CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9457|Reply: 113

[Jenayah] Video: Pemandu bas Darul Naim Express MENGEJAR & MENGHIMPIT kereta Tunku Kha

[Copy link]
Post time 20-3-2017 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 20-3-2017 04:18 PM


Drebar samseng

Cemas ‘Dikejar’ Pemandu Bas Ekspres Samseng
Published on Mar 20, 2017
@kakiselit
SIAPA yang tidak takut apabila kenderaan dinaiki ‘dikejar’ dan diekori sebuah bas ekspres yang dipandu dalam keadaan berbahaya.

Itu yang dialami seorang pengguna Instagram, Tunku Khalsom Ibrahim @khalsomsom yang berkongsi detik mencemaskan itu di laman Instagramnya.

Dalam video berkenaan memaparkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom serta menunjukkan isyarat tangan dalam kejadian di Lebuh Raya Karak, Pahang.

Menurutnya, dalam kejadian pada 18 Mac lalu, dia bersama bayinya berusia satu tahun dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Genting Highland.


Jelasnya, pemandu bas ekspres terbabit yang memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran WWU5909 telah memandu pada lorong paling laju ketika melepasi terowong, yang dipercayai berdekatan dengan Genting Sempah.

“Dia datang dengan laju (dan) telah mengejutkan semua orang dalam kenderaan kami. Emak saya yang memandu kenderaan tersebut bertindak membunyikan hon kepada pemandu bas itu supaya dia boleh memperlahankan pemanduannya. (Namun), dia mula membunyikan hon semula kepada kami.

“Marah dan bimbang memandangkan bersama (dalam kereta) kami adalah anak saya berusia satu tahun, emak saya cuba menjauhkan diri daripada situasi berbahaya tersebut,” katanya.

Katanya, situasi semakin mencemaskan apabila pemandu bas ekspres itu seolah-olah tidak berpuas hati dan bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya serta beberapa kali cuba memotong kenderaan mereka.

“Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), hanya menukar dari satu lorong kepada satu lorong dengan pemanduannya yang mengarut.

“Dia berjaya memintas dan saya meminta ibu memperlahankan kenderaan kerana anak saya di dalam kereta, jadi dia berjaya memotong kenderaan kami,” tulisnya.

Akhirnya, mereka berjaya melepas situasi cemas tersebut dan menjauhkan diri daripada pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.

Berdasarkan video yang dikongsi secara jelas menunjukkan pemandu bas ekspres itu memandu dalam keadaan berbahaya apabila secara melulu menukar lorong dan memotong beberapa kenderaan lain tanpa memberikan sebarang isyarat, selain kelihatan pemandu bas itu menghimpit kereta dipandu mangsa sehingga mengakibatkan mereka hampir terlanggar pembahagi jalan.

“Kami bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku, tetapi kami tahu berapa banyak nyawa yang melayang membabitkan kemalangan bas.

“Kepada pemandu bas, anda telah membahayakan nyawa saya dan keluarga dan semua pengguna jalan raya.

“Itu adalah sesuatu yang memalukan dan anda tidak patut dibenarkan memandu,” tulisnya.

Jelasnya, aduan berhubung insiden penuh dramatik dan berbahaya itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun setakat ini masih belum mendapat sebarang respon.

Insiden berkenaan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan biadab dan berbahaya pemandu bas terbabit memandu dalam dalam keadaan tidak berhemah. –MYNEWSHUB.CC


Pemandu Bas Ekspres Samseng Digantung Kerja
Published on Mar 20, 2017

PADAH memandu dalam keadaan berbahaya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, seorang pemandu bas ekspress digantung kerja serta merta semalam.

Pemandu bas yang sudah lima tahun bekerja di syarikat Darul Naim Express itu digantung kerja serta merta sejak Ahad lalu dan bakal berdepan dengan tindakan berhenti kerja jika didapati bersalah.

Sebuah portal berita melaporkan, pengurus operasi syarikat Darul Naim Express, Saripah Mohamad berkata, pihaknya mengambil serius mengenai kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu bas berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung insiden itu sedang dijalankan dan pihaknya masih menunggu makluman aduan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Saripah berkata, menerusi penjelasan pemandu bas tersebut, kejadian yang dipercayai berlaku di Genting Sempah itu tercetus apabila pemandu kenderaan jenis Hilux dikatakan keluar dari simpang secara melulu hingga menyebabkan pemandu bas terbabit berang.

Menurutnya, ketika kejadian bas tersebut membawa kira-kira 30 penumpang yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba kira-kira jam 6 petang.

“Namun, kami tidak setuju dengan sikap pemandu bas tersebut yang memandu dengan laju dan mengejar kenderaan itu.

“Kami bersetuju dengan komen netizen iaitu pekerja kami tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian, siapa pun salah, sebagai pemandu bas, dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu kerana boleh mengancam keselamatan penumpang dan pemandu jalan raya lain,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial apabila penumpang kereta Hilux berkenaan memuat naik video aksi cemas ‘dikejar’ pemandu bas di laman Instagramnya.

Tunku Khalsom Ibrahim @khalsomsom mendakwa pemandu bas ekspres itu memandu dalam keadaan berbahaya selepas ibunya membunyikan hon apabila menyedari bas tersebut dipandu dalam keadaan laju di Leburaya Karak, Pahang pada 18 Mac lalu.

Susulan kejadian itu, Saripah berkata, pihaknya sudah membuat permohonan maaf kepada pengadu menerusi khidmat pesanan mesej yang dihantar di laman sosialnya, namun masih tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Dengan ini, kami secara terbuka memohon maaf kepada pengadu dan pengguna jalan raya lain berhubung kelakuan pekerja kami.

“Pemandu perlulah mempunyai pengalaman, berdisiplin dan berkelakuan baik,” katanya.

Jelasnya, pihak syarikat sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan begitu teliti dalam pengambilan pekerja.

Katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut. –MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 02:45 PM | Show all posts
Mabuk ketum + bini mogok batin + hutang kereta nak masuk 2 bulan 21 hari... = drebar bas di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:45 PM | Show all posts
menakutkan. kalau aku jadi penumpang dalam bas tu dah mengucap siap2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berwajib tolong ambil tindakan segera pd pemandu gila nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:49 PM | Show all posts
gila punya drebar bas... sepatutnya kau ditembak dengan senapang gajah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:50 PM | Show all posts
sila report aaa..... khinzirnya drebar.... darul naim ni mana... negeri sis @Changa ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 02:52 PM | Show all posts
report ctos ka?



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:54 PM | Show all posts
kimak nya perangai kau bang
harap mampus accident very soon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 02:57 PM | Show all posts
Ehh aku komen tred mana tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Laknat betul drebar cibai tu, mohon meninggal jah kau laknat:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:59 PM | Show all posts
dua thread ke? apa pun, selain hon kat bas tu, apa lagi dorang buat sampai marah benau driver bas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah kena 7,8 thn lps dgn pembuli cmni.mental main kejar2..dia yg salah dia yg nak buli org.bengong
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
slalu aje tengok lahanat gini di plus hiway
suka main potong aje..laju plak tu....
depa besaq kan...kalau langgar jalan..xke haru..mau dua lorong terhalang
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:03 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-3-2017 02:58 PM
Laknat betul drebar cibai tu, mohon meninggal jah kau laknat:

konon kau letak icon merah menyala tu dah habis marah la tu ek? semua orang takut la tu ek?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:07 PM | Show all posts
tu pasal akak seriau nak naik bas express

buatnya dapat drebar giler mcm ni

bawak bas luper diri dlm bas tu ade 40 nyawa lain lagi

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 02:59 PM
dua thread ke? apa pun, selain hon kat bas tu, apa lagi dorang buat sampai marah benau driver bas tu ...

tu yg tak pasti tu nok..knp marah benor dianya..apa2 pun mmg bahaya la cara pemanduan drebar bas tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
awal crita sampai di kejarnya si umi kalsom ni sbb apa? kalsom honk2 dia ke atau saje acah2 nak mengejar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:15 PM | Show all posts
aku igtkn kerabat kene kejo tadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:40 PM | Show all posts
iols dan pernah kena dgn bas dan lori..
mmg kecut perut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kaktomlima replied at 20-3-2017 03:03 PM
konon kau letak icon merah menyala tu dah habis marah la tu ek? semua orang takut la tu ek?

Moga kaktom kena lenyek dgan drebar samseng. Sama2 aminkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.445827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list