View: 953|Reply: 11
|
[Tempatan]
Pencuri larikan beg atas sejadah ketika solat
[Copy link]
|
|
BUKIT MERTAJAM: Bagi pencuri tegar, mencuri perlu dilakukan tidak kira di mana, sekalipun mangsa sedang solat.
Seorang wanita menjadi sasaran pencuri sebegini bila beg tangan wanita itu yang diletakkan di hadapan sejadah ketika solat di Masjid An-Nur, Guar Perahu di sini dilarikan seorang lelaki muda.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hari ini, mangsa, 54, seorang pegawai teknologi maklumat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kerugian lebih RM800.
Begnya mengandungi wang tunai RM350, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank serta lesen memandu, kata beliau.
Menurut Nik Ros Azhan, wanita itu baru saja balik dari menghadiri kenduri di Pokok Sena dan singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Maghrib.
“Wanita itu meletakkan beg tangannya berwarna merah di hadapan sejadah dan selepas selesai solat menyedari begnya tiada lagi di situ,” kata Nik Ros Azhan.
Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki yang memakai helmet bervisor menunggu di tepi pintu masjid.
Ketika jemaah sedang sujud suspek meluru masuk serta melarikan beg pengadu.
Nik Ros Azhan berkata usaha mengesan lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan.
Polis juga akan mendapatkan rakaman CCTV di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat tangkap kasi lunyai cukup2 sampai x boleh jalan kemudian hari untuk mencuri lagi:zz |
|
|
|
|
|
|
|
sebu1 replied at 20-3-2017 10:30 AM
Dapat tangkap kasi lunyai cukup2 sampai x boleh jalan kemudian hari untuk mencuri lagi:zz
Hek eleh dik, ayat kau ni, 10 tahun lepas kaktom dah baca dik, time youtube mula2 popular dulu. Basi dah dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok potong jer tangan tue.. baru xmencuri dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kaktomlima replied at 20-3-2017 10:56 AM
Hek eleh dik, ayat kau ni, 10 tahun lepas kaktom dah baca dik, time youtube mula2 popular dulu. Ba ...
Abis tu nk buat acaner kak tom |
|
|
|
|
|
|
|
kau buat cam kaktom buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia berani curi hak jemaah perempuan punya. Refleks perempuan mmg lambat. Kalu jemaah lelaki kalu, cuba kalu berani. Tgn baru nak huloq, dah patah kena pijak |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo betul yg ckp kenapa Tuhan tak balas cash. @Nokiaman |
|
|
|
|
|
|
|
yg neh elok kena belasah mcm yg makan tak bayar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakiselit at 20-3-2017 03:05 PM
- deleted-
|
|
|
|
|
|
|
|
kejinya perangai!
ak kalau solat kat masjid/surau pasaraya, atau senang ckp tempat yg kita rasa berisiko, mmg bimbang psl beg ni even letak depan kite solat pun.
last2 kalau ak solat, ak x turunkan handbag, tgal dlm bonet (jgn sampai masjid baru nk buka bonet sorok beg, kan org g pecahkan kete plk, pencuri ni ade je idea dia). bawak kunci kereta or nset letak dlm paperbag kecik. mse solat, letak bawah sejadah kat kaki...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|