Selepas album terakhir Sayang & Cahaya dilancarkan pada 6 tahun yang lalu, ratu R&B negara bakal melancarkan album studio beliau yang kelapan yang bakal dijudulkan sebagai Dayang Nurfaizah. Dayang akan membuat Showcase & sesi Meet and Greet di MATIC Jalan Ampang pada 18 April ini.
Album tersebut bakal memuatkan 10 lagu berentak pelbagai jenis balada termasuklah 3 single yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan lagu yang telah memenangi AJL-31, Lelaki Teragung.
Peminat boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi talian 03 77320244 untuk menyaksikan showcase album terbaru Dayang atau dengan mengikuti Instagram rasmi Dayang, @dayangsayangkamu untuk maklumat lanjut. Harga tiket termasuklah album terbaru tersebut.
Namun yang demikian, single terbaru Malique yang menampilkan Dayang yang berjudul Pejamkan Mata tidak dimuatkan ke dalam album tersebut.
Lagu Terbaru Kolaborasi Dayang & Malique - Pejamkan Mata
Video Temuramah oleh HLive! *ulasan Dayang tentang album terbaru
Antara Aktiviti Seni Terkini
1. Pelancaran Album di MATIC - 18 April 2017
2. Konsert Aubrey Suwito & Friends di DFP - 19 & 20 Mei 2017
3. Konsert Amal Tapestry of Colours di DFP - 29 Julai 2017
Kelangsungan 18 Tahun Dayang sebagai Penyanyi *temubual oleh Awani tentang perit jerih jatuh bangun kerjaya Dayang
Diskografi Dayang (Album Studio)
1. Dayang Nurfaizah (7 Mei 1999)
2. Seandainya Masih Ada Cinta (8 Februari 2001)
3. Hembusan Asmara (28 November 2002)
4. Dayang Sayang Kamu (2004)
5. Kasih (28 November 2005)
6. Dayang 20 07 (21 Julai 2007)
7. Sayang & Cahaya (1 Mei 2011)
8. Dayang Nurfaizah (18 April 2017)
Rekod Kejayaan Tahun Kebelakangan 1. Juara Keseluruhan AJL31 (2017)
2. Vokal Terbaik AJL31 untuk 3 tahun berturut-turut (2017)
3. Vokal Terbaik AJL30 (2016)
4. Vokal Terbaik AJL29 (2015)
5. Tempat ke-3 AJL29 (2015)
6. Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Dalam Lagu AIM20 (2013)
7. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu AIM20 (2013)
Author|Post time 19-3-2017 12:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagu2 yg dah konfem:
1. Di pintu syurga
2. Tak pernah menyerah
3. Lelaki teragung
Yang tajuknya belum konfem:
4. Usah bilang cinta or jangan dan usah (ciptaan ajai). Melodi sedap.
5. Layarlah kembali (ciptaan aubrey). Melodi sedap.
6. Dia luar biasa (ciptaan hael). so-so jah.. maybe tak dengar penuh lagi.
7. Lagu ciptaan aizat amdan... belum tau judul lagi.
8. Takdir or takdir cinta (ciptaan Hazami)
9. ???
10. ???