Edited by Kentang.Goreng at 21-3-2017 09:22 AM
KEADAAN lelaki warga Pakistan yang cedera dibelasah penduduk kampung selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang di sebuah kedai runcit di Mulong,Kota Bharu kelmarin.
Mat Paki kutuk k*te suami mangsa besar jari kelengkeng
Padah ganggu isteri orang
21/3/2017
KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Pakistan berusia 41 tahun cedera dibelasah penduduk kampung selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Mulong di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran berusia 32 tahun datang ke kedai tersebut membeli barang ditemani adik lelakinya yang menunggu di dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, ketika wanita terbabit mahu membuat pembayaran, suspek yang bekerja di kedai runcit tersebut secara tiba-tiba mengajukan soalan berbaur lucah kepada mangsa yang diulanginya sebanyak empat kali.
Katanya, suspek menunjukkan isyarat jari kelengkeng yang menggambarkan perbandingan kemaluan suami mangsa dengan suspek.
|