View: 9803|Reply: 175
|
[Tempatan]
Mufti: Bukan Muhrim Naik Uber Atau Grab Perlu Duduk Di Bahagian Belakang Kereta
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 21-3-2017 10:06 PM
FMT Reporters | March 21, 2017
PETALING JAYA: Berkongsi kereta melalui khidmat Grab dan Uber melibatkan bukan muhrim masih boleh dikategorikan khalwat, kata Mufti Wilayah Persekutuan, tetapi berkata ia dibolehkan dengan syarat penumpang duduk diam di bahagian belakang kenderaan sekiranya mendapati pemandu berlainan jantina.
Menjawab soalan mengenai hukum lelaki dan wanita menggunakan perkhidmatan kongsi kenderaan itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata syarat lain yang perlu dipatuhi ialah laluan yang digunakan “tidak sunyi”.
“Pemandu melalui jalan yang tidak sunyi agar terlindung dari sebarang fitnah,” katanya dalam penulisan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Beliau memberikan beberapa dalil mengenai definisi khalwat, istilah Arab yang membawa maksud bersendirian atau berasingan.
“Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah.
“Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik, di dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti teksi, Uber, atau GrabCar,” katanya.
Beliau mengesyorkan pengguna khidmat Uber dan Grab berusaha mengelak daripada berkongsi kenderaan dengan bukan muhrim, dengan membatalkan tempahan selepas memeriksa butiran diri pemandu atau penumpang yang dipaparkan aplikasi berkenaan.
Bagaimanapun, Zulkifli mengakui perbuatan kerap membatalkan tempahan akan menyebabkan penggantungan akaun dan memberi kesan buruk terhadap pendapatan.
Menurutnya, kebenaran bukan muhrim untuk berada dalam kenderaan sama adalah atas dasar “darurat”, iaitu disebabkan keperluan yang tidak dapat dielakkan.
“Dengan syarat penumpang itu duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu sahaja.
http://www.freemalaysiatoday.com ... k-diam-di-belakang/
---------------------------------------------------------------
You could be committing ‘khalwat’ if you take Grab or Uber
FMT Reporters | March 21, 2017
PETALING JAYA: A mufti today zeroed in on the religious view of opposite sexes sharing an Uber or GrabCar ride, saying it could come under the definition of “khalwat” or close proximity, an offence under Malaysian shariah laws.
Federal Territories Mufti, Zulkifli Mohamad Al-Bakri said the definition of khalwat, or close proximity between a man and a woman without marital ties, was also applicable when they travelled together in the same vehicle.
“It does not matter if khalwat takes place at parks, lakes, or in a room or hotel. Likewise in a vehicle used for as taxi, Uber or Grab,” he said, writing on the official website of the FT Mufti.
But Zulkifli said circumstances dictated that the rule on khalwat could be suspended in an Uber or Grab setting provided the passenger, upon knowing that the driver was from the opposite sex, is seated at the back.
In addition, he said the passenger should also not engage in a conversation with the driver “unless it is really needed”.
He added that the driver should also avoid isolated routes.
“This way they will be shielded from any form of slander,” he said in a posting accompanied by religious texts to back his arguments.
He said one way men or women could avoid being in a “khalwat” setting was for a driver or passenger to cancel the ride-hailing request once their personal particulars were shown on the Uber or Grab application.
He admitted that frequent cancellation would affect one’s Uber or Grab account, saying this was where the rule of necessity applied.
“On the condition that the passenger is seated at the back of the vehicle, and does not engage in conversation with the driver unless when it is really needed.”
http://www.freemalaysiatoday.com ... -take-grab-or-uber/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malas aku nak amik kisah bab2 fatwa ulama ni sume
Menyusahkan jah
Mcm la ummah kemaruk sgt nak berkhalwat dgn drebar |
|
|
|
|
|
|
|
baik korang g tangkp raja bomoh dulu, baru kuarkn fatwa baru |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah lama tahu
ustaz aku ckp dulu, kuliah, kelas di sekolah kolej dll tu pun sebenarnya khalwat
tp sebab dia bertujunan utk belajar, tak apa |
|
|
|
|
|
|
|
Abis la iols ditangkap khalwat sbb carpool ngan dak opis |
|
|
|
|
|
|
|
Habis selama ini x dak plak keluar fatwa pasal naik teksi. Pstu kalau trpksa keluar krn kerja field work bkn muhrim maka salah seorang kena ddk bhgn belakang ka dh jd mcm mem @ tuan busar |
|
|
|
|
|
|
|
apa hukum makan rasuah? dosa atau pahala? mohon keluar fatwa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lah masuk masuk kereta terus berdenyut denyut nak beromen. Banyak lagi benda lagi nak dipikir nk dibuat selain nak berjimak 24 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 21-3-2017 07:38 PM
aku dah lama tahu
ustaz aku ckp dulu, kuliah, kelas di sekolah kolej dll tu pun sebenarnya khalwa ...
asalkan bercampur laki pompuan kan?
sebab tu ada yang pelik kalau berkumpulan check in hotel pun boleh charge khalwat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jikalau drebar laki penumpang pun laki, nanti gay pulak. Tak takut tok lebai?
Haram kan aje lah semua benda DLM dunia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa la yang rajin sangat bab naik uber pon kena rujuk pendapat mufti. Like, hello, ko takleh guna otak fikir sundri apa yang baik apa yang buruk? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat fatwa ikut kepalaotak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
omg kene duduk diam2 je ke?
ai selalu brbual2 mesra dgn driver uber/grab ni.unless kalau time ai geram dia dtg lmbt dok pusing2 xjumpe jalan.time tu mmg dok senyap mcm batu kt blkg |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la labu... Jadi uber pakai renault twizy tuh ja la.. |
|
|
|
|
|
|
|
123456 replied at 21-3-2017 07:24 PM
FMT Reporters | March 21, 2017
Gth....bodoh stupid nak jadi ala ala arab saudick...fatwa yg keluar semua menyusahkan hidup orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau duduk blkg pon bkn sbb takut dituduh khalwat, takut bnd lain jadi sbnrnya. Disamun ke, diraba ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-3-2017 08:26 PM
oh okay
kalau bukan mahram ...( sapa dok guna TERM muhrim lagi ni - it is org yg berihram kalau tak silap saya? )
boleh tapi dok belakang
okaylah untuk keselamatan why not ada perkhidmatan teksi wanita atau lelaki...kalau nak lebih selamat?
Menurutnya, kebenaran bukan muhrim untuk berada dalam kenderaan sama adalah atas dasar “darurat”, iaitu disebabkan keperluan yang tidak dapat dielakkan.
“Dengan syarat penumpang itu duduk di bahagian belakang kenderaan, tidak berbual melainkan sekadar yang perlu sahaja.
i mean okay , i boleh terima rasional itu , bukannya tak ada pertimbangan mufti pun akan hal hal ini . so it is okay. clear cut garis panduan atau dhawabit.
|
|
|
|
|
|
|
|
kt indon bersepah je yg naik ojek tu..siap pki tdg lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Menda common sense gini pun nak kena tanya mopti, makin maju, makin guna internet, makin bahlul tak reti pakai pertimbangan akal sendiri ummah nih |
|
|
|
|
|
|
|
Pulakkkk... bukan nak tepis fatwa cuma |
|
|
|
|
|
|
| |
|