CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11130|Reply: 152

[Jenayah] Pengurus Takaful KEBAS duit PAMPASAN kematian PASANGAN suami isteri RM402,500

[Copy link]
Post time 22-3-2017 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 22-3-2017 02:32 PM


Harapkan pagar, pagar makan padi

Tergamak kebas duit insurans kematian pelanggan
Rabu, 22 Mac 2017 @ 1:53 PM

Kuantan: Seorang Pengurus Perniagaan Takaful Malaysia Kuantan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dua bulan serta tujuh sebatan di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu bayaran pampasan tuntutan insurans berjumlah RM805,000 pada 8 Mac lalu.

Tertuduh, Aidy Syukri Yahya, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penipuan terhadap Takaful Malaysia Berhad dengan mendorong syarikat itu memindahkan wang tunai masing-masing berjumlah RM402,500 ke akaun Syarikat Tm Asset Management miliknya bagi mendapatkan tuntutan insurans kematian bagi Mohd Shafiee Ngah, 46, serta Norhazaimi Abd Wahab, 47.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di nombor 45 tingkat bawah Darul Takaful Jalan Teluk Sisek di sini pada 8 Mac lalu.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, jumlah RM400,000 yang dituntut adalah untuk pampasan insurans kematian manakala RM2,500 untuk khairat kematian.

Mohd Shafiee dan Norhazaimi adalah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin pada 22 Januari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Noor Zaihan menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan tiga sebatan manakala penjara tiga tahun serta empat sebatan untuk pertuduhan kedua.

Berita sebelumnya
Suami isteri maut, anak parah dalam kemalangan ngeri
22 Januari 2017


Kemalangan melibatkan empat kenderaan berhampiran simpang Summer Set yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan lima lagi cedera.

KUALA ROMPIN - Suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 116 Jalan Kuantan - Johor Bahru berhampiran simpang Summer Set, di sini, sekitar jam 12.30 tengah hari, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai, Mohd Shafiee Ngah, 50, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rompin manakala isterinya, Norhazaimi Abd Wahab, 48, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata, anak pasangan itu, Muhammad Faris, 9, parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan.

"Kemalangan dipercayai berpunca apabila Mitsubisi Triton dipandu oleh Haizul Hazrin @ Mohd Haizul Ghazali, 36, terbabas dan memasuki laluan bertentangan ketika tiba di lokasi kejadian.

“Kenderaan itu kemudiannya bergesel dengan Toyota Avanza dan berpusing beberapa kali. Mangsa bersama keluarganya menaiki Toyota Unser dari arah belakang gagal mengelak dan terlanggar bahagian tepi Mitsubishi Triton sebelum dilanggar Perodua Viva,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Azli, pemandu Mitsubishi Triton, Haizul Hazrin dan anaknya, Muhammad Hazim Adha, 6, cedera, manakala pemandu Perodua Viva, Jamsari Mohamad, 52, juga cedera.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sinar Harian Online semalam turut melaporkan seorang guru, Mohamad Fadhil Mohd Badli, 26, maut apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum dirempuh kenderaan lain di lokasi sama iaitu simpang Summer Set sekitar jam 5.10 petang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 02:31 PM | Show all posts
tergamak melesapkan duit orang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:34 PM | Show all posts
jahatnya....duit simati pun nak curi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:35 PM | Show all posts
tamak haloba...patut dijel 100 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:36 PM | Show all posts
tak ingat mati punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:36 PM | Show all posts
alhamdulilah, seb baik telah tertangkap pemakan duit orang tu.. byk lak tu jumlahnya.. allah maha besar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara mana dia masuk? Panas betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagar mane boleh mkn padi tt oiii.  Yg betulnye harapkan pegar  pegar mkn padi.  Pegar tu burung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah hine gile jantan ni::
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:40 PM | Show all posts
Kejinya perangai. Tenang pulak hidup kau nak bagi anak bini makan duit haram.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:40 PM | Show all posts
Takafu Malaysia tak mau bagi komen ka?....ramai orang malaysia terutama muslim guna produk mereka ni tau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:40 PM | Show all posts
Macam mana boleh pindah masuk akaun dia?
Kononnya masuk akaun dia kemudian baru ke akaun waris ke?
Tapi sebaliknya, proses terhenti selepas masuk akaun dia?
Wahh, I pun ada insurance juga, bimbang pula tak sampai ke waris.
Apatah lagi bila waris pula masih kategori minor.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:41 PM | Show all posts
maksudnya si mati tu carum takaful bawah company penipu ni ye?
pastu penipu ni claim konon bagi pihak family gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:44 PM | Show all posts
patut tembak mampos je orang macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:56 PM | Show all posts
tak guna..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 02:58 PM | Show all posts
2500 khairat tu pun gigih nak curik jugak
Arwah carum utk anak kalaujadi pape, tapi ada plak org jahat cmni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 03:00 PM | Show all posts
merengkok la kau dalam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:00 PM | Show all posts
teruk tul
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:01 PM | Show all posts
duit org dah mati pun nk kebas
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput lah kau daging tulang usus ginjal makan duit haram...hak anak si mati

Mati pucuk lah ekau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070161 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list