Edited by tongkatwaran75 at 16-3-2017 08:42 AM
Anggota bomba menggunakan selimut untuk mengangkat mangsa naik ke dalam lori.
IPOH – Nyawa seorang lelaki obes dengan berat badan 300 kilogram (kg) berjaya diselamatkan apabila dia dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan mengalami sesak nafas di rumahnya dekat Taman Canning semalam. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Khamis Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.16 pagi daripada ahli keluarga lelaki tersebut. Jelasnya, seramai lapan anggota bomba bergegas ke rumah mangsa yang berusia 49 tahun untuk membantunya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Sewaktu tiba di rumahnya, lelaki itu berada dalam keadaan meniarap di atas katil dan mengalami sesak nafas. “Anggota bomba terpaksa menggunakan selimut besar untuk menampung lelaki tersebut naik di atas lori satu tan milik JBPM sebelum dibawa ke HRPB,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4bRfFKiuX
Hakcipta terpelihara
|