CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4001|Reply: 44

[Tempatan] 25-30 peratus doktor pelatih gagal tamat latihan kerana tak kompeten. Time SPM s

[Copy link]
Post time 21-3-2017 05:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 21 Mac - Hampir 25 hingga 30 peratus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan kerana tidak begitu kompeten, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, situasi ini menyumbang kepada masalah penempatan doktor pelatih yang baharu berikutan doktor pelatih sedia ada terpaksa menyambung tempoh latihan mereka.

Katanya, terdapat sekitar 5,000 graduan perubatan baharu setiap tahun yang memerlukan mereka menjalani latihan perubatan.

"Diakui masalah 'houseman' ini memang 'perpetual' (berterusan) disebabkan tidak kompeten, mereka terpaksa menyambung lagi tempoh latihan dan ramai graduan yang tidak dapat menjalani latihan perubatan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) semasa sesi soal jawab di sini hari ini.

Izani ingin tahu mengenai perancangan kementerian bagi mencukupkan bilangan hospital kerajaan sedia ada dan bilangan hospital latihan.

Hilmi berkata, pada masa ini terdapat 44 hospital latihan, termasuk hospital kerajaan dan hospital universiti.

“Kementerian akan tambah lagi hospital latihan di Hospital Shah Alam dan hospital tentera kita mahu tambah dan pihak hospital universiti telah bersetuju untuk tambah slot doktor pelatih supaya mereka dapat mempercepatkan ‘posting’ doktor pelatih,” katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor kerja kritikal. Mmg wajib competent. Cuba tetapkan syarat boleh repeat 6 bulan-1 tahun je. Tak lepas kalu, selamat tinggal dunia perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:12 PM | Show all posts
mohtep

tp memang betullah..iols jumpa kawan baru2 ni..dulu dia best student kena hatr pi US..ujung2 keje je mampu wlo sbgi bos besar..dia sndri ngaku org yg kaya dan berjaya tk smuanya lulus spm..yg pandai2 ni la mampu keje makan gaji je.

aku ketegeri so so..spm pun tk pandai smua tk pandai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 21-3-2017 05:11 PM
Doktor kerja kritikal. Mmg wajib competent. Cuba tetapkan syarat boleh repeat 6 bulan-1 tahun je. Ta ...

yg ni aku setuju...mcm kat u ade tempoh max boleh extend..if still x pass kena tendang terus
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 21-3-2017 05:12 PM
mohtep

tp memang betullah..iols jumpa kawan baru2 ni..dulu dia best student kena hatr pi U ...

ini dikira gagal total...wakaakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat book smart baik jadi ustaz2 saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
best student spm pn satu hal,kalo dpt straight A dh mcm xde cos lain nk mintak mesti amik medic.pdahal bnyk lg cos sains lain yg blh applymcm fizik,engineering,biotek..patutla msia ketinggalan dlm bidang pure sains sbb semua yg straight A masuk medik,tinggal yg so so jelah yg amik cos sains tulen
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 06:22 PM | Show all posts
kene tanya balik niat tu, ko nak amek medic sebab ikhlas jd doktor ke or saja nak bangga amek kos medik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 21-3-2017 06:22 PM
kene tanya balik niat tu, ko nak amek medic sebab ikhlas jd doktor ke or saja nak bangga amek kos me ...


Ai fikir mungkin ni dah jadi budaya masyarkat negara ini kot... kalau pandai je by default p medic... mcm lah bidang2 lain ni x productive dan syumul mcm doktor.

Tp kalau kita balik kampung and masa kenduri pun.. kalau kita dok propah anak buah kita yg si anu tu dah masuk medik. Atau dah jd doktor mmg masing2 segar mata...  lain terus... pilihan wahid target sebagai calon menantu gitu.. jadi role model dan idola terus untuk anak2 agar belajar sungguh2 biar jd macam si anu si anu

Kalau kalau masuk course lain.. enjiniur ke... saintis ke etc.. masing2 kerut kepala jha.. fikir boleh ke budak ni jadi kaya bila grad. Nak kerja mana lah pulak lepas ni.. ada ke nama kerja2 ni kat jobstreet.  Ala2 kalau ada calon menantu terus pangkah dan masuk list reserve..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kompeten ramai lari ke oversea @ prvate, sedihhhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tanya yg ambik medic
Sendiri minat atau keluarga suruh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg xdinafikan ada yg extend sbb xkompeten
Tpi ada jugak senior MO atau specialist yg laknat ada dendam kesumat saja2 je extend kau sebulan dua. Perangai cilake cmni selayaknya masuk kandang babi jah!:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 21-3-2017 05:11 PM
Doktor kerja kritikal. Mmg wajib competent. Cuba tetapkan syarat boleh repeat 6 bulan-1 tahun je. Ta ...

Mana blh mcm tu....

Klu dorang tak lepas dlm masa tu &;di gagalkn, rugilah duit kerajaan beratus ribu sponsor dorang....


Takkn nak suruh dorang jd arkitek pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:38 PM | Show all posts
tak pelah it is okay take your time to train, cumanya kkm boleh bagi module inseitif ke  apa ap ke bagi pengajar  nak lakukan bedside teaching session  kat hospital yg busy? barangkali  - ini satu  cabaran jugak ni sebab busy - so depa yg tak terlatih ni may be  perlukan latihan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2017 12:35 PM
Mana blh mcm tu....

Klu dorang tak lepas dlm masa tu &;di gagalkn, rugilah duit kerajaan beratu ...

Bayar balik la kalau tak boleh serve. Orang lain boleh je bayar balik study loan, apahal these so called educated people tak boleh pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:45 PM | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 21-3-2017 05:11 PM
Doktor kerja kritikal. Mmg wajib competent. Cuba tetapkan syarat boleh repeat 6 bulan-1 tahun je. Ta ...

kalau buat camni wow kadar bunuh diri , depression lagi banyak kot? ye hehehehe...i think depa perlukan support tu ...
sebab kat Malaysia i think - attachment medical . surgical    dan  .....obs & gynae ni ke wajib ke dalam rotation untuk pass HO?  i tatau ni  i tanya?



kalau kat UK - MRCP - ladder oriented - HO tu tak payah buat rotation yg dianggap kritikal dah seperti  di  msia  like obs and gynae  tu semua sebab perjalanan career yg berbeza. kalau obs and gynae comptetent midwives, GP yg urus  , dan kes yg special memang pakarlah. depa ada cukup support. kalau nak masuk speciality block  macam obs and gynae , paeds tu  ialah SHO/ MO level yg memang nak mendalami pun dalam jurusan ini,  chosen speciality.
dan lagi satu HO yg kena minta dan pilih keja hospital mana ikut kontract mana dengan consulatnt mana rotation mana...selalunya medical surgical...HO kat Uk i tak sure ada rotation obs ? gynae may be?

kat Msia ni -rotation yg kritikal tu kritikallah kot sebab background negara kita - ada juga kebaikannya training dalam ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 21-3-2017 07:08 PM
Ai fikir mungkin ni dah jadi budaya masyarkat negara ini kot... kalau pandai je by default p med ...

Aku dulu lg sedih.. sembng dgn org tua mn xtau dia siap tnya kos awk ni ada masa depan ke.. ???? sabar je la..dlm hti aku pakcik pon muka mcm penagih je ada ht nk ckp psl masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 08:51 AM | Show all posts
majority anak cikgu & org kerja di pendidikan anak anak mereka straight A....tak caya? pg check...

masuk U majority mereka ini koyak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 09:09 AM | Show all posts
kawan aku staright cemerlang gile time SPM..masuk medic separuh jalan jek...

dia surrender...sudahnya amik IT...skrg aman2 jadi lecturer.....


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 09:21 AM | Show all posts
aku baru terbaca penulisan doctor Rafidah Abdullah regarding HO komplen pasal internship. ada yang mengadu pasal long hours work kat hospital..

dah dlm diri tu tak ikhlas keja, baik lah resign dan cari keja lain....kang ada pulak pesakit mati dikerjakan oleh doktor2 yang tak ada semangat nak selamatkan nyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.260164 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list