ada limited time untuk pantau anak murid di sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mummyalissa replied at 14-3-2017 10:41 AM
Kita kena mulakan semula budaya membaca buku tak kiralah novel ke majalah ke asalkan baca buku "fizi ...

Bestnya jadi anak u! I pun plan benda sama untuk anak-anak I (when I have my own nanti). Regardless of how expensive the books are, at least we support their interest
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Plannerism at 24-5-2017 03:00 PM
akuperatijee replied at 14-3-2017 03:39 PM
Saya suka topik perbincangan mengenai budaya ilmu ini. Pada zaman serba moden kini, masih ada perbez ...

Betul tu. ilmu dan amal berjalan seiringan. Kita nampak ramai 'belajar tinggi' tapi perangai seperti golongan tidak bertamadun. Mempunyai ilmu tidak membenarkan kita berlagak seperti kita di atas; rata-rata yang saya nampak dikalangan pemuda pemudi sekarang.

Memegang ijazah tak memastikan kita 'berhak' atas sesuatu. Dan saya 100 peratus setuju dengan frasa jangan malas. Kita boleh membaca sejuta naskhah tapi takkan ada perubahan jika tiada tindakan/aplikasi diterapkan dalam kehidupan seharian.

*sorry for the long reply

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 05:43 PM | Show all posts
pada pandangan i, tak salah pun budaya tular tu. ilmu ni tak semestinya kita dapat dgn pegang buku dan baca.

i amik contoh diri i. i lemah sikit pemahaman dlm bidang sains perubatan/biologi. klo u bagi i buku bilogi utk i baca, i tak boleh nak btl2 faham. tapi bila u buat dalam bentuk grafik , i boleh faham dgn mudah. dari situ, baru timbul lagi soalan lain dan i mula cari buku/video. bila i baca buku,baru i faham. kita ada kemudahan dlm teknologi. jadi tak salah klo kita guna.

i suka website ni. boleh follow fb page utk tularkan ilmu.

http://ed.ted.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:37 AM | Show all posts
Bila smod seribulan bukak benang ni, baru I tersentak dan tersedar betapa tenatnya masyarakat kita. Mcm sedih pulak rasa. Ilmu ni martabat dia tinggi tp tak pernah pun dihargai. I rasa masalah dan halangan paling besar is ibubapa masyarakat kita. Sbb terlalu amek mudah dalam sesuatu perkara. Especially yg melibatkan sekolah, guru, ilmu.

Ibubapa tugasnya bukan hanya menerapkan nilai murni tp jugak perlu bertindak memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu. Contohnya, bahan bacaan apa yang anak2 baca, cerita apa yang anak2 tonton. Semua tu sumber ilmu dan ibubapa kena pantau. Bukan berlapang dada hanya sbb anak2 rajin membaca tp yg dibacanya benda mengarut. Haih. Sedihnya saat menaip ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 05:19 PM | Show all posts
Budaya membaca vs budaya tular... Secara jujur saya kasihan dengan KITA yang sudah terperangkap dengan budaya tular. Tanpa menapis kita tularkan semua perkara sehinggakan tidak pasti adakah benar atau tidak perkara tersebut. Sememangnya sampaikan wpun satu ayat tetapi kita seperti emmandang enteng tanpa menapis perkara2 tersebut, sehinggakan ada yang bertaraf professor pun terperangkap dengan budaya tular. Hilang kredibiliti sebagai seorang professor yang menjadikan ilmu sebagai satu lambang kebenaran dan perlukan kesahihan reability dan validity. Apakah yang sudah terjadi sebenarnya. Adakah kita salah gunakan media sosial yang ada atau kita berlumba2 untuk menjadi orang yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang tetapi akhirnya tidak menyumbang kepada apa-apa pun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:26 PM | Show all posts
Rasanye keluarga dan pihak sekolah kena memainkan peranan yang aktif dalam membudayakan ilmu nie.  parent kenalah rajin belikan anak-anak buku dan bawa anak- anak ke pesta buku contohnya.  Budak-budak ni kalau dari kecil sudah didedahkan dengan bahan bacaan maka sampai besar mereka akan suka dengan buku.  Pihak sekolah jugak kena berikan galakan contohnya dengan adakan pertandingan bercerita dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-5-2017 10:05 AM | Show all posts
menyediakan satu suasana yang membudayakan ilmu dengan menggalakkan pembacaan
menghargai kepentingan membaca demi menajamkan lagi kemahiran kognitif  dalam memberikan idea dan membuat keputusan yang konkrit dalam kehidupan seharian dan kepimpinan masa akan datang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:54 AM | Show all posts
Sebenarnya budaya tular ini datangnya dari orang dewasa..
Dengan adanya facebook perkara ini merebak dengan begitu cepat tanpa ada kesasihan sesuatu berita. Ini beri kesan buruk kepada anak-anak.
Semua orang memainkan peranan penting terutama media massa..
Tak perlu ada segmen khas tular di media massa cth astro memburukkan lagi keadaan.
Anak-anak patut diterapkan dengan berita-berita ilmiah untuk memperbanyakkan ilmu di dada mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:00 AM | Show all posts
Budaya viral
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 MAC 2016

SEIRING kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas.

Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya. Golongan muda tidak terkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut.

Aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.

Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif, namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikan.

Pendapat ini dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan - Sinar Harian pada 24 Februari lalu.

Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.

Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikan seperti memotong daging untuk disedekahkan kepada yang memerlukannya.

Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.

Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.

Ikuti kupasan tajuk ini dalam Isu Kampus yang disuarakan oleh beberapa mahasiswa berkaitan isu ini.

Viral, ada baik dan buruk

Budaya viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada butang yang berfungsi secara automatik.

Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.

Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.

Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.

Begitu juga dalam kehidupan mahasiswa, suatu ketika isu pelajar kelaparan hangat dibangkitkan dan tersebar juga pengakuan daripada beberapa penuntut yang mengaku keadaan itu telah menjejaskan kesihatan mereka.

Ekoran viral tersebut, ramai pihak tampil membantu, dalam masa yang sama, program-program kebajikan pula menyusul. Jika melihat dari sudut positifnya, kesan viral begitu baik sekali. Mampu meresahkan pihak pentadbiran sehingga membuka segala bantuan dan daripada situ, pelajar yang tidak pernah tahu akan wujudnya bantuan, mulai sedar, rupa-rupanya nasib tidaklah begitu malang.

Banyak lagi contoh viral yang membabitkan mahasiswa antaranya aksi spontan graduan UiTM yang berselfie ketika istiadat konvokesyen. Ada yang mengecam, tidak kurang juga menyokong tindakan tersebut, kerana kelakuan itu bukan suatu yang biasa.

Melihat kepada fenomena ini, Isu Kampus cuba dapatkan beberapa respons daripada mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan sejauh mana mereka faham mengenai viral.

Responsnya begitu baik kerana kalangan mahasiswa ini mampu bertindak matang selari dengan peranannya yang tidak mudah menyebarkan perkara-perkara palsu.

sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn pendapat forumer semua...bagi saya ilmu harus seiring dgn amal...jgn setakat belikan sahaja buku dan suruh anak baca...bincang dan mintak dia kenal pasti nilai murni...yg elok mintak dia amalkan..yg tak elok kena la kita terangkan kenapa x elok...

As for budaya tular pulak...kena la ambil pendekatan berhati hati...perlu pandai filter maklumat yg diterima...jgn excited untuk jadi org pertama yg tahu atau pemberitahu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.100610 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list