CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12109|Reply: 101

Zulin Aziz Jadi Penyanyi Pulak dah . Sedap ke takkk

[Copy link]
Post time 14-3-2017 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bobok_berhabok at 14-3-2017 02:37 PM

Pengacara dan penyampai radio Suria Fm, Zulin Aziz mengambil masa setahun untuk mencari identiti suara sebenar bagi merakam single pertama berjudul Terbiar.
   


Zulin, 28, berkata, perkara itu disebabkan kekeliruan timbul terhadap suara aslinya apabila dia sering meniru suara-suara artis popular tempatan.

"Susah juga untuk menjadi penyanyi kerana saya terpaksa melalui proses rakaman suara beberapa kali sepanjang tahun 2015 lalu.

Zulin Aziz ketika menyanyikan lagu Terbiar.


"Mereka terpaksa mengenal pasti mana suara saya yang sebenar kerana saya banyak sangat meniru suara penyanyi lain sehingga beri kesan kepada lagu sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Zulin ditemui pada majlis pelancaran single pertamanya berjudul Terbiar yang diadakan di pejabat Warner Music, di sini, Rabu.

Lagu bergenre bossa balada ini merupakan ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz ini berkata, dia ditawarkan untuk merakam single tersebut selepas menyanyi di pusat karaoke bersama komposer berkenaan.
   Zulin Aziz.

"Kami menyanyi di karaoke bersama rakan-rakan dan tiba-tiba Aiyad secara serius menawarkan lagu untuk saya secara serius.

"Saya ambil peluang tersebut sebagai cabaran dan secara tidak langsung menjadi hadiah kepada peminat-peminat saya yang sering bertanya tentang lagu saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang cabaran untuk menembusi stesen radio pesaing, Zulin berkata, dia yakin banyak platform baharu yang boleh mempopularkan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, dia tetap berharap mendapat sokongan daripada pihak radio-radio tempatan lain.

"Saya faham status sebagai penyampai radio di Suria FM agak sukar untuk menembusi radio-radio yang lain.

"Saya harap dapat sokongan daripada stesen radio lain, tapi jika tidak sekalipun banyak cara lain terutama media sosial yang membolehkan orang mendengar lagu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, biarpun sudah bergelar penyanyi, Zulin berkata, dia akan tetap meneruskan aktiviti menyanyi di laman sosial Instagram.

"Saya akan terus menyanyi lagu-lagu orang di Instagran kerana saya tahu pengikut-pengikut saya ingin melihat saya menyanyi dan meniru-niru suara artis lain," ujarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=o2UCuBTpeyY

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 02:31 PM | Show all posts
tak lama la..lepas seminggu terbiar la ko punya single tu..dengan status ko as dj radio suria harapan la radio lain nak pasang lagu ko


#mohonbersara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 02:32 PM | Show all posts
gigih siap ada video klip
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:42 PM | Show all posts
samopai skrg mek xleh move on ngan baju heshe...
pesen apekah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:45 PM | Show all posts
Seksanyer baju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 02:45 PM | Show all posts
miemiecha replied at 14-3-2017 02:42 PM
samopai skrg mek xleh move on ngan baju heshe...
pesen apekah

nama fesyen ni , fesyen hanya-dia-yang-tahu .

hehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2017 02:46 PM | Show all posts
terpaku replied at 14-3-2017 02:31 PM
tak lama la..lepas seminggu terbiar la ko punya single tu..dengan status ko as dj radio suria harapa ...

segmen dia jelah pon kalau nak mainkan lagu tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedap. Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2017 02:51 PM | Show all posts

tak sedap lansung .

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:57 PM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 14-3-2017 03:00 PM

iols rasa irama intro lagu  nie mcm salah satu lagu lama...familiar sangat muzik dia..well suara zulin bolehlah..tak adalah pakai autotune mcm pattah amin.tapi lagu nie not badlah..tapi stail muzik mcm lagu 70-an..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:00 PM | Show all posts
SEKSA NENGOK KERANG TERHIMPIT SENDAT.. KALAU PAKAI WARNA GELAK2 TU OK LA JUGAK.. KALAU DIA BTL2 SLIM MAYBE X DE LA SEKSA SGT TGK..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:02 PM | Show all posts
sekarang nie memang musim perlakon nak jadi penyanyi ye..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:02 PM | Show all posts
dari aritu nak tye..
ketet die begitu terseksa iolls nengoknye
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:02 PM | Show all posts
tbh aku bole membygkan suara dia cmne walau tak dgr pun lagu tu lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinkzara at 14-3-2017 03:07 PM

Sedap lagu tu.
Mmg mcm lagu 70an-80an. Lagu rina rahman ku ingin bahagia.
Sygnya lagu zulin ni lirik tak puitis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lps ni lagu ko tu pon terdampar dilautan sprt mane ko pon prnh terdampar disitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 03:11 PM | Show all posts
lagu tak sedap.. cam ala2 lagu dalam cite cina dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu tak best

Zulin ni boleh tak kalau pakai tudung tu elok sikit. Sakit mata tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 03:21 PM | Show all posts
whadda replied at 14-3-2017 03:11 PM
lagu tak sedap.. cam ala2 lagu dalam cite cina dulu2

Lagu macam sesuai main dekat Radio Klasik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 03:22 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 14-3-2017 02:57 PM
iols rasa irama intro lagu  nie mcm salah satu lagu lama...familiar sangat muzik dia..well suara zul ...

suara pon dh mcm suara dahulu kala

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.261012 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list