View: 2178|Reply: 45
|
[Tempatan]
Had laju mungkin akan dinaikkan ke 130km/j
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Kerja Raya bersedia berunding de­ngan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk membuat kajian baharu berkenaan cadangan menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130 kilometer sejam (km/j).
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian akan memaklumkan cadangan tersebut kepada JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi memberi pandangan berkenaan aspek keselamatan.
Beliau berkata, bentuk jalan raya di negara ini adalah sesuai untuk kelajuan maksimum 120 km/j.
“Dalam konteks had laju jalan raya bukan sahaja ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan melalui JKJR dan Miros yang memberi pandangan dari sudut keselamatan.
“Oleh itu, jika dirundingkan bersama dengan JKJR dan sekiranya dipersetujui, maka baru kita boleh pertimbangkan cadangan (had laju) ini. Walau bagaimanapun, kita akan maklumkan cadangan ini kepada JKJR supaya kita dapat membuat kajian baru dalam perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, mengenai ka­dar tol lebuh raya, Fadillah ber­kata, kementerian sedang mengkaji semula semua konsesi yang berhubung kait dengan lebuh raya di negara ini.
Beliau memberitahu, hasil rundingan yang telah dilakukan kerajaan, kadar tol lebuh raya pada ketika ini adalah lebih murah daripada perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.
“Kita kena ingat berdasarkan perjanjian lama, kadar tol tidak sama dengan yang ada sekarang. Oleh sebab perundingan dilakukan kerajaan, maka kadar tol lebuh raya adalah lebih murah daripada yang termaktub dalam perjanjian,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mana ckup....myvi lari 180kmh |
|
|
|
|
|
|
|
120 ke 130 ke... ramai je yg x patuh arahan |
|
|
|
|
|
|
|
130 km/hr
Boleh lari 140hr/km
Kalo myvi, bibah, kelisa, sewaktu dgn yer.. jgn pecut la.. bergegar kereta
Lain kereta stabil mcm city, civic, accord etc |
|
|
|
|
|
|
|
haramkan lampu high beam myvi.. 2km kt belakang dh bg high beam.. fikir bmw.. tgk babi berlampu |
|
|
|
|
|
|
|
lelaju nak p mana
nak mati cepat ke
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa...aku dah biasa bawak 110km/j je... |
|
|
|
|
|
|
|
ada teori mengatakan EMP boleh elak speed trap. connect dengan device gps, bila kena speed trap, EMP akan switch on dan keluarkan radiation blurkan image dan no.plate tak nampak..
ada forumer cakap, tabur carbon pensil dekat no.plate boleh elak speed trap..
akak harap peraturan kereta speed ikut kenderaan..
lori speed 60km/j
sedan honda toyota bmw speed limit 160km/j
myvi highbeam, mpv ,viva, kancil speed 130/kmj
rasionalnya apa guna beli kereta mahal tapi tak boleh tekan minyak
|
|
|
|
|
|
|
|
meols bawak 100km/j je masih dalam pemanduan berhemah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bab tol je aku nak cakap zaman mamak kutty tol dibuat oleh syarikat swasta, pengguna kena bayar tol. Zaman najib, tol dibina oleh kerajaan, tiada bayaran tol dikenakan, contoh mcm kat Sarawak. Nampaknya, dasar penswastaan x bagus kena ubah dalam buku teks |
|
|
|
|
|
|
|
naik je sampai 180km/j...
ramai sikit yang mati hilang kawalan |
|
|
|
|
|
|
|
Letak 130km/h pun ramai jer yg lg berdesup dari tu..tambah2 lg kalo kena beam kt highway..ingatkan Maserati yg bg beam tp rupa2nyer kereta penuh sticker negeri sambil terkedek2 nk potong.
Terpaksa la menunggu dia potong pastu baru la bleh masuk lane laju sambil bg beam kt dia blk..tp still xnk ketepi sbb dia pikir dia dh laju sgt |
|
|
|
|
|
|
|
had laju sekarang pon bape banyak dah accident.. ni nak naik kan lagi? erm... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama nau aku dengar cerita nak revise speed limit ni |
|
|
|
|
|
|
|
who is talking about accident?...
adakah dengan ini saman akan berkurang?.....
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la speed limit berapa janji takde pemandu bodoh yang bawak terhegeh2 kat lane paling kanan... siap main brek2 lagi... budus... bila orang nak potong dari kiri, tetiba pecut balik... orang cenggini sebenarnya yang buat accident bersepah2... dan pemandu cenggini lagi babi dari pemandu myvi highbeam... |
|
|
|
|
|
|
|
BWK 100KM/J mcm x ace |
|
|
|
|
|
|
|
city stabil ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 23-3-2017 12:44 PM
city stabil ke?
Lebih stabil banding bibah, kelisa, kancil,axia,myvi semua.. mana boleh speed kereta macam tu
Bagi wana city lebih kurang dengan vios, almeera semua.. more stable la..
Kereta saga bm, bezza xtahu mcm mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|