CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 11

[Jenayah] Mekanik cekik darah berleluasa di lebuhraya

[Copy link]
Post time 23-3-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 23-3-2017 04:21 PM

REMBAU - Seorang pekerja syarikat swasta nyaris ditipu seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai mekanik ketika kereta jenis Proton Waja dipandunya rosak, sebelum Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Pedas - Linggi (arah selatan), Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, pekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Adam, 30-an, segera menghubungi Plus bagi memohon bantuan menunda kenderaannya ke tempat yang lebih selamat.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

“Tiba-tiba saya rasa bahagian enjin kereta mengalami masalah serta segera berhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Lepas tu enjin kereta saya terus tidak dapat dihidupkan... rupa-rupanya pam minyak dan penapis minyak rosak serta perlu diganti. Saya dihampiri seorang lelaki yang menaiki kereta lama menawarkan khidmat membaiki kereta saya.

“Dia menyatakan saya perlu membayarnya sebanyak RM250 bagi kerja-kerja berkenaan. Saya lihat barang yang hendak digunakannya itu sudah pun berminyak serta bertukar warna tetapi dia mengenakan bayaran yang agak tinggi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Adam berkata, dia bagaimanapun mengambil nombor telefon lelaki berkenaan dan menunggu sehingga pihak Plus tiba bagi menunda keretanya ke hentian RnR Pedas Linggi.

Menurutnya, sebaik ditunda dia pulang ke Melaka, namun berasa bimbang apabila kereta ditinggalkan di lokasi berkenaan dan segera menghubungi lelaki itu kembali.

“Dari RM250, lelaki itu menaikkan harga sehingga RM500. Saya rasa seperti akan ditipu lebih banyak lagi. Saya tidak jadi guna khidmat lelaki itu. Saya hubungi rakan di Rembau bagi membantu mencari mekanik lain.

“Saya beli barang sendiri yang baru dan upah tak sampai RM250 pun. Saya harap agar pengguna jalan raya terutamanya yang melalui lebuh raya Plus agar tidak tertipu dengan mekanik ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, sehingga kini pihaknya tidak pernah menerima laporan berhubung penipuan seperti itu.

Menurutnya,  pihaknya berharap pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati serta menghubungi Plus bagi bantuan lanjut sekiranya mengalami kerosakan kenderaan.

http://www.sinarharian.com.my/mo ... lebuh-raya-1.648010

Dari dulu kes camni berleluasa. Polis da lali kot   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 03:37 PM | Show all posts
bukan plus boleh tunda sampai ke exit yang paling dekat ke..
pastu boleh call towing insurance untuk hantar ke bengkel..
napa dia suruh tunda sampai rnr je?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 03:44 PM | Show all posts
kalau tempat2 macam ni mmg otomatik mahal kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 03:48 PM | Show all posts
baik call abg zulka je, suh rescue...
tapi abg zulka skang dh bz ar..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 03:52 PM | Show all posts
pada iols...
kalau berlaku macam ni kat lebuh raya...

nak di tolong
atau
tolak je

kalau tolak..ada ikhtiar sendiri macam mana nak selesaikan masalah..go ehead..

tapi..
kalau dah mekanik tu datang offer..then u say yes...nak dibantu..
hadap aje lah..

jangan la nak samakan..
kalau beli barang sendiri..baru je kena sekian sekian..
deyyy...ko dah sangkut kat tengah jalan...
ada mekanik dah datang nak tolong ko baiki sekian sekian...
lagik nak banyak bunyi...??

ko dah takde ikhtiar lain...kereta dapat hidup...
ko patut dah syukur da...

yang paling penting...
ko tak kena samun...dengan dompet..dengan henset ko sekali diorang sapu..

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 04:31 PM | Show all posts
pasuoren replied at 23-3-2017 03:52 PM
pada iols...
kalau berlaku macam ni kat lebuh raya...

kalau betul2 mekanik takpela puas hati byr mahalpun..
ada kes yg nk menipu pun byk juga, kata ini rosak itu rosak, ini ka kena tukar itu nk kena tukar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 05:06 PM | Show all posts
mmg takde opsen kalo tersadai kat lebuhraya..
palin busuk kete PLUS to sampai exit..
habis lepas tu....apa citer..
Nasib kau la labiiii.....
Nak taknak hadap jelaaaa
budi bicara sikitlaaaa
RM250 harga sepatutnya jadik RM RM350 ok jugak..
Kalo jadi RM500...ntahlaa no komen
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
slalu dgr org kena ketuk camni by mekanik india..aku pon dah serik g bengkel india.even bengkel moto inikan lg keta..experience kena tipu mekanik india pakai minyak itam seminghu dah kering smpai kena overhaul..g overhaul anta bengkel terdekat india gak..3 minggu pastu jadik balik enjin jem..serik da anta bengkel melayu suruh overhaul 6 yrs later masih xde masalah sama alhamdulillah..serik aku dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 09:28 AM | Show all posts
harrypoter replied at 23-3-2017 04:31 PM
kalau betul2 mekanik takpela puas hati byr mahalpun..
ada kes yg nk menipu pun byk juga, kata ini ...
kalau betul2 mekanik takpela puas hati byr mahalpun..
ada kes yg nk menipu pun byk juga, kata ini rosak itu rosak, ini ka kena tukar itu nk kena tukar...
well...
apa pilihan yang ada masa dah tersadai tu..?
kalau nak tunggu...ada kaki sendiri boleh tolong...lagi bagus..

kalau sanggup tinggalkan kereta...
usahakan makanik sendiri nak tow bagai..
pun bagus jugak..

kalau MASIH NAK TERIMA makanik yang round lebuhraya tu..
toksah la nak cakap bab puas hati tak puas hati bagai..
asalkan jangan kena samun dah..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 02:45 PM | Show all posts
duit, demi duit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya, pilihan kena tipu dan tindas ketika tersadai di tepi hiway tu adalah yang sangat dominan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalo dlm keadaan darurat mcm ni x pikir sgt harga asalkan x melampau mcm rm200 jd rm800. Kalo dia caj jd RM300 or RM350 pon masih boleh terima asalkan iols x tersadai sorang2 kt tepi jln.. Kadang kalo iols puas hati dgn kerja budak mekanik tu iols bg duit lebih walopon dh tau dia dh kira dlm caj..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.483141 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list