CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2813|Reply: 1

EXO'rDIUM Bersama EXOL Malaysia

[Copy link]
Post time 19-3-2017 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 19-3-2017 11:03 PM




Kuala Lumpur, Mac 18, 2017 - Setahun kemudian, bertempat di stadium yang sama, berlangsung pada bulan yang sama cuma bezanya adalah tarikh diadakan. "EXO PLANET #3 THE EXO'rDIUM, WORLD TOUR IN MALAYSIA 2017" telah kembali mengegarkan stadium terbuka ini iaitu Stadium Merdeka Kuala Lumpur untuk kali kedua dengan dihadiri seramai 15,000 peminat EXOL seluruh Asia.

Seperti peminat telah sedia maklum bahawa Kai telah mengalami kecederaan pada kaki beliau namun pada konsert EXO di Malaysia, peminat sangat cukup bertuah kerana dapat menyaksikan kesemua 9 ahli EXO beraksi diatas pentas setelah Kai sembuh sepenuhnya daripada kecederaan kaki yang dialaminya.




Semasa sesi berinteraksi dihadapan peminat, selain kata-kata yang tidak asing seperti "Aku Cinta Kamu" dan "Apa Khabar Malaysia", Suho yang merupakan ketua kumpulan berkata mereka sangat gembira kerana dapat datang lagi ke Malaysia walaupun keadaan cuaca yang sangat panas tetapi mereka lagi teruja dengan sambutan peminat untuk konsert tersebut. Pada konsert di Malaysia, EXOL Malaysia telah menyediakan beberapa 'Fans Project' dimana salah satunya adalah sambutan awal harijadi Xiumin yang jatuh pada 26 Mac. Oleh kerana cuma di Malaysia adalah satu-satunya konsert yang diadakan di stadtium terbuka, bagi peminat sudah tentu tidak menginginkan hujan tapi tidak bagi ahli EXO yang sangat mengharapkan hujan akan turun demi menjayakan rancangan sambutan istimewa untuk Xiumin namum hampa ianya tidak berlaku akhirnya seterusnya cuma nyanyian selamat harijadi saja dengan diiringi suara peminat khas untuk Xiumin. Manakala Kai pula meluahkan rasa terkilannya disebabkan pentas yang terbatas membuatkan mereka tidak sampai dengan dekat kepada peminat yang duduk jauh dari kawasan pentas. Maka dia berjanji diharapkan pada konsert mereka yang akan datang di Malaysia, pihak pengurusaan akan menambahkan kos perbelanjaan untuk pentas yang lebih panjang.


Diharapkan janji mereka yang akan datang ke Malaysia pada tahun hadapan akan terlaksana dengan harapan pihak pengurusan akan menambahkan keluasan pentas supaya lebih ramai peminat dapat melihat mereka dengan lebih jelas di belakang. Syabas juga diucapkan kepada pihak penganjur utama iaitu Starplanet kerana berjaya memperbaiki keadaan yang lebih baik dari tahun lepas dengan pengurusan dan penyusunan aturan peminat. Cuma berharap sekiranya ditahun hadapan jangan pilih Stadium Merdeka lagi disebabkan peminat yang duduk dibahagian belakang "Rock Zone" tidak dapat melihat dengan jelas pentas dihadapan.





Konsert ini yang berlangsung hampir 3 jam dengan 28 buah lagu lama dan baru dipersembahkan adalah dibawakan sekali lagi khas oleh penganjur utama Malaysia Star Planet dengan sokongan Malaysian Major Events dan kerjasama Spritzer Mineral Water. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengajur kerana memberi kesempatan kepada CARI Malaysia untuk membuat liputan konsert ini.



Senarai lagu konsert di Kuala Lumpur

1.     MAMA (Remix) (KR)
2.     Monster (Remix) (KR)
3.     Wolf (KR)
4.     White Noise (KR)
5.     Thunder + Playboy (KR)
6.     Artificial Love (KR)
7.     Unfair (KR)
8.     Acoustic Version (My Lady - My Turn To Cry - Moonlight - Call Me Baby - Love Me) (KR)
9.     What If... (KR)
10.   Tender Love (KR)
11.   Love Me Right (KR)
12.   One and Only (KR)
13.   Stronger (CH)
14.   Heaven (KR)
15.   Girl X Friend (KR)
16.   3.6.5 (KR)
17.   중독 (Overdose)(KR)
18.   Transformer (KR)
19.   Lightsaber (Remix) (KR)
20.   Together (Xiumin, Changyeol, Sehun) (KR)
21.   Full Moon (KR)
22.   Drop That (KR)
23.   EXO Keep On Dancing
24.   Lucky (KR)
25.   Run (KR)

ENCORE

26.   으르렁 (Growl)_extended version (KR)
27.   Lucky One (KR)
28.   Angel (KR)


Artikel oleh : Isabel
Gambar oleh : Star Planet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:44 AM | Show all posts
wow.. 15k tu.. nasib xg..
buat dkt stadium merdeka, kalau beli yg seating dpt tgk EXO dkt skrin je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.413150 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list