CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4412|Reply: 47

[Tempatan] kak lori sempoi

[Copy link]
Post time 22-3-2017 03:17 PM | Show all posts |Read mode


bagus kak lori ni, bedal je apa keja, janji happy.






Gajinya Bawa Treler Cecah RM7,000 Sebulan, Kak Lori Perli Graduan Pilih Kerja Sampai Menganggur
Walaupun pelbagai kisah dalam pengalaman hidupnya sebagai pemandu treler 10 tayar termasuk diganggu sekumpulan lelaki mabuk, ia tidak mematahkan semangat ibu tunggal, Rokiah Salim, 51, meneruskan kerjayanya itu, lapor Harian Metro.
“Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.


“Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka, namun kerjaya ini amat menyeronokkan,” katanya.
Menurut Rokiah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Lori, kerjaya sebagai pemandu treler ini adalah mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.


“Pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000, Kalau rajin boleh cecah RM6,000 hingga RM7,000. Dulu saya pernah berkerja kilang selama 18 tahun.
“Kerja dulu lebih susah kerana selalu tertekan terutama apabila majikan marah, tetapi kerja bawa treler lebih mudah dan pendapatan agak tinggi,” katanya.
“Sebenarnya tak susah pun memandu treler. Kalau boleh pandu kereta, pasti boleh pandu treler.
“Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,” katanya.


Bagi beliau, kerjaya sebagai pemandu lori treler bukan hanya untuk lelaki, kata Rokiah yang juga gemarkan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mendaki gunung
“Wanita sebenarnya lebih cermat memandu treler sama seperti bawa kereta. Dalam kelembutan wanita, pasti mereka juga boleh memandu treler.
“Cuma anak muda kita selalu dimomokkan kononnya kerjaya memandu treler bahaya. Sebenarnya tak teruk dan bahaya pun.
“Kerja saya hanya ambil kontena yang turun dari kapal di Pelabuhan Pulau Pinang dan dihantar ke depoh untuk dibaiki. Sekurang-kurangnya 150 trip (perjalanan) dalam sebulan.


“Kerja seperti ini tiada gaji asas kecuali elaun makanan, komisen dan bonus. Kalau rajin, boleh buat trip lebih untuk dapatkan pendapatan lebih.
“Jika orang kata kerja ini susah, itu semua bohong,” katanya.
Selain itu, menurut beliau, kerja sebagai pemandu treler memerlukan etika berpakaian yang baik untuk tujuan keselamatan.
“Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan. Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2017 03:23 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 03:26 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
virusnipah replied at 22-3-2017 03:23 PM

Comeyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:31 PM | Show all posts
patutnya ramaikn lagi ibu tunggal bawa lori
aku rasa pmpn bwa lori lagi cermat sket dri laki
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:32 PM | Show all posts
dah 51 umur dia... tp nampak muda laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cutenyeeee akak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 03:33 PM | Show all posts

bukan saja comeyyy, orgnya happy go lucky banyak energi ghairah untuk hidup ceria. aku suka org camni. org cam kau aku tak suka. terlalu jaga macho diri cam bagus je.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2017 03:34 PM | Show all posts
Comelnya akak Lori berbaju kurung pink
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kak kiah lori. poohkey dan oren lobos tak nak try ka drp asam keping dok berkedut kat forum?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla akak ni..
skang ramai dah wanita bawa lori...
bas pun sama..tapi yang pasti depa memang pandai kira kira terutama dalam bab peratus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
virusnipah replied at 22-3-2017 03:33 PM
bukan saja comeyyy, orgnya happy go lucky banyak energi ghairah untuk hidup ceria. aku suka org ca ...


    

Bagus pesanan akak cute ni pade yg memilih pekerjaan. Pendapatan pun lumayan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 03:36 PM | Show all posts

ROKIAH SALIM merupakan peminat tegar aktiviti lasak.




Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dah dalami bab peratus ke virusnipah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:37 PM | Show all posts
comeeyy... muda jer akak ni... happy jer muka dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 03:37 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2017 03:41 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-3-2017 03:37 PM
ko dah dalami bab peratus ke virusnipah?

aku tahu kau sayang laki kau cuma 30%, selebihnya sayang kau masih milik aku.




Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:42 PM | Show all posts
Comelnya akak ni. Fun personality!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cayalah akak ni boleh drive prime mover!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
virusnipah replied at 22-3-2017 03:41 PM
aku tahu kau sayang laki kau cuma 30%, selebihnya sayang kau masih milik aku.

choi la.kau lava..haha
lama x nampak kau...ko bawa lori ke selama kau hilang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.081286 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list