CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 0

[Tempatan] Ekspo Maukerja 2017 - Pendaftaran Telah Dibuka

[Copy link]
Post time 23-3-2017 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Bangsar South, KL - Tentatif yang begitu norma dalam pameran kerjaya dimana calon-calon akan dihujani dengan berbagai pilihan: bermacam-macam syarikat, beragam pempamer, jawatan kosong, ceramah dan seminar yang berpanjangan. Namun, berbeza dengan Ekspo Maukerja, selepas dua kali dilancarkan Ekspo Maukerja 2017 kini lebih fokus dan pantas : hanya 10 syarikat daripada variasi industri yang akan terlibat, sesi temuduga berturut-turut bersama 3,000 orang calon dan menerima keputusan dalam masa 24 jam. Semuanya dijalanan dalam masa sehari.


Formula ini telah menghasilkan kejayaan dalam industri sebanyak 30 % kadar perlantikan dan mensasarkan sebanyak RM 2.7 juta anggaran nilai kerja, dengan menjawat seramai 1,500 orang calon bagi edisi 2017.  Dengan strategi ini,  Ketua Pegawai Eksekutif  AJobThing selaku penganjur, Ray Teng berkata pameran kerjaya yang efektif mampu meningkatkan prestasi perniagaan dan sekaligus dapat membantu melancarkan proses pengambilan pekerja. "tiada menghantar resume begitu sahaja dan menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya untuk menerima keputusan, calon-calon akan menjalani sesi temuduga secara bersemuka dengan bakal majikan dan akan menilai potensi calon serta merta jika layak diambil bekerja dalam masa 24 jam".
Tambahnya lagi, beliau begitu menekankan kepentingan ekspo tersebut iaitu meningkatkan jumlah pekerja bagi kategori B40. "Secara umumnya, sebanyak 41% kadar purata calon yang hadir di Ekspo Maukerja adalah mereka yang berkelulusan SPM dan kebawah manakala 32% lagi adalah diploma. Atas jumlah permintaan kerja yang banyak bagi taraf junior ini, Ekspo Maukerja 2017 menyediakan kerjaya yang sesuai untuk mereka.
Syarikat yang di ketengahkan di Ekspo Maukerja 2017 termasuk Sunway Theme Parks, AEON CO. (M) BHD, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, dan banyak lagi. Ekspo ini juga berkesan bagi para majikan mengambil pekerja secara pukal kerana mereka boleh menjalani sesi temuduga sehingga lebih daripada 100 orang pemohon pada hari tersebut, bahkan calon-calon boleh menyertai sehingga 5 kali sesi temuduga di syarikat berlainan. Ekspo ini juga mempunyai jawatan bertaraf Eksekutif Junior dan berbagai-bagai aktiviti menarik seperti rundingan kerjaya malah senarai kerja yang ada di Ekspo Maukerja 2017 disediakan.
Kemasukkan adalah percuma, Ekspo Maukerja 2017 akan dijalankan pada 15 April 2017 dan bertempat di KL Gateway Mall. Sebuah lokasi baru yang strategik berhampiran dengan pengangkutan awam (berhadapan dengan stesen LRT KL Gateway - Universiti). Calon-calon dibentangi dengan senarai peluang pekerjaan di kawasan Lembah Klang. Atas permintaan orang ramai, edisi KL & Selangor merupakan titik permulaan dalam usaha menjelajahi ke seluruh negara untuk menganjurkan ekspo di setiap negeri.
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, layari : http://ekspo.maukerja.my/
Video Ekspo Maukerja 2016 – Tonton di sini


Mengenai AJobThing - Satu-satunya platform rekrutmen yang mempunyai perkhidmatan penuh yang akan menspesikasikan sasaran responden. Hala tuju pasaran kerjaya kami lebih kearah bertaraf tenaga kerja dan eksekutif junior menerusi laman web Maukerja (Melayu & Inggeris), Ricebowl (Cina dan Inggeris) dan Internsheeps (khusus untuk latihan industri).  Ajobthing adalah salah satu platform terkemuka di Malaysia yang mengandungi 4,000,000 calon dan hampir 27,000 jawatan kosong dikemaskini setiap hari.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063243 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list