CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1592|Reply: 20

[Tempatan] Untuk Bangsa Johor sahaja (ada hadiah yang istimewa)

  [Copy link]
Post time 21-3-2017 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor bakal umum 'hadiah istimewa' buat rakyat
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan 'hadiah istimewa' berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini sempena Hari Keputeraan baginda yang disambut Khamis ini.

Baginda bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di Johor Bahru di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawar konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan kerana baginda meminta rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya di Johor Bahru Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek.

"Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti.

"Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor.

Titah baginda lagi, adalah menjadi hasrat baginda untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

Baginda juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.

Dalam pada itu, baginda menjangkakan projek itu mampu membuat 'kejutan' dalam industri perumahan tempatan, sekali gus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.

"Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," titah baginda.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2017 11:55 AM | Show all posts
Daulat tuanku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 11:55 AM | Show all posts
negeri lain dapat ke macam ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah sendiri kan....

Mcm rumah mesra rakyat tu....klu bkn atas tanah sendiri takkn dpt harga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku! <3
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
alya_daniela replied at 21-3-2017 03:55 AM
negeri lain dapat ke macam ni ?

takde kak alya. untung nyer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 12:57 PM | Show all posts
sebelum nak beli rumah tu mai beli tanah kt akak.. akak ada listing tanah .. tanah tambak pasir, tambak bauksit atau tanah  lot status dara lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 01:53 PM | Show all posts
Wow... kalau betul projek ni so you all bangsa johor sgt bertuah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:54 PM | Show all posts
sultan negeri lain tak jeles ka dgn sultan johor?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:54 PM | Show all posts
sapatah haritu buat lawak

sultan melaka..

download tongku

ke caner tah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:54 PM | Show all posts
terima kasih tuanku... mesti ramai org nak g daftar umah esok... harap2 ade rezeki...amin
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:24 PM | Show all posts
Beruntung orang johor dapat Sultan yang ambil berat pasal rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah peyno @alya_daniela
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:34 PM | Show all posts
rospinki replied at 21-3-2017 01:54 PM
sapatah haritu buat lawak

sultan melaka..

download tongku, amporn tongku
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:35 PM | Show all posts
tahniah la alya daniela @ peyno bin kasiren...


tak macam ada satu tu anak dok menggarit dgn hajah garit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ayat korang sinis amat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:08 PM | Show all posts
Untungler... yg gaji rm2k duduk semid, banglo, yg gaji rm3k keatas duduk rumah teres... tu pun sewa... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:56 PM | Show all posts
bila la bangsa selangor dan kuala lumpur nk dapat rumah mcm tu... em em
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 06:50 PM | Show all posts
heheh harap harap istiqamah dan bagi tiap tiap thn...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077786 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list