CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 9

[Tempatan] Pengangguran masih rendah dibandingkan dengan Indonesia!

[Copy link]
Post time 21-3-2017 12:09 PM | Show all posts |Read mode




KADAR pengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi yang sederhana di Malaysia. GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kadar pengangguran yang dicatatkan 3.5 peratus pada Januari lalu mencerminkan pemulihan pertumbuhan ekonomi yang sederhana di Malaysia.

Menurut MIDF Research, kadar tersebut juga boleh dianggap sebagai guna tenaga sepenuhnya apabila tenaga buruh meningkat kepada 14.8 juta orang manakala pekerjaan meningkat kepada 14.4 juta orang.

Secara dasarnya, kadar pe*ngangguran di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara ekonomi lain, misalnya Eropah yang masih mencatatkan kadar pengangguran dua digit manakala di Amerika Syarikat (AS) pula, ia semakin menunjukkan pemulihan dengan kadar peng*angguran menurun kepada 4.7 peratus pada Februari lalu.

“Kadar pengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulih*an ekonomi yang sederha*na di Malaysia justeru, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berkembang pada 4.3 peratus,” menurut MIDF dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Berdasarkan Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia minggu lalu, kadar pengangguran Januari 2017 adalah 3.5 peratus, sama seperti dicatatkan pada bulan sebelumnya manakala perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran naik 0.1 mata peratus berbanding Januari 2016.

Berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada Januari 2017 adalah 3.3 peratus, turun 0.2 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Indeks Pengeluaran Industri (IPI) pada Januari lalu berkembang 3.5 peratus dan pertumbuhannya adalah stabil sejak perte*ngahan tahun lalu terutama bagi sektor perkilangan dan perlombongan.

MIDF Research berkata, de*ngan pertambahan permintaan global dan harga komoditi yang semakin meningkat, dagangan luar Malaysia mencatat prestasi lebih baik apabila eksport dan import berkembang 13.6 peratus dan 16.1 peratus.

“Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pasaran pekerjaan apabila aktiviti dagangan luar semakin bertambah baik. Di samping itu, sektor perkilangan dijangka mendapat manfaat daripada permintaan global manakala perlombongan pula meraih manfaat daripada peningkatan harga komoditi,” katanya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...endah-1.459700


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kite banding ngan singapore aaa... bkn negara babu yindon tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:26 PM | Show all posts
dalam banyak hal Malaysia jauh lebih makmur, dirahmati, mewah, senang, banyak kemudahan berbanding indonesia..itu kenyataan...org malaysia harus hargai & kekalkan lah...

sesungguhnya PHD itu banyak bertebaran dimerata dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Population indo berapa. Malaysia pulak berapa. Boleh plak nak beza kan dgn Indon. Fail.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:06 PM | Show all posts
yurop tu benua noks, kalau dapat 2 angka pun tak heran. kalau tenaga buruh 14.8 juta pekerjaan je ada 14.4 juta maksudnye lg 400k org tu menganggur ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:15 PM | Show all posts
nak juga bandingkan dgn indon tu....adoi. ke nak tunggu sama jd mcm indon baru nak tekan butang panik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bijak sungguh fakta ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:22 PM | Show all posts
xperlu kot asyik nk banding2 dgn negara org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:31 PM | Show all posts

Dalam artikel tak cakap pon pasal Indon. Tolong laaa jangan mislead pembaca tajuk benang macam iolss ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:36 PM | Show all posts
Boleh tak kau jangan bandingkan dengan negara lain, Zimbabwe, Europe Afrika bagai! Hoiii, talk about Malaya and Borneo Malaysia dah lar! Bencikkkk!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063662 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list