Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd susulan artikel di Utusan Malaysia pada 20 Ogos tahun lalu.
Utusan memohon maaf dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang hari ini susulan penyiaran artikel bertajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein".
Akhbar Umno itu juga akan memberikan pampasan kepada Lim, yang jumlahnya tidak didedahkan, susulan penyiaran artikel yang didakwa “diputar belit” itu.
Pegawai undang-undang Utusan Siti Norzulaikah Ibrahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah.
Permohonan maaf itu menyebut Lim telah menarik balik saman terhadap Shaik Hussein Mydin tiga tahun lalu selepas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu sedia menarik balik dakwaan rasuah terhadapnya tanpa syarat.
Utusan meminta maaf atas kesilapan fakta dalam laporan itu.
Shaik Hussein mendakwa Lim terlibat amalan rasuah dalam satu rundingan tanah yang dinafikan keras setiausaha agung DAP itu.
Peguam Lim, Simon Murali, berkata permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.
Lim sebelum ini tidak berpuas hati dengan laporan Utusan yang menyebut beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat.
“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya,” kata Lim kepada pemberita di luar mahkamah.
“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan Malaysia, saya gembira dapat bersihkan nama saya daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno.”
Post time 15-3-2017 04:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lidah umno utusan pun xdpt perlindungan dr kepimpinan party, asyik kalah saman je,mmg betul najib ni lemah sgt, zaman mahathir dulu keputusan mahkamah dia boleh ubah, kalu kene pemimpin lemah mcm ni,sesame umno pun benci
Adun Telok Ayer Tawar, YB Dato Jahara Bt Hamid hari ini diisytiharkan menang didalam satu kes perbicaraan saman malu yang membabitkan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng.
Mahkamah telah mendapati Guan Eng secara sengaja memfitnah Jahara dan diperintahkan membayar RM500 ribu sebagai ganti rugi.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy terhadap satu artikel yang disiarkan secara dalam talian oleh New Straits Times (NST) dua tahun lalu.
Mahkamah turut mengarahkan Guan Eng dan Ramasamy membayar kos guaman sebanyak RM100,000. –
Macai2 pada ahlul politaik macam hang jaa rasa sebak lagi hiba..
Kununnnn dok tunjuk 1 pihak jaa bab2 fitnah kaa apa kaa... hang dah lupa kes2 puak2 pojaan hati hang?? sudah lupa si Izzah fitnah Raja Nong Chik?? sudah lupa depa fitnah Khalid Gagap?? ni bahana jadi bengap pabila jadi hamba politaik.. orang lain buat bersorak penoh kegumbiraan.. puak2 sundri pura2 diam prrfffghhh jer laa
Post time 17-3-2017 12:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
fitnah...kena saman....fitnah lagi...saman lagi...fitnah sekali lagi...kena saman lagi...terus fitnah!...disaman lagi!...syiok memfitnah!...syiok dibalas saman!...lagi lagi lagi!