|
Bapa Aidil, Zaquan meninggal dunia
Seremban: Abd Radzak Salleh, 68, bapa pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Zaquan Adha, 30 meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban jam 4 petang, hari ini.
Abang kepada pemain bola sepak kembar itu, Mohd Zafran, 43 berkata, ayah mereka meninggal dunia akibat asma dan masalah usus.
Katanya, arwah dimasukkan ke HTJ pada petang semalam selepas sesak nafas.
"Bagaimanapun, keadaannya kritikal pada petang ini sebelum meninggal dunia pada 4 petang," katanya.
Mohd Zafran berkata, Zaquan Adha yang berada di Manila, Filipina dan Aidil Zafuan yang berada di Perak dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan sedang dibawa pulang ke rumah di Taman Rashidah, Sikamat," katanya ketika dihubungi.
|
|