CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 13

[Tempatan] MRSM berbayar masih dalam kajian

[Copy link]
Post time 23-3-2017 10:35 AM | Show all posts |Read mode


23 Mac 2017 1:59 AM

KUALA LUMPUR 22 Mac – Cada­ngan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar khusus untuk pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan tinggi masih di peringkat awal kajian.


Menteri Kemaju­an Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian memandang serius cadangan itu kerana tidak mahu menutup peluang mana-mana pihak untuk menyambung pe­ngajian di sekolah ber­asrama penuh.

Katanya, atas sebab itu kementerian me­rancang melantik agensi luar bagi mengendalikan MRSM berbayar seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Persaingan kema­sukan ke MRSM sangat sengit ketika ini. Buktinya Bahagian Pendidikan Mara menerima 80,000 permohonan kemasukan untuk pelajar tingkatan satu serta empat setiap tahun dan daripada jumlah itu hanya 10,000 permohonan yang diluluskan.

“Objektif utama penubuhan MRSM adalah membantu pelajar miskin dan luar bandar dengan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam persekitaran yang le­bih selesa dan ketika ini 45 peratus pelajar di sekolah itu adalah daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan kepada MRSM bagi menaik taraf beberapa kemudahan dan infrastruktur yang uzur sejak 2012.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
woah boleh la jadik sekolah elit
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Not fair at all, setakat gaji 10k zaman sekarang bukan kaya pun.taraf miskin bandar jer. Yg pemalas,gaji sikit dpt brim anak dpt perks,yg mak n ayah bersusah payah kerja make sure semua cukup kena tax lagi,anak dpt result cemerlang pun tak dpt apa..  ......why should pay it the result so excellent. Buat jer mcm sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:52 AM | Show all posts
hempok sikit artikel ni bagi si LMK baca

" (MRSM) berbayar khusus untuk pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan tinggi "  

x semua private school tu bagus sangat.. x semua sekolah kerajaan tu teruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:54 AM | Show all posts
lostfaith replied at 23-3-2017 11:47 AM
Not fair at all, setakat gaji 10k zaman sekarang bukan kaya pun.taraf miskin bandar jer. Yg pemalas, ...

as far as i faham, mrsm berbayar ni more to utk student cemerlang dpd fmly yg betul2 berkemampuan. n rasa x salah pun. at least buka lg byk chance to other student cemerlang dpd fmly yg tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata pelajar aliran sains merosot teruk tu ramai je yg masuk mrsm smpai berebut maknanya masih ramai lah yg masuk aliran sains
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 11:58 AM | Show all posts
sekolah mara berbayar dulu dah pernah ada..
maktab yayasan pelajaran mara namanya..
silibus sama dengan mrsm..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 23-3-2017 11:54 AM
as far as i faham, mrsm berbayar ni more to utk student cemerlang dpd fmly yg betul2 berkemampuan. ...

Berkemampuan zaman sekarang kena tengok jugaklah...setakat tengok 4k keatas memang matilah parent yg dianggap middleclass nih padahal miskin bandar dah tarafnya...laki bini gaji 7 8k pun bukan taraf senang sgt pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Meritrokrasi is the best....barulah ada persaingan...tak kira miskin sederhana or senang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2017 12:10 PM | Show all posts
kalau result teruk w/pun kaya
jgn masuk MRSM
tapi masuk Maktab Adabi
selalu ada iklan muka depan Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:31 PM | Show all posts
Kalau bayo, baik jadi sekolah swasta..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:31 PM | Show all posts
nt yg result x brpe cemerlang pun guna kabel gak nak masuk mrsm.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai budak kaya yg msk mrsm skrg.mak bapak xmrsm anak pun nak disumbat sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:49 PM | Show all posts
alaaa, buatlah lagi satu mrsm, atau naik tarafkan mana2 mrsm agar jadi sama level mcm
mrsm tgb dan mrsm tapiting.. jadi akan ada mrsm elit ke 3, dan mrsm elit ke 4.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.074264 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list