CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 1

[Dunia] 'Rahmat' Melayu Champa

[Copy link]
Post time 22-3-2017 08:39 AM | Show all posts |Read mode
'Rahmat' Melayu Champa





DOKTOR sukarelawan melakukan khatan dengan teknologi moden.





KANAK-KANAK Melayu Champa menunjukkan nombor giliran untuk berkhatan.


Phnom Penh (Kemboja): Bagaikan satu rahmat kepada puluhan keluarga di Kampung Ou Ta Nes, di sini, apabila kedatangan kumpulan sukarelawan misi kemanusiaan Budi ke Kemboja (BUMICA) 2017 bukan saja menawarkan pelbagai bantuan keperluan asas, malah memberikan perkhidmatan berkhatan kepada anak mereka.
Bagi majoriti penduduk beragama Islam di kampung itu, berkhatan bukan satu perkhidmatan yang mudah diperoleh ditambah dengan kos tinggi dan kebanyakan kanak-kanak di sini masih berkhatan dengan cara tradisional.
Sebaik mendengar perkhidmatan ditawarkan pasukan perubatan ditunjangi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang majoriti penduduk tidak melepaskan peluang mendaftarkan anak mereka untuk berkhatan.

Penduduk, Sarifah Kamri, 40, berkata, perkhidmatan berkhatan di perkampungan mereka masih menggunakan cara lama yang menyakitkan serta menakutkan kanak-kanak berbanding teknologi berkhatan dibawa dari Malaysia.
“Kanak-kanak di sini suka berkhatan dengan doktor Malaysia kerana mereka menggunakan teknologi perubatan moden. Selain itu, ubat kebas turut digunakan menyebabkan mereka hanya sakit sikit,” katanya kepada Harian Metro, selepas menemani anaknya Abdul Rahim Husin, 6, semalam.

Program berkhatan dianjurkan BUMICA 2017 ialah satu daripada program kesihatan dilakukan kumpulan 77 sukarelawan membabitkan penuntut dan kakitangan pelbagai fakulti UIAM kampus Kuantan serta pakar perubatan daripada hospital di Malaysia.
Selain itu, program pemeriksaan mata, telinga, gigi dan pemeriksaan kesihatan asas turut dilakukan kepada 100 penduduk di perkampungan Islam itu yang kebanyakannya mampu berbahasa Melayu.
Sarifah yang juga ibu tunggal enam anak berkata, anaknya begitu teruja sebaik mendengar program berkhatan dianjurkan pasukan perubatan Malaysia kerana ia dilakukan secara berkumpulan bersama kanak-kanak lain.
“Memang saya berterima kasih kerana tidak perlu menanggung kos berkhatan selain anak saya cepat sembuh apabila doktor Malaysia yang lakukan (berkhatan),” katanya.
Biarpun program berkhatan itu dilakukan secara beramai-ramai, namun masih jelas terpancar wajah kegelisahan anak kecil berusia lima hingga 10 tahun untuk melakukan proses ‘pendewasaan’ sebagai lelaki.
Melihat gelagat anak-anak berbangsa Melayu Champa dikhatankan, jelas terpancar pada wajah ibu bapa mereka perasaan syukur apabila masih wujud insan prihatin terhadap kedaifan mereka.
Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kebanyakan penduduk di perkampungan itu mengharap sumber pertanian dan ternakan sebagai mata pencarian bagi meneruskan kelangsungan hidup.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 7:52 AM












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkhatan tu elok elok. Jgn smpi silap potong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list