View: 1392|Reply: 11
|
Dirampas Rambut Palsu, Lelaki Dakwa Pegawai Penjara Cabul Hak Asasi
[Copy link]
|
|
Berikutan tidak puas hati pegawai penjara merampas rambut palsunya, penjenayah yang berkepala botak menuduh pegawai penjara mencabul hak asasi kemanusiaannya dan akhirnya berjaya memenangi perbicaraan itu.
Bertempat di New Zealand, penjenayah tersebut yang berumur 42 tahun dikenali sebagai Philip John Smith, telah dihukum penjara akibat membunuh.
Difahamkan rambut palsunya dirampas pegawai penjara dan akibatnya dia dijadikan bahan lawak oleh orang awam susulan penampilannya yang kelihatan botak apabila diambil gambar oleh jurukamera media ketika di mahkamah.
Tidak berpuas hati, dia mengambil keputusan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk mengambil balik rambut palsunya.
Memetik laporan media di New Zealand, Philip John Smith berkata, dirinya terasa begitu malu akibat penampilannya yang botak telah menarik perhatian media.
Selain mengakui dirinya sangat sensitif, malah rambut palsu yang dirampas itu adalah suatu hasil sentuhan seni yang direka khas untuk dirinya. Tegasnya ini adalah cara dirinya melahirkan keyakinan diri dan maruah.
Ketua hakim di mahkamah tinggi mengatakan Philip John Smith menang perbicaraan tersebut kerana membuktikan dalam usaha mentafsirkan kebebasan hak asasi buat dirinya memang telah sah diabaikan, malah kebebasan itu termasuk juga pemakaian rambut palsu.
Biarpun Philip John Smith menang dalam perbicaraan itu, tetapi pihak mahkamah telah menolak permohonannya untuk menuntut ganti rugi lima ribu dollar New Zealand atau kira-kira 15 ribu ringgit.- CARI
sumber foto: www.stuff.co.nz |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak melaram untuk sapa dlm penjara tew? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... rupa dia mcm christopher reeves kalo pakai rambut pelesu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Justin bierber habis rambut pelesu dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
just..just don't laugh at somebody who just murdered somebody... |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata penampilan amat penting bagi dirinya dari mengesali kesalahan yang dia buat |
|
|
|
|
|
|
|
malu dia ja dia pikir
Smith had been serving a life sentence for a murder in Wellington in 1996. He sexually abused a child when he was 17, and returned at the age of 21 to kill the child's father.
He stabbed the 35-year-old Johnsonville man 19 times as the father tried to protect his 13-year-old son.
|
|
|
|
|
|
|
|
wakakkakaa....memula macam nak kesian....tapi hang dah la pedo...pembunuh lak tuh...padan muko hanggg |
|
|
|
|
|
|
|
dia lagi okey tanpa rambut pelesu. walaupun kedua-duanya sangat hodoh. i ingatkan kes sodomi ke. rupanya kes kena ejek botak |
|
|
|
|
|
|
|
budak yg ko molest dan bapaknya yg ko bunuh camna plak hak dia...walaupon ko dh kena penjara tp ko boleh bernafas lg kan dan sibuk dgn rambut pelesu...
emo plak pepagi neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tau pula kau nak mempertahankan hak bila rambut palsu diambil.
Yang kau pegi ambil nyawa orang (bunuh) tu tak pula kau fikir perasaan keluarga mangsa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|