CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 1

[Dunia] Landasan kapal terbang pertama berbentuk bulat

[Copy link]
Post time 21-3-2017 05:08 PM | Show all posts |Read mode


AMSTERDAM 20 Mac – Pada mulanya, cadangan untuk membina landasan kapal terbang berbentuk bulat ini seakan-akan mengundang ‘bencana’ dengan tiga pesawat boleh berlepas dan mendarat pada masa yang sama.

Namun pakar memberitahu, cadangan tersebut mampu merevolusikan industri penerbangan selain berperanan dalam mengelak angin lintang serta menjadikan operasi landasan lebih cekap dan selamat.

Menurut laporan Daily Mail, projek ‘landasan tidak berhujung’ itu mencakupi landasan berbentuk bulat dengan pesawat terbang atau mendarat tanpa mengira arah angin.

Agensi berita BBC pula melaporkan, landasan berkenaan membuka kemungkinan ‘menyelamatkan’ kesan alam sekitar kerana membolehkan pesawat mengurangkan pembakaran bahan api.

Pakar pembinaan landasan berkenaan menjelaskan, sistem landasan berbentuk bulat ‘bebas daripada arah angin’ dan bermakna pesawat boleh berlepas atau mendarat dari pelbagai arah.

Penyelidik Pusat Aeroangkasa Netherlands, Hank Hesse­link berkata, projek tersebut mengambil kira tiga senario pendaratan yang berbeza iaitu ketika angin kuat, angin sederhana dan perubahan arah angin.

“Projek berkenaan dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah dan ketika ini menggunakan ujian simulasi untuk melihat keberkesanannya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh noessss conspiratorist will scream illuminatiessss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062640 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list