CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8945|Reply: 170

[Tempatan] 50 peratus pesakit jumpa onkologi selepas kanser stage 3 dan 4

[Copy link]
Post time 13-3-2017 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Ini termasuk dalam kalangan wanita di mana 70% daripada mereka tahu serba sedikit mengenai kanser payudara tetapi 70% dari angka itu enggan membuat sebarang pemeriksaan awal.

Kementerian Kesihatan menjangka peningkatan drastik dalam bilangan pesakit kanser menjelang 2030 ekoran pertambahan populasi dan populasi tua di negara ini.

Namun, berapa ramai yang sedar dan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit pembunuh ke-3 tertinggi negara ini?

Satu persidangan penjagaan kanser menerusi Inisiatif Malaysian Cancer Care diadakan dengan kerjasama Pusat Perubatan Subang Jaya da Persatuan Kanser Malaysia mendedahkan beberapa fakta mengejutkan mengenai tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap penyakit ini.

Menurutnya, kadar kecelikan kesihatan di kalangan warga Australia ialah sekitar 60% hingga 70% manakala di Malaysia, ia hanya sekitar 6.6%.

Ini menjadi salah satu bukti betapa buruknya kedudukan kita tentang kesedaran keperluan penjagaan kesihatan, apatah lagi apabila membabitkan penyakit pembunuh seperti kanser.

Malah kebanyakan kes kanser di Malaysia hanya dikesan selepas mencapai peringkat ke-3 atau ke-4. Ini termasuk dalam kalangan wanita di mana 70% daripada mereka tahu serba sedikit mengenai kanser payudara tetapi 70% dari angka itu enggan membuat sebarang pemeriksaan awal.

Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Matin Mellor Abdullah berkata, kelewatan dalam mengesan kanser lazimnya berlaku kerana kurangnya kesedaran dan penglibatan pihak bertanggungjawab seperti hospital, NGO dan individu berkaitan dalam mencapai komuniti “grassroot”.

“Mencapai ‘grassroot people’ sentiasa menjadi cabaran besar pada kita. Mencapai mereka dan terus ‘engage’, sukar dilakukan,” katanya sebagai faktor kecelikan penyakit ini masih di tahap membimbangkan.

Perbincangan ini turut disertai Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr S Saunthari yang mengakui kelemahan dalam mendekati masyarakat pertengahan dan bawahan.

“Kita beri ceramah di suatu lokasi, tetapi bagaimana mereka akan mengemaskini maklumat? Siapa yang boleh mereka hubungi pada bila-bila masa sebolehnya dalam kalangan mereka bagi memastikan maklumat yang disampaikan berguna bila diperlukan? Itu cabaran kami sekarang,” kata Dr Saunthari.

Jelas beliau pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO), hospital swasta dan kerajaan, sedang mencari jalan untuk mencari sasaran masyarakat misalnya melantik seorang wakil dari komuniti tersebut dan melatih serta menjadikan mereka seorang yang mudah dihubungi dalam komuniti itu sendiri.

“Misalnya di estet atau penempatan yang mundur di mana maklumat dalam bahasa Inggeris tidak boleh disampaikan, komuniti tersebut pula tidak dapat berkomunikasi dengan kita, maka kena ada wakil kita dalam kalangan mereka,” jelasnya secara teliti kepada FMT Ohsem.

Berbeza dengan masyarakat di bandar atau yang mempunyai akses dan pengetahuan asas, maka mendekati mereka adalah lebih mudah. Sekurang-kurangnya penyampaian maklumat senang dilakukan, kata beliau.

Apapun, golongan yang ada akses juga masih tidak mempunyai kesedaran yang mencukupi untuk mengesan kanser di peringkat awal dan 50% kanser dirawat pada tahap kritikal.

“Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini, salah satunya ialah ‘ignorance’,” kata Dr.Matin.

“Di barat misalnya, komuniti mereka mahu mengesan, mengubati atau mencegah penyakit ini kerana mereka tidak mahu diasingkan daripada masyarakat, tidak mahu menanggung masalah dari segi kesihatan mahupun kewangan jika terlewat selain takut pada perubahan gaya hidup kelak.

“Tetapi di Malaysia, kita tidak mahu menerima hakikat masalah yang dialami berkaitan kanser, kita cuba pelbagai perubatan alternatif yang tidak diiktiraf keberkesanannya, sehingga tiada penyelesaian, baru kita jumpa doktor. Masa itu kanser sudah berada di tahap 3 atau 4,” tambah beliau.

Oleh itu individu yang mempunyai sebarang simptom atau kesan yang rapat dengan kanser dinasihatkan tidak berlengah malah sebaiknya membuat pemeriksaaan awal.

Dr Saunthari pula berkata, mana-mana pihak yang mencari bantuan bukan perubatan, seperti sokongan moral kepada pesakit mahupun ahli keluarga, persatuannya sentiasa terbuka.

“Jangan risau pasal halangan bahasa, tahap pendidikan atau lokasi, kami akan cuba sedaya upaya memberi bantuan kepada anda.

“Ini kerana di persatuan kanser, kami bantu dari segi sokongan dan bukan perubatan. Kita boleh berbual dan pesakit boleh kongsi apa sahaja perkara membimbangkan mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org malaysia lebih percaya Jus Al Hidayah dan Air Kangen dari nasihat doktor
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ala
cm ayah aku la..
kene kamser kolorektal
trus.ckp.keme buatan.orang...
huhu...padahal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
orang kampung ayah aku la.ckp kenenbuatan org tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 05:52 PM
orang kampung ayah aku la.ckp kenenbuatan org tu

Dah tu mcm mn ayah tu sekarang.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 05:51 PM
ala
cm ayah aku la..
kene kamser kolorektal

Apa yg buat ayah ko jmpe doc sblom doc diagnos kanser?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 13-3-2017 06:00 PM
Dah tu mcm mn ayah tu sekarang.....

udah tiada...huhu
meninggal 2011 raya kelima
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 13-3-2017 06:00 PM
Apa yg buat ayah ko jmpe doc sblom doc diagnos kanser?

memula sakit gastrik
pastu berak.berdarah
pi spital.kajang..cakap buasir
pastu next appt bulan depannya
ayah aku x tahan..pi.hukm...
doc.xray ... cakap.cm ada yg x kena..
prof datang...trus.buat emergency operation
rupanya usus dah rosak
hhuhu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
n apa yang orang kata ayah aku.kene buatan orang?
sebab ayah aku meracau...tp ye la..sebab dh kene.morphine kan...memang rasa di awngan la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 06:09 PM
memula sakit gastrik
pastu berak.berdarah
pi spital.kajang..cakap buasir

Berak berdarah byk ke sdikit? Mcm aku berak berdarah wktu pgi je slalu pastu ada lendir2. Check thun lpas dkt klinik doc ckp bkn buasir
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yg gastrik, buasir Bagai ni akak nk Tanya. Mcm mana cara pemakanan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ja pagi td selesai prosedur membuang cyst kat breast. Harap result sampel nnti bkn kanser. Kpd wanita yg rasa ada ketulan kat breast dan ketiak.. Jgn takut buat pemeriksaan awal.. InsyaAllah tak semua kelainan kat breast tu kanser. Sabtu buat ultrasound scan.. Hari ni operasi sedut ccair cyst..tak ada sesiapa teman.. Buat sorang2.. Tawakal ja pada Allah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 06:04 PM
udah tiada...huhu
meninggal 2011 raya kelima


Takziah....sebenar nya abah kita pun sama...
Meninggal 2013...

Tak nak citer panjang pasal ni...kang mata aku merah lagi....

Rindu abah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 13-3-2017 06:10 PM
Berak berdarah byk ke sdikit? Mcm aku berak berdarah wktu pgi je slalu pastu ada lendir2. Check th ...

xpasti plak ..ayah aku cuma cite sakitnya cm sembelit buasir.bagai ni...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 13-3-2017 06:15 PM
Korang yg gastrik, buasir Bagai ni akak nk Tanya. Mcm mana cara pemakanan?

doc ckp pemakanan puncanya
ayah aku suka makan.sup utara
kan guna daging merah...
prpses nak.cerna daging merah ni makan nasa dua minggu ..
huhu....
pastu makan x tentu masa...makan.pedas..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 13-3-2017 06:22 PM
Takziah....sebenar nya abah kita pun sama...
Meninggal 2013...


salam takziah sama...huhu...
tu la...adik aku kalau gi hukm..lalu depan wad onkologi makna tu sure cakap ayah ayah...huhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 06:25 PM
xpasti plak ..ayah aku cuma cite sakitnya cm sembelit buasir.bagai ni...huhu...

Sbb aku kdg2 rasa mcm nk berak tp prgi tndas tk kluar pon. Pastu, kerap la shri mesti dkt 10 kli prgi. Kdg2 lpas berak rasa sakit dkt pinggang. Kanser ayah ko tkde merebak dkt mne2 organ lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adda001 replied at 13-3-2017 06:16 PM
Baru ja pagi td selesai prosedur membuang cyst kat breast. Harap result sampel nnti bkn kanser. Kpd  ...

harap yang baik baik saja..
jangan down...
positip gitu.k
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 13-3-2017 06:28 PM
Sbb aku kdg2 rasa mcm nk berak tp prgi tndas tk kluar pon. Pastu, kerap la shri mesti dkt 10 kli p ...

ayah aku kansernya dah nerebak sampai.ke hati dah...
stage 4

baek ko.gi jumpa doc..
ayah aku.gitu la...sakit aje nak.berak.susah...adakalanya kuar darah...pastu.ayah aku makin kurus aje...rupanya kanser...kanser nya terlalu aktif ..doc ckp kimo pon.hanya dpt tidurkan sel tu ajr...tp.ayah aku x sempat nak.buat kimo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-3-2017 06:33 PM
ayah aku kansernya dah nerebak sampai.ke hati dah...
stage 4


Klo smpi hati ayah ko kema jaundis tk? Mlas wey2 kdg2 nk tggu brjam2. Nti aki gigihkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.206091 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list