KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihati menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan pembangkang supaya tidak terperangkap dengan agenda jahat mereka, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pembohongan sudah sebati dengan pembangkang, termasuk isu kilang Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh, yang dijaja pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. "Terbukti semua ini pembohongan semata-mata. Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, sebaliknya untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan. "Bagi mereka, berbohong perkara biasa, asalkan dapat raih undi buat mereka," katanya menerusi entri terbaharu di Facebook rasminya, sebentar tadi. Najib berkata, isu Lynas hangat diperkatakan angkara agenda pembangkang yang memberi gambaran seolah-olah wujud sebuah kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana mengeluarkan radiasi tinggi. Bagaimanapun, katanya, isu itu kini senyap sepi, malah 'batang hidung' mereka yang mencanang pembohongan berkenaan kepada rakyat terus lesap. "Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menunjukkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di Kuantan. "Sehubungan itu, menjelang PRU-14, saya menyeru rakyat semua, semak dan teliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang. Jangan terperangkap dengan agenda jahat mereka," katanya.
betul tu
kesannya rasa tertipu..so rasa tertipu je kesannya
tapi ada puak tu boleh sembang minyak xkan naik..gula xkan naik...gst akan turunkan harga barang...gst utk org kaya saja.... gst bagus utk kantoikan peniaga cina lari cukai
ujung2 bukan saja rasa kne tipu...harga naik... poket pun terkesan
Tengok reporter dari Malaysia yg bagi berita entah apa entah kat media2 barat ni, sepatut nyerr happy laaaa M'sia dah tak payah sumbang keuntungan lagi pi Singapura bertahun-tahun melalui minyak mentah yg kiterrr bagi mereka proses kat refinery mereka, bertambah lagi 300,000 barrel capacity memproses minyak mentah negara, tak payah lagi bayar khidmat refinery Singapura lebih2....
Yantoultra Ngui is a reporter with The Wall Street Journal in Kuala Lumpur, covering Malaysia, with a primary focus on business, markets and finance, while contributing to political and general news coverage. He previously was senior financial correspondent for Thomson Reuters. Mr. Ngui graduated with an MBA in Finance from Putra Business School of Universiti Putra Malaysia in 2010. Twitter: @yantoultra Email: yantoultra.ngui@wsj.com
---------------------
Berita macam ni piii sebar dengan confident nyerrr, nasib baik Saudi cepat sedar dengan pembohongan pensabotaj2 ekonomi M'sia ni semua, berapa banyak media luar lain pun pi quote berita macam ni, nak jadi pembangkang punnn tak payah laaa lebih2 sangat......
nak undi sapa PRU 14 ni?? pembangkang penipu, pendusta, cakap tarak serupa bikin..
BN pula katanya tak amanah, songlap duit 2.6 bilion, menteri2 pakat2 bagi kaya diri dan kroni..
ujung2 2x5.....
tapi kalau undi penipu dan pembohong...ujung2 esok kita kena kencing dan kena jual...