KUALA LUMPUR 13 Mac- Pelakon popular, Fathia Latiff mengakui dia sedang dalam proses mengenali seseorang yang juga orang industri.
Bagaimanapun Fathia enggan mendedahkan siapakah lelaki bertuah tersebut dan memaklumkan hubungan yang terjalin itu cuma atas dasar persahabatan.
Jelas Fathia, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan hanya ingin memberi fokus kepada kerjaya serta perniagaannya yang kini semakin berkembang.
Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.
Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta. Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.
Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan, katanya.
Post time 14-3-2017 11:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
melnanzz replied at 14-3-2017 11:40 PM
Selain dari Afiq, ada juga seorang jejaka misteri yang bagi Fathia bunga dan hadiah.
Siapakah jej ...
..alaa uols psl bunga tu biasa sgt fatiya tu dpt dr SA bkn sorg byk..koser nk meneka yg tu..iols byk th sbb iols berada di kejiranan perumahan fatiya di seksyen 9 sne..