CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1894|Reply: 24

[Tempatan] Pawagam di Terengganu ada CCTV pantau perangai penonton, tutup malam Jumaat

[Copy link]
Post time 20-3-2017 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-3-2017 06:58 AM

PETALING JAYA: Selepas lebih 20 tahun, Kuala Terengganu akhirnya memiliki sebuah pawagam dengan setiap dewan panggung dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di mana gerak-geri penonton boleh disaksikan orang ramai melalui siaran langsung di televisyen lobi pawagam itu.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek LFS, Mohamad Shah Abdul Aziz yang dipetik Sin Chew Daily berkata, pawagam yang terletak di PB Central itu bagaimanapun tidak melaksanakan pengasingan penonton lelaki dan wanita serta pemasangan lampu ketika tayangan filem.


“Kami faham pihak berkuasa tempatan bimbang ada orang berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan gelap, jadi kami ambil langkah pasang CCTV untuk membendung perbuatan itu.

“CCTV kami boleh merakamkan keadaan gelap di dalam dewan panggung dengan jelas. Jadi, jika ada orang berkelakuan tidak senonoh, tindakan mereka akan dirakamkan dan kami percaya langkah ini dapat menghapuskan kebimbangan kerajaan dan individu tertentu,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau berkata, sejajar syarat ditetapkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tayangan filem terakhir perlu tamat sebelum jam 1 pagi setiap hari, kecuali pada Khamis di mana pawagam akan ditutup jam 6 petang dan hanya beroperasi semula jam 3 petang Jumaat.

dalam-wayang2

Katanya, MBKT turut mewajibkan pawagam perlu menghentikan operasi mulai 6 petang hingga 9 malam sepanjang Ramadan, manakala sehari menjelang perayaan penting agama Islam, seperti Aidilfitri, Hari Raya Haji dan Maulidur Rasul, mereka hanya beroperasi sehingga 6 petang dan operasi keesokannya bermula jam 2 petang.

Bagi memenuhi keperluan umat Islam, Shah berkata, LFS pertama kali menyediakan bilik sembahyang dalam pawagam mereka, selain bilik penyusuan dan penukaran lampin bayi.

Enam daripada 11 dewan panggung LFS itu dibuka secara rasminya Sabtu lalu dengan sebuah dewan panggung besar yang boleh memuatkan 250 penonton, 4 dewan panggung kecil dilengkapi 110 kerusi dan sebuah dewan tayangan perdana untuk 88 penonton.

Shah berkata, 5 lagi dewan panggung masih dalam pembinaan dan dijangka siap bulan depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
org ganu tak payah lah nak tengok wayang bagai.... ingat mati lagi afdhol

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:22 PM | Show all posts
maksudnya...kita tgk wayang
dan kat belakang atau atas skrin kita ada kamera utk org dalam bilik  operasi tgk wayang penonton
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:26 PM | Show all posts
Okaylah tu...boleh diterima...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Choiii X boleh nk makn kepok lekor sambil tgk wayang le mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak ada cctv,puak pembangkang takde bahan nak kata tempat maksiat bagai.syabas LFS dan kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Abisla...Kalau Ada yg beromen, staff nanti leaked video nya..lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, xyah Ada wayang pun xpe..Hidup jela korang ngan ya hanana, keropok lekor jadi obese n then mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2017 12:41 PM | Show all posts
kalau korang betul2 gi utk menonton so apa nk risau psl CCTV
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:42 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-3-2017 04:44 AM

WOWwww....belum lagi jadi negara total arob dah memberi kesan kepada ummah ummah non Moslem.
Habisa acong tak boleh raba raba....

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:49 PM | Show all posts
muraicomey replied at 20-3-2017 12:29 PM
Bagus jugak ada cctv,puak pembangkang takde bahan nak kata tempat maksiat bagai.syabas LFS dan keraj ...

puak PAS akan pongpang psl tgk wayang ni pemuja artis
buang la tv seme tu dok sembang sgt.... facebook update stp jam...
tak sedar diri haji hadi pesan jgn kutuk umno tawwww..... 5 negeri PAS ambik... yg lain bg umno.... kerjesama tawww.....
dah udah penyokong PAS panatik bleh dok sama2 la yea... bantai 90 juta... ke brp.... ok takleh pitnah puak2 topeng agama nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 20-3-2017 01:32 PM

X yah pegi lah.. Aku gelap2 nak korek hidung ke, nak garuk bdn ke.. Nak duduk bersila ke pun x boleh. baik tgk cd je kat umah kang x pasal2 leaked video kat u tube
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 05:48 PM | Show all posts
Pawagam Kuala Terengganu pasang CCTV, tutup pada ‘malam Jumaat’

Tuesday March 21, 2017
4:19 PM GMT+8

KUALA TERENGGANU, 21 Mac ― Pawagam baru yang dibuka di PB Sentral di sini dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kelakuan kurang sopan pengunjung.

Pemasangan pada setiap skrin panggung itu antara syarat ketat yang dikenakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), menurut jurucakap Lotus Five Star (LFS) Cinemas seperti dilapor portal Cinema Online.

Rakaman 11 CCTV itu nanti kemudiannya disiarkan secara langsung pada skrin yang dipasang di lobi pawagam.

Syarat lain adalah masa tayangan yang dibenarkan hanya sehingga 1 pagi sahaja dan ditutup untuk “malam Jumaat”, bermula 6 petang Khamis hingga 3 petang Jumaat.

Pawagam juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan (6 petang hingga 8 malam setiap hari) dan sehari sebelum Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidilfitri sehingga pukul 2 petang keesokannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:30 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 20-3-2017 04:22 AM
maksudnya...kita tgk wayang
dan kat belakang atau atas skrin kita ada kamera utk org dalam bilik  o ...

huntung laa.........   
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:38 AM | Show all posts
becir replied at 20-3-2017 12:38 PM
Abisla...Kalau Ada yg beromen, staff nanti leaked video nya..lol
bukan staff ja nengok..

orang kat luar tu semua boleh nengok.

di mana gerak-geri penonton boleh disaksikan orang ramai melalui siaran langsung di televisyen lobi pawagam itu


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:43 AM | Show all posts
di mana gerak-geri penonton boleh disaksikan orang ramai melalui siaran langsung di televisyen lobi pawagam itu
Rakaman 11 CCTV itu nanti kemudiannya disiarkan secara langsung pada skrin yang dipasang di lobi pawagam.

kena kontrol la kot kalau nak ketawa terbahak-bahak nengok citer komedi
makin meriah lah nanti kes kes viral bagi yang rajin rakam siaran langsung tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la korang takle korek idung sambil selek kat seat depan.. nanti kene viral
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tgok. movie pun payah.  benda mudah disusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak Korek hidung calit2...awas!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt korg selalu calit tahi idung kat kerusi. X senonoh betul.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.497120 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list