CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8173|Reply: 45

Cikgu Dedah Kisah Pelajar Cemerlang, Hidup Merempat Dalam Pusat Snuker

[Copy link]
Post time 20-3-2017 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Ada orang yang hidup senang namun langsung tiada perasaan syukur dalam dirinya.  Ada sesetengah pula hidup dalam kemiskinan namun dengan usaha dan semangat tekad, akhirnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.


Inilah yang terjadi pada seorang pelajar perempuan SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor yang mendapat keputusan yang membanggakan 6A 1B+ 1C+ dalam SPM baru-baru ini.


Farah Marcella dan adik beradiknya ditinggalkan oleh bapa mereka tanpa tempat berteduh. Lebih malang lagi mereka terpaksa merempat di sebuah pusat snuker.




Foto: FB Zaikhan Abdul Rahim



Disebabkan kesempitan hidup dan masalah peribadi yang menimpa dirinya, Farah jarang hadir sehingga dibuang dari sekolah.


Namun dia bertuah kerana gurunya, Cikgu Suraya mengajak Farah untuk tinggal bersamanya.


Hanya dalam tempoh dua bulan lebih berusaha keras mengulang kaji pelajaran, Farah sudah membuktikan dia juga boleh berjaya seperti orang lain.


Status yang dimuat naik oleh Cikgu Suraya jelas menunjukkan betapa bangga dirinya terhadap anak didiknya itu.



Turut menjadi perhatian adalah status abang kepada Cikgu Suraya, Zaikhan Abdul Rahim yang bercadang untuk membantu Farah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.



Status tersebut mendapat reaksi dari netizen yang rata-rata sebak dengan kisah ini.




Kisah seperti ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana.


Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan ujian hidup, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita benar-benar berusaha ke arahnya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnyeee adik dia yg kecik tu paling sedih..laju plak air mata tgk gmba dorang adik beradik ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya adik yg kecik tu..cilaka pnya bapak sanggup tinggal anak2 merempat gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk dia dan adik beradik dia...

menangis aku tgk dia peluk dan melutut depan chikgu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu hidup senang dpt tusyen mcm budak2 lain agaknya dpt straight A+ budak ni..drpd cerita cikgu tu agaknya budak ni jenis otak geliga. Cepat tangkap bila diajar. Moga terus berjaya adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:55 AM | Show all posts
Sedih tengok adik yg kecik tu..terus teringat anak dekat rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 10:56 AM | Show all posts
kita maki hamun tak guna, buka akaun bank, transfer apa yg termampu.. jadikan iktibar kepada diri kita.. dan belajar hulur pada yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:01 AM | Show all posts
esok bila anak dah berjaya, tetiba si bapak tak guna tunjuk muka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah adik n cikgu suraya. moga trus brjaya dlm hidup amiinn
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik.
Tak semua budak ada azam dan semangat yg tinggi mcm kau..
Plus sikap mak bapak yang hidup bertuankan anak..
Kesian anak2 melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:25 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 11:01 AM
esok bila anak dah berjaya, tetiba si bapak tak guna tunjuk muka..

Kan.....contoh macam sorang retis tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:29 AM | Show all posts
retis mana uols? terlepas gosip ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:45 AM | Show all posts
Dengar kat berita tadi kata, lepas ayah tak guna tu tinggalkan keluarga ni hidup merempat, mak pula mengalami kemurungan. Kesian kat anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:49 AM | Show all posts
tauke snuker samaada kafir MCA MIC atau bumiputera bukan islam?
semoga beliau dirahmati  dan dibalas setimpal oleh Tuhan atas kebaikannya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:56 AM | Show all posts
kesiannya..
semoga terus berjaya
tp kenapa dr awal x rujuk ke JKM
supaya adik2 nya boleh tinggal di sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:25 PM | Show all posts
nasib baik adik beradik ni kuat semangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 12:51 PM | Show all posts
Ada jumpa buku di rumah arwah nenek aku, buku cerita lama. Pengarangnya aku tak ingat. Tajuknya AZMAN ANAK YATIM.
Dengan segala kesusahan, kepayahan dan hasad dengki AZMAN berjaya jadi doktor. Moga2 Anak2 ini berjaya di Dunia dan akhirat. Kita doa sama2, kpd mereka dan juga anak2 kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg kisah inspirasi.. Tahniah dik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuga jadi insan yg berguna and jadi contoh kpd adik2 kau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Agi idup agi ngelaban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.137827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list