CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 2

[Tempatan] Boustead terima kontrak RM1.17 bilion daripada Kementerian Pertahanan.

[Copy link]
Post time 21-3-2017 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Boustead terima kontrak RM1.17 bilion daripada Kementerian Pertahanan




KUALA LUMPUR 20 Mac - Anak syarikat Boustead Holding Bhd., Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. (BHIC) memperoleh kontrak bernilai RM1.17 bilion bagi membekalkan empat unit kapal misi pesisir (LMS) kepada Kementerian Pertahanan.

Menurut syarikat itu, kontrak dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan China tersebut diluluskan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) menerusi rundingan terus dengan rakan kongsi perkapalan dari China.

“Ia akan dilaksanakan untuk tempoh empat tahun, berkuat kuasa bermula dari tarikh menandatangani surat persetujuan oleh BNS pada 17 Mac lalu,” kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

BHIC dan BNS merupakan kumpulan perindustrian di Malaysia yang mengkhususkan dalam pembinaan kapal tentera laut, kapal perdagangan dan perkhidmatan berkaitan kapal.

Teras utama perniagaan kedua-dua syarikat ini adalah dalam pembinaan kapal, fabrikasi struktur luar pesisir serta membaiki dan menyelenggara kapal dan peralatannya.

Jelas kenyataan itu lagi, dua unit pertama LMS terbabit akan direka, dibina dan dihantar di China pada tahun 2019 dan 2020, manakala baki dua lagi kapal akan dibina dan dihantar di Malaysia pada tahun 2021.

“Kontrak itu akan memberi kesan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, serta akan menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat pada masa depan.

“Tiada pengarah, pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai apa-apa kepenti*ngan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak ini,” kata BHIC.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korp...hanan-1.459725


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:59 PM | Show all posts
Cuba tengok siapa Big boss Boustead yg juga big boss Lembaga Tabung Angkatan Tentera..
I rest my case..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
boustead ni GLC untuk makluman lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.332176 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list