Sherry Al Hadad ganti MyraRos (Amyra Rosli) pengacara MUZIK MUZIK 32
Pelakon dan pelawak, Sherry Al Hadad dipilih menjadi pengacara Muzik Muzik 32 bagi menggantikan pelakon Amyra Rosli yang terpaksa menarik diri atas alasan kesihatan. Sherry, 32, berkata dia bakal memulakan tugas itu mulai esok (hari ini) bersama Hefny Sahad yang bersiaran secara langsung jam 11 malam di TV3.
"Alhamdulillah tawaran ini datang tanpa disangka. Saya menganggap ia satu penghormatan buat saya apabila dipilih mengacarakan program berprestij itu. "Hanya mereka saja tahu kenapa saya dipilih. Secara peribadi mungkin disebabkan saya pernah mengacarakan beberapa program hiburan membuatkan mereka tertarik.
"Apa pun saya cuba menggalas tanggungjawab baru ini dengan sebaik mungkin. Apatah lagi sebelum ini program itu dikendalikan oleh beberapa pengacara hebat," katanya kepada Harian Metro. Sherry yang juga pengacara program Perang Bibir di TV9 cuba menjadi diri sendiri tanpa perlu terikut-ikut pengacara sebelumnya. Pada masa sama, Sherry bersedia menerima apa saja maklum balas dan kritikan daripada penonton. "Saya percaya setiap apa dilakukan pasti ada yang suka dan tidak. Jadi saya tak boleh melatah. Sebaliknya saya perlu tampilkan sesuatu yang berbeza. "Memandangkan program ini mempunyai pengikut tersendiri, jadi saya berharap mereka boleh menerima kehadiran saya," katanya. Difahamkan Amyra membuat keputusan menarik diri selepas disahkan hamil anak sulung pada minggu lalu.
sumber : HarianMetro
p/s :
1. Makanya makin laku Sherry gebus ni... makanya dalam seminggu, 3 kali kita akan tgk wajah sherry ...isnin (MM32), Rabu (Rockanova), Khamis (Perang Bibir) ...mujurlahhh drama Wan peah tu dah habis .... hehehh...
2. setujukkk ka chuolssss sherry pengacara baru ni berganding dengan pengacara rembesan hefny sahad...
|