View: 7730|Reply: 92
|
[Tempatan]
Pemuda handsome dari Klang tunda kahwin untuk ke Manchester tonton bola sepak en
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD Fareez Farid Mohd Fuzi
MANCHESTER: Muhammad Fareez Farid Mohd Fuzi sepatutnya melangsungkan perkahwinan esok, tetapi sanggup menangguhkannya semata-mata kerana mahu menyaksikan perlawanan bola sepak antara Manchester City dan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Ahad.
Jejaka berusia 24 tahun dari Klang, Selangor ini adalah antara 10 pemenang peraduan 'Dashing - Hey Bro, Anda Akan ke Manchester', yang dipilih untuk menyaksikan perlawanan City - Liverpool di Stadium Etihad.
Muhammad Fareez Farid menunda tarikh perkahwinannya dengan Rawaida Aifa, 24, dari Bukit Subang, Selangor ke 25 Mac ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, keputusan untuk menukar tarikh perkahwinan itu dipersetujui kedua-dua pihak dan tunangnya cukup memahami minatnya terhadap sukan bola sepak.
"Tak sangka saya menang peraduan Dashing ini. Saya anggap ini adalah hadiah zaman bujang terbaik.
"Memang menjadi impian saya untuk menyaksikan mana-mana perlawanan EPL. Saya tak sanggup lepaskan peluang keemasan ini. Syukur kerana keluarga kedua-dua pihak memahami situasi saya," katanya selepas menyertai rombongan 10 pemenang peraduan Dashing melawat Stadium Old Trafford, di sini, sebentar tadi.
Semua yang dipilih, termasuk enam pemenang peraduan bulanan musim ketiga Dashing itu akan menyertai lawatan empat hari tiga malam ke Manchester, dengan tiket penerbangan serta penginapan percuma.
Mereka yang terpilih ialah Mohamad Syafiq Latif; Lim Chuan Fuh; Arzrai Ahmad Aripin; Mohamad Safwan Othman; Muklis Nasril; Muhammad Fareez; Muhammad Shairil Arif Muslizam; Rustarmizi Long dan Wan Mustaqim Abdul Wahab dan Gilmoore Bolongon.
Rombongan itu turut disertai Pengurus Pemasaran Dashing, Venkat Jangam; Pengurus Produk Kumpulan, Jade Young dan Penolong Pengurus, Monika Poddar serta tujuh wakil media tempatan.
"Saya seperti bermimpi dapat peluang masuk ke stadium Old Trafford serta bilik persalinan pemain. Bukan semua orang dapat peluang seperti ini," kata Muhammad Fareez Farid.
Pemenang bertuah terbabit akan diberikan tempat duduk orang kenamaan (VIP) untuk menonton perlawanan Ahad ini dan berpeluang bertemu pemain pasukan utama City.
Mereka juga dibawa melawat Muzium Bola Sepak dan sekitar City, termasuk kunjungan ke Stadium Old Trafford dan Stadium Anfield.
Pada musim lalu, pemenang peraduan yang sama juga dibawa ke Manchester menyaksikan pertembungan derby antara City dan Manchester United.
http://www.bharian.com.my/node/261218
|
|
|
|
|
|
|
|
mantin pompuan..nasihat aku..
ko lupakan lah hajat tu..
takut nanti tiap2 malam...
dia tinggal ko sebab bola..
mengerang la sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
tang mana hensem ny tt hoi |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha. Tahniah sebab menang. Marriage can wait football can't. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya orang Melayu semuanya handsome.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang seronok tengok bola dari buang masa?
I |
|
|
|
|
|
|
|
Awal-awal dah tunjuk sikap penting diri ..
majlis untuk esok .. bukan senang nak tunda .. rasa nya dah siap semua bahan masakan untuk majlis
harap tak ada la yang keracunan nanti bila ayam yang dah d tempah kena simpan balik
Respek kat family bakal pengantin perempuan tak banyak bising
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-3-2017 06:55 AM
Awal-awal dah tunjuk sikap penting diri ..
majlis untuk esok .. bukan senang nak tunda .. rasa nya ...
Menang peraduan mcm ni maybe sekali seumur hidup. Majlis kahwin kl jodoh banyak boleh buat 3,4 kali |
|
|
|
|
|
|
|
ncemnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mesti Bakal Bini hado |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mesti dpt berita menang peraduan ni dah lama..bkn nya dpt tau sehari sebelum nak kawen.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk rasa nak hencap..bila tgk gmba muka laki ni n berita, rasa x smpai hati plak...agaknya,kalu dia sendiri nak gi sana guna belanja sendiri,mungkin x mampu kot...tu yg dia sanggup postponed majlis kawen kot...lagipun, result peraduan ni mesti di dah dpt 2,3 bulan sebelum ni..takkan la baru 2,3 hari sebelum pegi baru dapat tau...tu yg dia ada masa nak bincang dgn family kedua2 pihak utk postponed..kebetulan plak bila wartawan dok interview pemenang2 ni,cerita dia cam menarik sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
sian ko dik,xde nye best sgt manchester tu,.. |
|
|
|
|
|
|
|
amboihhhhh ....hmmm....boleh ye... nak pi Manchester punya pasal ...hahahahahaha
tahniah untuk kemenangan dah tahniah untuk bakal majlis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eksotik taste pembuka thread ini. Well to each their own konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
haha, tahniahhh bro. seb baik tunang sporting.
ingatkan pergi guna duit sendiri. rupanya menang peraduan. so tak boleh nak hencap. |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhhhh handsomenyerrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Minat punya pasal.. |
|
|
|
|
|
|
|
All-expense paid trip for 1 pax to watch Manchester City live in action each, which includes:
City Tour
Stadium Tour
VIP match tickets (subject to availability)
Return economy flight ticket
Hotel Stay with breakfast included
|
|
|
|
|
|
|
| |
|